Al maklumlah orang kampung...walaupun belajar tinggi dan tahu bahawa manusia itu berlapis lapis sifatnya.
ini kejadian di sekitar 90an.
Mama kerap turun naik kota Kuala Lumpur di zaman itu untuk menjadi hos jamuan makan malam dan menyanyi 45 minit.
Terluang waktu mama akan tinggal di rumah adik angkat mama. Dia pereka fesyen dan penata gaya untuk para artis dan para GRO jelita sekitar Kuala Lumpur.
Artis tolak tepi, mama tidak berminat.
Mama lebih teruja mahu tahu tentang para GRO yang sering diberikan nasihat oleh adik angkat mama si Dee. Dee banyak membantu mereka yang adakalanya datang dari kampung untuk mencari rezeki yang lebih baik di kota bercahaya ini.
Dee bertuah, bukan semua orang dapat memasuki kawasan kelab yang ekslusif (hanya untuk para peniaga dan orang orang politik sahaja). Sebab dia adik mama, jadi informasi jadi lebih telus dan tidak ada kisah kisah propar maknyah.
Mula mula dikisahkan tentang gaji mereka dalam bentuk jam. (Bukan jam tangan tapi hours). diuruskan secara professional. Apabila pelanggan booking mereka untuk minum minum, berhibur dan berkaraoke ianya adalah didasari oleh jam. Mama yang dunggu ini terfikir kalaulah 5 - 8 jam bagaimana?
Rupa rupanya jam itu tidaklah seperti yang kita fikirkan. Pelanggan boleh booking 6 jam tapi hanya bersama hanya 2 jam atau sejam sahaja. (maklumlah orang lelaki sudah bekerluarga). Ada juga para GRO yang ada hubungan dengan orang kenamaan hanya menalipon pelangan tersebut memujuk dia membeli hours..(manja manja mengatakan dia tak sihat..tolong beli hours please....). Peliknya sistem ini. Tapi ibu kota itukan pusat janaan wang ringgit semua boleh berlaku.
Sempat juga mama berkenalan dengan dua tiga GRO yang Dee temukan. Cantik cantik seperti pelakon drama swasta. Kebanyakkannya menjalinkan hubungan dengan pelanggan yang terpilih. Mendapat hadiah hadiah mewah seperti kereta mewah, barang perhiasan dan wang ringgit tentunya. Maka berubahlah kehidupan mereka, saban minggu mahu berganti baju, Dee yang akan mereka dan menasihati mereka supaya tidak tampil KAM KAM. Mereka tidak kisah, sehelai baju yang bermodalkan 80 ringgit mereka sanggup bayar 350. (tentulah yuran nasihat tentang warna dan potongan). Bertuah Dee..
Mama juga sempat melihat dua tiga wanita yang telah Dee rubah penampilan mereka. Menyuntik filler sedikit sebanyak. Dari biasa biasa menjadi lebih cantik. Ya...mama terkedu melihat persembahan live itu sepanjang tahun 90an. Cantik menarik bergaya, ada yang bijak ada juga yang agak kam kam mentaliti mereka..itu tidak dapat dielak.
Masuk pula bab, kisah datang dari desa bersama suami mahu mencari pekerjaan dan membentuk kehidupan. Kesukaran hidup di kota pantas ini kalau tidak ada kemahiran...ini bab yang membuatkan mama jadi agak keliru. Si suami akan menghantar si isteri ke kelab, kembali dan menjaga anak anak. House Husband. si isteri menjalinkan hubungan dengan pelanggan, pulang lewat, kelab tutup beralih pula ke kelab disko yang beroperasi 24 jam ketika di zaman itu.
Sempat juga mama bertanya pada anak kecil yang ikut serta apabila ada sesi mengukur badan dan memilih kain untuk busana.
"mama gi kerja sayang tinggal dengan siapa?"
"Lin tinggal dengan babah..."
Mama berkerut dahi terlalu lama...mama terlupa ini kota besar. Moral apa? Yang penting duit masyuk... mama yang idealistik terus terfikir, mungkin mereka mahu cari modal untuk berniaga apabila pulang ke desa nanti.
Ada juga pasangan lesbian, yang ke dua dua mereka bekerja di kelab sebagai GRO. Demi wang.
"work is work...abis kerja mereka pulang" kata Dee
Memang menggoda sekali segalanya...bag chanel terbaru? Set perhiasan emas putih? percutian dalam kapal cruise (diberikan bilik berasingan, si lelaki bawa famili, tapi akan menyelinap masuk ke kamar buat kekasih GRO) macam dalam filem mama fikirkan. Kereta berganti, nama nama terkenal dalam bidang koporat dan politik...owh! Bunyinya sungguh menggejutkan seperti GOSSIP PANAS.
Ini juga zaman kemasukan hebat dadah sintetik...menari sampai pagi, keluar keluar sahaja terus beli nasi lembak 8 pagi. Mewah dan menarik sungguh mama perhatikan.
Berkali kali mama bertanya. Soalan soalan tentunya berlandaskan hati kampungan mama..
1. Suami mereka tidak kisah? macamana ya perasaan mereka setiap hari?
2. Mana pegawai kerajaan itu dapat duit yang banyak untuk menaja si A? dia ada famili
3. Selain dari minum minun dan bernyanyi, apa mereka melakukan hubungan seks?
4. Gaji GRO 30, 000 sebulan? kenapa dia tidak berhenti lagi setelah separuh tahun?
5. macamana Si B duduk dengan pelanggan dengan tahap teknik perbualan ala kadar itu?
dan macam macam lagi persoalan orang kampung yang mama tanya....
"Kau tolonglah JANGAN TANYA aku semua itu, aku tak reti nak jawab...aku tukang buat baju dan make up mereka sahaja," jawapan yang sama diberikan oleh Dee apabila mama bersoal.
Mama syak Dee juga tertanya tanya selama ini...dia juga mahu hidup di arus kota cahaya.
Sampai hari ini mama masih tertanya tanya akan sikap sikap tersebut. Bukan mahu menghina, cuma mama heran bagaimana segalanya ini ditanggung oleh mereka? Spektakuler sungguh cara hidup di kota...
Lantas mama teringat kata kata novel lama yang klise...Kota Besar itu tidak pernah menyintai kamu, kamu yang harus menyintainya untuk hidup.
Ya... mama harus belajar supaya JANGAN TANYA!!!! TIADA JAWAPAN
(kalau sekali pun ada jawapan, mungkin ianya dilapisi oleh moral maruah PALSU).
YOU ARE READING
CONVERSATION
AléatoireConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...