MEMASARKAN ANAK JADI ARTIS

11 1 0
                                    


Hey! kita berbicara tentang teknik pemasaran baru ya...

Anak i si Zura tu...minat sungguh dia menyanyi, you ada kenal sapa sapa tak?

Tak lama lagi i akan sibuklah tour sana sini... abah dia keluarkan modal, buat single you....

dekat 15 ribu juga abis... itu baru satu lagu tak masuk baju lagi...

Alah tidaklah sebaru mana sayang, ianya sudah dipraktikkan sejak zaman berzaman. Cuma baru baru ini sahaja kita nampak. Kalau dahulu anak dipasarkan melalui pelaburan pendidikan, perkahwinan dan pekerjaan. Ianya masih berlaku, hanya kita segan mahu berbicara.

Pernah dengar bukan rungutan mas kahwin dan hantaran yang mahal? Itu belum lagi masuk bab memilih menantu demi sejahtera masa depan anak anak. Bukan semua keluarga mengamalkan teknik pemasaran sebegini. Sila ambil perhatian.

"Kalau kau senang, mama dan papa juga senang nanti, boleh bantu adik adik,"

Kebetulan pula anak anak kita bergenetik hebat. Apa lagi? Kita doronglah mereka jadi model, pelakon, penyanyi dan apa sajalah selagi digelar selebriti. Buat duit you... di zaman manusia menyembah manusia ini, tahanlah sekejap kemahuan diri yang asli, cari duit dulu...lepas tu kita hilang dari radar.

Telan air liurlah bakat bakat sedia ada yang berhempas pulas, melihat nasib nasib baik mereka yang dipasarkan dengan cara ini. Penuh dengan persediaan rapi, mendapat sokongan dari segenap pihak yang bertanggungjawab. Kalau ada nasib menjadi, kalau tidak akan hilang dari radar. Kamu masih ingat kisah di tahun 80an? Jual tanah mahu bikin album? Oh! ini kisah lama yang lucu kalau difikirkan semula.

Sepanjang hidup memerhatikan POP CULTURE di Malaysia, sekali sekala kamu akan faham fenomena ini. Ada yang muncul dengan satu album, syarikat sendiri, ayah jadi pengurus, akaun tidak bersistematik, show sana sini, tiba tiba hilang begitu sahaja?  Sedangkan yang melalui saluran yang disangkakan betul juga pernah tertipu... fikirkan Anita Sarawak dan pengurusnya Bunny Bosco di lewat 70an dan Ning Baizura di awal kemunculan mereka. Namun skenario mereka berdua berbeza, mereka antara dua artis/vokalis yang berbakat besar, masih boleh bingkas bangun dan memulakan semula. Begitu juga bintang sejati Dayang NurFaizah yang masih relavan di pentas walaupun ada gangguan dari kontrak yang khilaf.

Kita bercerita bagaimana ibubapa sekarang berani menyusun karier anak anak mereka, membuat pijaman bank dan berjudi nasib menggunakan anak anak untuk satu tempoh tertentu. Satu pujian untuk mereka atas keberanian tersebut. Tidak pasti segala ini atas dasar kasih sayang atau tanggungjawab.

Sebagai penganalisa dunia POP Malaysia, fenomena ini sudah dilihat jelas. Kamu faham kenapa anak anak mudah berbaris baris mahu ikut serta ujibakat rancangan realiti tv? Mereka tidak kisah kalau dijadikan badut promo sekalipun. Menjadi terkenal itu lebih penting pada mereka dan ibubapa mereka. Maka kalau ada nasib, diseret sekali ibubapa oleh penerbit untuk dijadikan pancingan demi menaikkan rating program. Tidak mahu menghakim, kamu fikirkan sendiri.  Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Dunia POP ada trend trend tertentu. Ibubapa yang bijak, apatah lagi kalau sudah ada anak anak yang menawan boleh memasarkan anak anak mereka. Manalah tahu menjadi? Muncul di tv atau skrin itu penting... setelah itu kita tinggalkan pada nasib. Pelaburan awal harus ada... untuk imej, studio atau portfolio. Ditambah pula dengan penerbitan yang tidak lagi bersifat membantu, selagi ada pendapatan selagi itu boleh kamu muncul di media. Orang orang media jarang mahu menulis tentang seni secara percuma lagi bersandarkan bakat yang mengkagumkan, percuma kalau kamu sedang IN atau bijak menggendeng gendeng para wartawan. Itu satu hal yang pasti...berebut rebut mahu menjadi muka depan majalah. Itu bagi mereka adalah pencapaian.

