ACARA ACARA YANG PERLU DIKIKIS.
1. Bermatian mengikut nafsu serakah: pengerak manusia adalah deria nafsu, apalah erti hidup tanpa nafsu. Nafsu adalah kurniaan Illahi. Membahagiakan dan juga mampu merosakkan dalam jangka waktu panjang. Kita sering berbicara tentang keseimbangan. Imbang bagaimana? Mudah, jangan sampai hidup kita dikuasai NAFSU. Nafsu membuatkan kita melompat keseronokkan, menangis bagaikan orang kehilangan, muram durja akibat nafsu tidak dibelai. Nafsu bukan hanya perilaku seksual atau hubungan intim, ianya melibatkan hal hal materi dan juga kemahuan diri yang pelbagai. Jangan silap.
2. tidak kenal erti cinta, cemburu dan pemilikan: Kita terlalu asyik masyuk terbuai, hingga terlupa banyak perkara. Kita marah apabila ada penolakkan pada niat kita yang kononnya baik. Kita terlupa bahawa orang lain ada citarasa kemahuan tersendiri. Kita fikir kita sudah memberi tawaran terbaik untuk mereka. Kita bandingkan ketelusan, pengorbanan dan usaha kita dengan target kita. Target kita juga adalah orang...lebih parah kalau dia orang yang kabur atau hilang. Pemilikan sudah kita bicarakan panjang lebar....sebelum ini
3. bercakap semberono tanpa berfikir: Kita bijak menyusun kata. Kita terlupa bahawa kata kata adalah senjata manusia. Kita sedap meluahkan segala isi hati tidak kira dengan apa dialek atau bahasa. Isinya? Tidak mengambil kira hati orang orang yang dibicarakan. Kita seolah olah naik tok syeh dan paling buruk mereka digunakan sebagai BAHAN atau OBJEK untuk diluahkan segala rasa suka/marah/kecewa atau apa apa sahaja. Lihat/kaji dulu siapa di depan kamu dan apa kata kata yang ingin kamu luahkan, kalau dia kanak kanak sekalipun.
4. bersaing/lumba dengan orang orang terdekat: Tanpa sedar. Apabila berada dalam kelompok kita terlupa. Bermula dengan kemahuan untuk tampil terbaik dalam keramaian, kita bawa sifat tersebut dalam kumpulan kita. Tambah menyedihkan kumpulan itu adalah saudara mara atau teman teman sokong bantu selama ini. Sebaiknya apabila berkumpulan sebarang pembangunan mental dan fizikal adalah bersama sama. Kita tarik tangan mereka yang masih lalai dengan pelbagai cara untuk hal hal kebaikan. Tidak berlumba, malah dikongsi bersama. Tidak memberi ancaman/ugutan pada mereka, tidak merahsiakan apa apa peluang sedia ada dan mungkin ya bersaing secara sihat dan saling berbahagia apabila satu dari kamu sudah ke depan.
5. hidup hanya dengan pujian: Boleh mampus cepat kalau hidup begini. Orang di sekeliling sudah membaca kamu. Nafas kamu hanyalah dibantu pujian. Kalau ditegur kritik kamu mungkin tercunggap cunggap mencari udara untuk hidup. Belajar untuk tidak terlalu bergantung dengan pujian. Berterima kasih kalau ianya benar. Sudi untuk bertanya apa sebenarnya harus dilakukan untuk hal hal baik pulih. Berlapang dada bila ditegur bila ada hal hal canggung. Kamu juga boleh memilih untuk terus hidup, meskipun tidak ada sesiapa yang memuji. (kita berbicara tentang budi, usaha, penampilan, busana, gerak laku) Tidak mati dek keji, tidak luak dek hina atau tidak bertambah seri dek puji.
6. kitaran dunia dirasakan hanya untuk diri: Pesanan bahawa dunia ini tidak berputar hanya untuk kita itu dalam maknanya. Tidaklah bertujuan lain selain dari pada mahu kamu jadi sensitif pada segala gerak laku, kata kata apabila melibatkan orang ramai. Ya ada waktunya kita keliru dan marah bila kerap dipertikai. Tindak tanduk kita, apakah ianya melibatkan kesukaran untuk orang lain? e.g: anak yang keluar malam, menyusahkan hati ibubapa. Teman yang bepakaian lucah dalam kumpulan, memberi rasa yang tidak sedap pada teman teman lain. Begitu juga akan hal hal yang pelbagai dalam hidup. Kita tidah hidup sendiri sendiri atau menjadi kera sumbang. Ingat ini adalah hal hal imbal balik dalam kehidupan. Ramai orang kecewa akan berkata I don;t care... i am on my own... cuba fikirkan kembali sistem hidup manusia bagaimana? kita harus berinterasi dengan dunia dengan cara yang beraturan paling tidak.
