Merupakan festival yang julung julung kalinya dan sudah dijanjikan branding oleh DBP, Pusaka dan APW untuk tahun tahun mendatang. Festival yang menghimpunkan anak anak di negara ini agar dapat berkongsi ilmu dan berinspirasi.
13hb November 2016 lepas penulis ikut serta meraikannya.
Festival selama 2 hari itu membuka ruang pada para pengkarya tua dan muda untuk bertukar pendapat dan mempamirkan hasil kerja mereka. Keterlibatan rumah rumah penerbitan tidak kira samada resmi atau indie juga sangat memberansangkan.
Ada ruang untuk kita melihat buku buku vintaj keluaran negara Malaysia dan hasil hasil terjemahan lama. Bukti bahawa MEMBACA itu adalah budaya kita yang tidak pernah mati. Festival ini mematikan pembahagian antara buku buku indie dan buku buku resmi. Itu seharusnya ditekankan oleh pihak pihak berwajib.
Kita membaca selama ini hanyalah untuk lulus peperiksaan. Memupuk kemahuan membaca itu seharusnya bermula awal awal lagi. Bacalah... luangkanlah waktu untuk membaca, segala kebaikan itu akan jatuh bukan pada orang lain, tetapi pada diri sendiri. Kesan kesan baik membaca itu tidaklah perlu diulangi dalam artikel pendek ini.
Jemputan jemputan hebat seperti Latif Mohidden, Supardi Joko, Aan Masyur, Wan Nor Azriq, Prof Khoo Khay Kim dan lain lain menjadikan suasana lebih meriah. SN Muhammad Ishak juga turut merasmikan malam penutup sewaktu buku NARATIF KISAH dilancarkan.
Tema kali ini adalah LETTER OF THE ARCHIPELAGO atau Surat dari Nusantara membawa makna yang sangat mendalam, gambaran peri pentingnya menulis dan membaca setelah perang dunia ke 2. Ilmu ilmu yang hadir bersama persuratan nusantara tidak kira samada yang diterjemahkan atau karya asli, kritik, pandangan atau fiksyen menjadi penting pada peradaban manusia nusantara.
Melihat anak anak muda yang tangkas dan menyintai bahasa dan ekspresi dalam penghasilan seni mereka sangatlah membanggakan. Kita tahu, mereka semua akan pergi jauh dalam bidang yang sudah mereka pilih. Bidang yang kalau diukur dari segi materi TIDAK BERBALOI ini ada nikmatnya di hujung hari. Fardhu KIFAYAH kalau dilihat dari sudut Islam. "kau buat orang lain tak payah". Diam diam kita mendoakan kejayaan dan kekuatan buat Fahmi Mustafa, Fezal Mat Nawi, Adinata Gus, Langit Press, Terfaktab, Dubook, Fixi, Gerakbudaya dan lain lain yang sudah ikut serta.
Penulis dijemput untuk berkisah tentang isu lama. UNHEARD VOICES bersama panel panel yang tidak kurang hebatnya. Seperti biasa dibentangkan kenapa harus kami menulis pada hal hal itu secara akademik atau fiksyen? Terima kasih KLLF 2016 kerana membuka peluang ini. Festival ini diharapkan kekal dan maju jaya di masa hadapan.
Membaca dan menulis itu adalah satu KENIKMATAN.
Ingin diwar warkan bahawa buku DELIMA yang mama usahakan dahulu akan diterbitkan oleh FIXI pada 27hb November dilancarkan sewaktu GTLF 2016. Delima adalah anjakan penceritaan tentang sifat sifat manusia. Sebenarnya anjakan itu sudah berlangsung dalam CERPEN - Regina Ibrahim. Sudah sampai masanya pembaca di Malaysia kembali pada kisah kisah yang DIRECT namun berseni. Hal hal sastera berlapis mama tinggalkan pada anak anak yang berminat. Mama akan war warkan nanti. Sementara itu jangan lupa ada 3 cerpen mama dimasukan dalam CERPEN HARI JUMAAT VOL 2. yang akan diterbitkan tidak lama lagi dibulan Disember. Terima kasih atas sokongan kalian. Membaca itu jambatan ilmu!
YOU ARE READING
CONVERSATION
SonstigesConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...