KITA BUKAN BIJAK PANDAI TAPI...
ada hal hal asas yang perlu kita tahu, dakap, tanya diri supaya hidup jadi lebih lancar aman.1. manusia, nafsu terpendam dan cubaan melaksana
2. gerak langkah mereka (apa ada keterlibatan dengan kita?)
3. Menerima, menolak, memahami, sokong atau buat tidak tahu?
4. kesan/efek bila terlibat (haru, bahagia, damai atau kacau?)
5. bila kita harus bercakap, bila kita harus diam?
6. imbangan pada kesan/efek secara peribadi
7. setakat mana kita ikhlas pada diri dan sekitar?
8. apakah dihantui rasa bersalah dan tidak yakin?
9. pentingkah mendahului orang/pihak lain?
10. Tidur/Rehat selama ini aman atau sukar? kalau tidak kenapa?Kepastian pada10 hal di atas akan menjadikan kita manusia yang tahu mempertahankan diri, tidak menjawab dengan kata 'SAJA SAJA' dan tentunya tampil lebih relak luar dan dalam.
PEMBENTUKAN SIFAT KITA
Ada waktunya terjadi tanpa sedar... pengaruh orang terdekat, suasana sekeliling dan hasutan dalam bentuk apa sahaja. Kita jarang mahu meletakkan waktu untuk menilai diri. Tidakkah pernah kita terfikir pada beberapa segmen hidup yang serius kita lakukan kerana ianya mudah dan dilakukan oleh orang sekeliling?
Sila sentuh sifat itu, dan tanya banyak banyak pada diri.
1. Apakah dilakukan dengan kerelaan diri?
2. Apakah kita desperado untuk diterima oleh khalayak?
3. Apakah kita takut merasa malu pada majoriti?
4. Bahagia atau tidak? Atau kita berharap lambat laun kita akan terbiasa?
5. Pernahkah kita katakan: Entah aku pun tak tahu, aku ikut sahaja.
Nah kamu nampak sebenarnya, kamu tidaklah sedunggu mana, kamu juga bukan jenis manusia yang terkapai kapai tidak ada pendirian. Jadi kamu boleh memilih untuk hidup bagaimana, tanpa ada rasa takut pada sekeliling selagi kamu tidak menjentik kehidupan mereka.
Salahnya sistem hidup kita adalah kerana mahu tampil segagan, sama atau lebih kurang dengan orang orang di sekeliling dalam apa apa juga hal. Kalau boleh mencakupi semua ruang hidup antaranya berbusana, makanan, gerak geri, tutur kata dan gabungan gabungan lain. Awal awal lagi kita sudah dilatih untuk merasa takut kalau kita ini berbeza.
Pokoknya tidak ada kebaranian di situ.
Ada sejenis rasa salah dan kekok, kerana diri lemah dalam banyak hal. Mengikut tetapi merasa tidak selesa, tetapi ikut juga: Petanda awal bahawa kita sudah mula menghina diri. Takut untuk menyuarakan pendapat (takut tidak bernas dan diketawakan). Siapa kata pendapat peribadi kita harus bernas? Kita sendiri atau orang sekeliling? Kita juga sudah dilatih untuk patuh pada ketua, ahli keluarga dan pendita bukan? Kita ada persoalan, tetapi kita takut untuk bertanya, atau kita tidak mahir untuk menyusun kata kata.
Tidak ada mana mana manusia yang mahu menjadi robot, badut ikut ikutan dan hal hal yang kamu sudah mula mengerti. Sebagai kata penyedap kamu tentu sahaja pernah mendengar ungkapan BE YOURSELF. Setakat sebut sahaja ianya tidak akan membawa makna.
Dengan itu ingin disarankan pada kamu supaya mendalami apa sahaja gerak diri, faham secara penuh, dan bersedia untuk memberi penerangan kenapa dan mengapa kamu bergerak sedemikian. (ini termasuklah kata kata, penampilan, hasil kerja dan penetapan diri).
Terlalu ramai yang menjadi tertekan kerana hidup di bawah sistem yang tidak dimengerti, ikut membabi buta, ikut dengan konsep yang tidak diikhlaskan oleh tubuh badan dan emosi dalaman masing masing.
Bekerja untuk imbuhan, 8 jam tertekan dan pulang dengan kekusutan?
Menjaga hati orang, terlupa mahu membelai hasrat dan kemahuan diri?
Menuruti sahaja saranan orang, tanpa bertanya, berharap dalam diam bahawa itu anutan terbaik?
Mana mana yang ramai kamu ikut, demi mencari kekuatan. Kekuatan apa ya?
Takut untuk meluahkan hasrat, cita cita, kemahuan dan impian. Takut disanggah atau diketawakan.
Kita bukanlah manusia yang serba sempurna. Kita akur pada hal yang satu itu. Namun ini adalah kesedaran yang akan kita temui kalau kita membenarkan otak dan emosi kita berfikir dan menjadi teguh berani.
Ada hal hal yang tidak perlu kita jelaskan kenapa kita memilih untuk menjadi diri kita sendiri. Siapa si tukang tanya? Kenapa dia harus meminta kepastian? Apa jawatan dirinya di dunia ini? Kalau harus berterus terang pastikan ianya berbaloi. Kalau sekadar suka suka dan untuk ditertawakan kemudiannya, kamu sendiri ada jawapan mudah bukan?
Matematik MUDAH kehidupan adalah, selagi kita tidak menggangu ruang orang, kita akan selamat dan tidak tertakluk pada penerangan panjang lebar (kalau kita tidak melibatkan dia). Namun manusia bijak. Dia akan tampil bersopan walaupun untuk melukai kamu lantas dia akan menggunakan butiran butiran yang bakal membuatkan kamu rasa bersalah. Antaranya...
1. Kita sesama manusia harus ingat memperingati
2. demi agama dan bangsa
3. Kamu rakan jadi aku rasa bertanggungjawab untuk...
4. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama
5. Peringatan tentang maruah yang kononnya kita cemari
dan macam macam lagi alasan. Semuanya atas pertimbangan kita samada untuk menghabiskan waktu dan tenaga... atau berbicara secara santai tentang hidup pilihan kita pada manusia tersebut.
Harus ingat ada manusia yang sanggup mejelajah secara eksterim hanya untuk membuktikan bahawa kamu itu SALAH dan dia adalah BETUL... supaya tahap egonya menjadi lebih kebal. Kamu tidak mahu menjamu itu semua bukan? Kamu juga bukanlah manusia yang jahat atau teruk.
Jadi, teruskan menjadi manusia yang hebat, menarik, tidak goyah, bijak dan tidak mudah dijadikan makanan orang lain. Kalau kamu mampu untuk bersifat tegas dan sinis, orang lain tidak akan ada kemampuan untuk MAKAN kamu begitu sahaja... mereka nikmat tau pada hal hal jenis begitu...
YOU ARE READING
CONVERSATION
De TodoConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...