7. merasa rugi kalau berkongsi ilmu/kemahiran: Takut, takut kalau kalau ilmu kita diserap orang, sedangkan segala kehebatan kita pun datang dari PENCIPTA. Kita takut orang akan mendahului kita. Kita memberi pelbagai alasan. Kita simpan rapat dalam diri, sedangkan hal hal yang baik dan berkualiti apa salahnya dikongsi? Belajarlah berkongsi ilmu. Cuba kamu renungkan, teman bertanya dari mana kamu beli kain baju kurung yang cantik itu? Kamu menipu tidak tahu... kerana kamu takut dia akan ke tempat yang sama dan meniru gaya kamu. Apa sebenarnya sifat begini? Kek kamu lazat dan dipuji puji. Resepinya diminta. Kamu ralat. Kenapa ralat? takut kalau kalau resepi tersebut tersebar. Apa agaknya sifat kamu? Mahu dibawa resepi itu ke kubur? atau takut orang lain jadi hebat? Ya Tuhan!
8. sentiasa bersangka buruk: antara frasa yang menggelirukan manusia. Giving the benefit of doubts. Sifat ini tercipta dan semakin menebal kalau kamu membenarkan ianya bersarang dalam diri. Kita menilai orang/suasana dari jauh tanpa mahu bertanya kenapa atau mengapa. Kita gagal membaca latar belakang orang. Syak wasangka ada waktunya boleh membunuh jiwa kita. Demi untuk lari dari sifat ini, kita perlu melatih diri untuk terus berurusan dengan manusia yang sudah sedia berlapis. Kita menuduh wanita seksi itu pelacur, orang kurus penagih dadah, orang gemok kita anggap pelahap dan macam macam hal negatif lain. Sedangkan yang berfikiran negatif itu adalah kita. Akhirnya kita berdunia sempit dan tidak mampu memperluaskan lagi tanggungjawab sosial kita.
9. melihat kejadian dalam konteks sempit: Kita ikut kumpulan. Kita merasa lebih kuat dan sudah tentu berada di kelompok yang benar. Kita bahagia begitu, tanpa susah payah membuat sebarang kajian atau renungan. Kita tidak mahu rugi waktu untuk menilai sesuatu keadaan. BAHAYA... kita akan membuat kesimpulan sendiri sendiri. Apatah lagi kalau untuk hal hal berdekatan dengan kita. Bayangkan kalau kita membuat kesimpulan yang silap pada teman rapat atau ahli keluarga kita...
10. latihan DOMINAN yang berterusan: Semua harus mengikut cara kita. Kita mahu berkuasa kerana yang lain lain kita anggap bodoh, nagoi, sempit akal dan tidak berguna. Kerana sudah terbiasa, kita jadi lemas apabila orang lain mula memberi pendapat. Sedangkan hak bersuara ada pada sesiapa sahaja asalkan majoriti bersetuju. Kita yang dominan ini suka mengulangi hal yang sama (mungkin ayatnya sahaja yang berubah). Walaupun dalam suasana santai biasa kita akan memastikan suara kita didengari. Telinga kita seolah olah mahal untuk diperuntukkan mendengar pendapat orang lain. Kita pangkah awal awal lagi dengan pelbagai tingkah... ada waktunya menolak mentah mentah, sebelum tahu apa isi yang akan dibawa oleh orang lain. Mana tahu, ianay lebih baik. Ingat, orang lain harus diberikan PELUANG...
Jadi hal hal di atas bukanlah sesuatu yang baharu. Sudah kita temui sipi sipi dalam sistem pembelajaran kita yang berterusan. Tidak kira secara langsung atau di institutsi institutsi pendidikan. Ada yang dipaparkan secara akademik, ada melalui leteran ibu yang bahasanya tidak teratur....Namun haruslah dinilaikan kembali dari waktu ke waktu. Segalanya atas diri kamu sebagai manusia.
Bagi sesetengah manusia ini adalah leteran dan dia tidak suka diingatkan. Dia kononnya manusia yang cepat, tangkas, progresif, ketua dan padu... Namun jangan lupa kita sewaktu menjalar dunia ini harus peka pada hal hal diri, keluarga, teman teman, tempat kerja dan negara dalam apa cara sekalipun. Setiap kita adalah saluran. Kita mencari jambatan jambatan tertentu sepanjang hidup kita.
Jangan sampai kita terkebil kebil melihat dunia dan tidak mengerti apa, mengapa dan kenapa.
YOU ARE READING
CONVERSATION
De TodoConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...