SMST - invisible scenario

30 2 0
                                    


Kehidupan ini disukarkan oleh kita sendiri... akibat mahu menurut orang ramai, takut pada pertikaian, ada sejenis andaian moral yang tidak tertulis di situ...

Di hubungi teman lama yang sudah bergelar doktor, perbincangan awal dalam kertas kerjanya tentang Gender & Sexuality,  kami mula melihat fenomena Lelaki Straight yang melakukan hubungan seksual dengan Transwoman dan Lelaki lembik. Gelaran yang diberikan pada pelaku tersebut bukan lagi SODOMITE secara tradisi dalam kajian kajian yang sudah ditelan zaman. Penemuan bukti bukti baharu mempunyai cerita yang lebih berterus terang dan sudah tentu mengejutkan jiwa manusia saya transwoman yang biasa biasa ini.

Kembali pada social construct yang sudah lama terbina akibat himpitan maruah, bangsa, budaya dan agama segala perilaku ini tidaklah diwar warkan secara terbuka. Sehingga ianya digelar seks terlarang (padahal aktiviti seks tetap ada dan sudah lama wujud sejak zaman berzaman).

Ringkasnya SMST - merujuk pada Straight Man having Sex with Transgender.

Proses menidakkan fenomena ini sudah lama terjadi antara sedar atau tidak atas desakan moral dan politik negara. Ianya dinafikan sebagai merepek dan tidak wujud dan mungkin juga GILA. Hal hal halal haram negara dan pemerintahan sedikit sebanyak menjadikan ianya sebagai sesuatu yang tabu sehingga tahun tahun sekarang. Tidak dipaparkan di filem atau sebagai media. Secara fiksyen mungkin ada, namun ianay digunakan untuk menggambarkan pada perilaku yang tidak baik dan sudah tentu dilaknati dan dibenci bukan sahaya oleh Tuhan namun dari masyarakat manusia sejagat. Luar tabii ...

Kertas kerja teman doktor saya itu mengupas secara terperinci bagaimana dan cara ianya berlaku, sedikit sebanyak memberi gambaran bagaimana bentuk hubungan ini. Termasuk bercerita tentang perkahwinan dengan wanita cisgender tetapi masih lagi mendambakan hubungan dengan Mak Nyah dan Lelaki Lembik. (effiminate male).  Jelasnya tidak ada sesiapa yang mahu tampil ke depan untuk berkisah apa sebenarnya kehidupan seksual mereka. Sekiranya tertangkap sudah tentu ia akan menjadi kisah yang tabu dan mencalarkan maruah mereka sebagai lelaki straight.

Saya pula sebagai penulis bebas yang terlibat dengan kerja kerja advokasi seksualiti selama ini sudah bercerita secara terus terang dalam penulisan. Pengenalan pada hal hal SOGIE, gelaran gelaran untuk Panseksual, Skolioseksual dan Aseksual. Ada waktunya terasa seperti saya merapu dalam memberi penerangan. Kerana kita semua sudah terbina dengan pembentukan budaya yang kental bahawa manusia lelaki harus begini, manusia perempuan harus begitu dan sukar pula untuk kita mencerna kisah kisah seks yang menurut kita tidak masuk akal. Tidak masuk akal malah akan dimurkai oleh Pencipta.

Jadi segala kisah kisah SMST kekal sebagai kisah pelik, mitos dan khayalan sahaja. 

Teman doktor berbicara dalam konteks akademik. Di mana hal hal sebegini sudah lama ditepis oleh pergerakan sosial seperti filem dan sebarang media yang lain. Ianya tidak baik untuk pembangunan manusia. Jangan tidak tahu, masih ada manusia yang fikir hidup ini demi kesejahteraan harus begini dan begitu. Masing masing berhujah menurut acuan yang mereka sudah terbiasa.

Wawancara dengan beberapa Mak Nyah dan lelaki Lembik (effeminate male) hasilnya tentulah akan mengejutkan, kalau saya sebagai transwoman tegar boleh terkedu, apatah lagi manusia lain yang rata rata bepegang pada nilaian acuan moral sedia ada.

SMST - hadir dalam pelbagai bentuk sebenarnya.

1. berhubungan hanya untuk kepuasan seksual. Teknik teknik seks yang tidak mampu ditanggung oleh pasangan perempuan cisgender yang menjadi isteri mereka.

2. terpaut pada penialaian moral sejagat. Lelaki betul hanya berhubungan dengan perempuan betul. Takut pada kutukan agama dan undang undang negara, jadi pertemuan dilakukan di lokasi lokasi tertentu. Tempat pelacuran atau kediaman secara rahsia.

3. Tingkah seks yang tidak akan didapati dari pasangan wanita cisgender. Hisapan (oral seks) dan seks melalui dubur atau apom (sila rujuk apom dalam artikel sebelum ini)

4. Hal hal fetish yang hanya boleh dilakukan oleh Transgender (termasuk lelaki lembut).

5. Keterpaksaan untuk memenuhi tanggungjawab pada keluarga, bangsa dan agama. Sedangkan kemahuan seksual dirasakan berbeza.

Banyak lagi ciri ciri yang boeh disenaraikan, ada yang akan dikatakan tidak masuk akal dan boleh dipertikai dan didebatkan oleh manusia. (bagi saya ini semua hanyalah proses menghabiskan air liur, kerana orang kita tidak terbuka untuk bersembang tentang seks dan perilakunya yang pelbagai). Kita juga gemar untuk menggembar gemburkan hal hal khilaf orang lain

Terdapat dua golongan sebenarnya di dunia ini:

1. Tahu, peka, faham, mengerti, melihat, melalui - tetapi masih berdiam diri dan malu untuk membicarakannya secara terbuka. Anggaplah ianya sebagai khilaf manusia.

2. Tidak dapat menerima fenomena yang dianggap gila. Tidak masuk akal. Berdosa. Menafikannya dengan pelbagai cara. Anggap sahaja ini semua TIDAK WUJUD. Kalau ada sekalipun anggap ianya sebagai masalah MENTAL dan kecelaruan.

Sebagai tukang cerita, saya tidak mahu memberi apa apa konklusi pada fenomena ini. Bukan tugas saya, namun generasi baharu harus lebih peka, terpulanglah pada mereka untuk menangani hal hal sebegini. Saya sebagai penulis hanya membuka wadah yang saya harap tidak akan menjadi kejutan lagi apabila dunia sudah mula ke depan.

*Jangan tidak tahu ini semua melibatkan pada kesejahteraan kehidupan secara holistik. Otak yang menolak dan membangkang selalunya akan celaru. Mana tahu di masa akan datang kamu harus menangani suami yang suka pada hubungan seks berbentuk LGBT? Mana tahu kamu cuba dijadikan objek maruah dalam perkahwinan? Sekiranya kamu Gay yang berketerampilan straigh apakah keputusan kamu apabila diarah arahkan untuk menjalani kehidupan biasa? Banyak impak sebenarnya... Hmmm.. sekarang baru saya faham, kenapa ramai manusia yang ditemui wajah dan gerak mereka kelihatan RESAH...dipaksa hidup dalam penafian rupanya! 

Fenomena ini juga mungkin menjadikan pemerintah begitu aggresif sekali mahu membendung, membendung hadang budaya yang tidak elok mengikut tafsiran mereka. Hmmm...

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now