HUBUNGAN

135 2 0
                                    

MANUSIA DAN MANUSIA, DALAM BENTUK HUBUNGAN.

Hampir mustahil manusia tidak berhubung dan hidup bersendirian. Apabila ditanya tentang perhubungan sesama, ada yang tersenyum simpul, ada yang terkedu, ada yang kelu tanpa jawapan, malah paling ramai mengaitkan hubungan itu adalah hubungan beza jantina, perkahwinan, berkasih dan bercinta sahaja. Padahal ianya sepatutnya dilihat secara lebih mendalam.

Ayat "Hubung" itu sendiri mengambarkan hal hal yang saling kait mengait antara manusia. Hubungan perniagaan, hubungan kekeluargaan, hubungan cinta, hubungan sesama komuniti besar atau kecil, malah hubungan sesama individu dalam apa bentuk dan tujuan sekalipun. Manusia dan manusia, tentunya ia tidak akan mudah.

1. Percanggahan pendapat kecil atau besar

2. Kepercayaan agama, polisi hidup, pegangan dan lain lain yang tidak pernah akan sama.

3. Kemahuan terakhir 'final hopes' juga mungkin berbeza
4. Hala tuju atau NIAT berhubung juga mungkin tidak sama.

Pentingnya manusia bersifat matang dalam perhubungan itu adalah dituntut secara tidak langsung atau lansung, bergantung penuh pada individu yang berhubung sesama mereka.
Tidak perlu terkejut sekiranya ada penolakkan dalam perhubungan. Tidak setuju, kurang setuju atau salah konsep. Berhubungan secara paksa juga ujud dalam masyarakat manusia. Adakah kita maklum pada situasi situasi sebegini? Adakah kita damai menghadapi ini semua? Fikir fikirkan.

Bertolak dari hasil perhubungan inilah, yang mengujudkan konflik secara minor atau major. Rentetannya membuahkan satu wacana untuk manusia duduk dan menggunakan akal fikir kurniaan illahi untuk membuat keputusan yang terbaik. Ianya juga boleh mendefinasikan kedudukan manusia di kalangan manusia sejagat. Maka kita terus memberikan label, memuji, menuduh, mempertikai dan apa apa saja menurut nafsu manusia yang fana ini.

Jadi benarkah hubungan manusia danmanusia itu tidak pernah mudah? Dikatakan pula hubungan ini memerlukan kewarasan dan kematangan, apa ini semua? Dikuatkan lagi hujah mengatakan manusia berhubungan demi satu persetujuan. Pening bukan? Suka tidak suka saban hari kita harus berhubung sesama manusia. Teman sekerja, isteri, suami, sahabat taulan, penjual, pembeli dan segenap watak yang sedia ada disekeliling kita.
Jadi jangan heran apabila ujud pula karektor karektor yang macam macam. Ada yang menyenangkan, menyusahkan dan mengelirukan. Mereka ujud, sama seperti kita juga. Mereka menilai hubungan dengan cara mereka tersendiri.
Manusia memiliki hal hal asas di bawah

1. Nafsu – sek, makanan, hobi, minat dan lain lain

2. Pilihan dan citarasa terhadap apa apa saja

3. Terpikat pada hal hal yang menarik, luar biasa atau berbeza dari selalu.

4. Menolak pada sebarang keraguan dan hal kurang jelas

5. Kebolehan berkompromi mengikut tahap masing masing

6. Membutakan mata dan memekakkan telinga dengan mudah.

7. Sifat sifat lemah fizikal, lemah emosi, cerdik
akademik, dungu cetek akal dan hal hal lain yang sangat relatif.

8. Ikhlas atau penipu pada diri dan sekeliling

9. Keputusan ya atau tidak

10. Diam tanpa sebarang penjelasan dan lain lain lagi.

Kesemua sepuluh di atas menjadikan hubungan manusia dan manusia sejak azali lagi menjadi sukar. Kerana itulah ujudnya akad, kontrak dan hal hal hitam putih dalam menjalani hidup manusia. Itupun ianya masih lagi perhubugan menjadi sukar dan rumit dalam banyak waktu.

Apa pilihan yang kita ada? Jawapannya ada dalam diri kamu sebagai manusia yang terpaksa berhubungan. Banyak panduan panduan terdapat dalam tata cara hidup, tata syarat agama dan secara tidak tertulis. Jadi memang benarlah ianya harus ditangani secara waras dan bertamaddun. Tahap mampu itu masih lagi dalam lingkungan peribadi. Tidak ada hal hal paksa yang akan membahagiakan kamu dalam perhubungan.

Kita kembali pada asas sifat manusia.

1. Menurut sahaja tanpa banyak persoalan
2. Dominan dan berbuah fikir
3. Suka pada aturan aturan, arahan dan panduan
4. Percaya penuh pada pilihan diri
5. Apa apa saja sifat asli yang sedia ada.

Kerana itu apabila timbul sesuatu yang kalut, manusia gemar memberi alasan yang sedia ada untuk mempertahankan diri. Kekalutan hubungan manusia dan manusia menimbulkan konflik ringan, berat, celaru dan tidak mampu dileraikan. Malah dalam banyak waktu membuahkan kedudukan yang tidak enak langsung.

Jadi apa langkah kamu apabila mahu berurusan setiap hari? Ianya masih terpulang pada individu, tidak ada panduan khusus sebenarnya. Orang sekeliling mungkin mengambil langkah mudah dengan menyarankan kamu untuk lebih Tegas, Kuat dan Berprinsip jelas.

Hubungan manusia dan manusia tetap akan menjadi sukar dan tidak akan tamat jika dibincangkan tiga hari tiga malam, nafsu dan kemahuan yang tidak terbela kita. Kamu tiada pilihan, selain dari kembali cuba untuk mengerti apa itu sebenarnya MANUSIA.

Mana satu manipulasi kamu? Adakah kamu bersedia apabila mahu menjalinkan perhubungan manusia dan manusia? Ada keadaan yang memberikan kamu pilihan, ada juga keadaan yang harus kamu lalui suka ataupun tidak.


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now