Sekali lagi saya tekankan, memasarkan anak anak TIDAK SALAH kalau dilakukan dengan deria perniagaan yang bijaksana. Bayangkan kalau anak kamu seorang vokalis yang hebat, cantik/tampan, bak kata orang lengkap pakej... apa salahnya?

Yang menjadi salah adalah apabila khayalan melampaui bakat nyata. Ingat kita ingat dua tiga bakat yang tidak ke mana, meskipun ibubapa mereka orang seni. Wartawan sendiri tahu siapa mereka yang dianggap mencuba berat. Jangan main main dengan orang media mereka bijak menjalani tugas mereka. Melabur anak sebagai perniagaan juga haruslah seimbang dengan bakat yang mereka ada...tambah tambah dalam industri hiburan Malaysia yang masih dilihat tidak kemana ini. Sejak tahun 80an ramai bakat bakat yang terhenti sekerat jalan sahaja... ada yang beralih pada bidang musik ke lakonan pindah lagi ke bidang lain...lama lama hilang begitu sahaja...kasihan pada anak tersebut. 

Kasihan juga pada artis artis suam kuku yang menyangkakan panas sehingga ke petang. Sejenis tekanan akan dihadapi semakin mereka menginjak usia. Artis artis picisan yang hidup hanya dengan pujian, tidak tahu bahawa hiburan di Malaysia bukanlah begitu pentingkan nilai artistik. Sekali sekala keluarlah majalah untuk khabar terbaharu... sebutan COMEBACK itu menjadi sinonim oleh peminat peminat palsu. Siapa peminat palsu? Mereka yang pura pura meminati kamu tetapi tidak menyokong kamu secara fizikal. Mereka manalah tahu kos studio, kos penerbitan dan pelbagai hal hal remeh dunia seni. Minat tapi tidak membeli produk kamu langsung...kalau free ya boleh saja...ini satu segmen yang harus kamu tahu juga, peminat palsu wujud.

Secara angkuh ingin dikatakan bahawa dunia POP dan seni hanyalah untuk mereka yang gigih dan berbakat sahaja. Pahit untuk ditelan hakikat ini. Itupun belum tentu mampu bertahan, dengan perubahan citarasa, ghairah ghairah generasi baharu dan tuntutan alaf baru. Ini belum lagi kita bercerita tentang hubungan dengan media hiburan yang sedikit berlapis lapis. Menjadi artis pop di zaman ini selain dari bakat hebat, ia juga menuntut susunan yang bagus dan bersistematik. PR, Team dan pengurusan menyeluruh yang baik.

"Aiyo? macamana mahu jual? Produk dia tidak berkualiti," rungutan dari pegawai PR Freelance yang pernah saya dengar di tahun 2014

Tanpa mahu menyebut nama, sebenarnya artis tersebut bergerak atas modal kekasih kaya dan lama lama mungkin bosan mendapat slot slot kurang berkesan di awal pagi, slot tenghari untuk ibu ibu yang tinggal di rumah. 

Ini bidang kerjaya yang rumit. Glamer jika dipandang secara sepintas lalu... Terjun kalau kamu rasa kamu yakin dan mampu untuk menawan khayalak.... pastikan kamu ada sokong jitu dari semua pihak... bijak membeli hati peminat, wartawan dan disenangi. Ianya harus dilakukan dengan hati yang senang...

Sama seperti bidang lain, ia masih tergantung pada NASIB dan USAHA. tidak kira bagaimana tampan/cantik atau berbakat sekalipun...Selagi kamu mahu berhenti BERKHAYAL. 

Dari usia 19 tahun membawa 25...boleh dikatakan cemerlang kalau kamu mampu bertahan. Selalunya tidak terjadi...dunia semakin pantas. Atas dasar itu saya sering menyarankan para vokalis untuk menggubah lagu, pelakon belajar menjadi pengarah/penulis skrip... sayangnya mereka yang kononnya hebat masuk ke dunia POP hanya berbekalkan bakat satu dimensi dan rupa paras sahaja... Paras dan fizikal yang akan ditelan waktu.

Jadi ibubapa....yang memasang angan angan mahu memasarkan anak anak kamu. Fikir fikirkan. Fikir dalam dalam...

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now