Teknik teknik melayari medsos sudah kita pelajari sebelum sebelum ini. Ya, media sosial yang menggoda tanpa sedar harus punya cerita. Cerita molek orang kurang suka, berita buruk jadi perkongsian belaka.
Melihat suapan laman facebook dan salin lekat mereka dari waktu ke waktu kita seolah olah boleh membaca sifat si tukang kongsi. Tukang kongsi yang mungkin saudara mara kita, teman teman lama atau teman baru di laman media sosial.
Contoh terbaharu adalah kisah artis yang dibaling telefon pintar setelah menyerbu suaminya yang sedang berhibur di pusat Karoeke di Cheras. Isu favurit pada wanita dan adik adik berjiwa kapas, mereka berkomentar seolah olah mereka tahu segala di tepi kain si artis dan isterinya. Disogok pula oleh berita berita pendek dari portal yang lapar iklan dan likes. Begitu emosi sekali mereka meluahkan rasa marah mereka.
Kisah artis di mana mana negara Asian memang panas. Kita bersembang seolah olah kita ini ibu saudara mereka pula, yang tahu segala kisah dalam kain. Ada sejenis sakit MENTAL untuk orang orang yang merasa dekat dengan dunia artis sebenarnya. Kasihan kita melihatnya... (takat upload sinopsis drama pukul 7 petang itu kita faham...ghairah dan sepi mereka sebagai peminat).
Masing masing mendaftar ke media sosial dengan niat berbeza. Itu harus kita akur
Jiwa harus diingatkan, sebarang keyakinan kita tidak semestinya akan ikut diyakini oleh orang lain. Merasa terlalu yakin dan benar dalam sesuatu hal yang belum ada ketentuannya tidak pernah membuahkan rasa ragu? Lainlah kalau kamu itu orang yang sahih berada di tempat kejadian, mengikuti proceeding mahkamah si pelaku/mangsa atau ada dalam situasi tersebut. Jimat jimatkanlah sedikit EMOSI atas cerita orang lain. Rugi tenaga.
Medsos menjadi wadah mudah. Mudah untuk kita lampiaskan kemarahan, ketidakadilan, kekeliruan kita terpampang di situ. Ini belum lagi perkelahian sesama saudara mara, rungutan pada suami, menuntut hutang dan macam macam. Untuk orang lama seperti penulis, ianya sesuatu yang menakutkan. Lama lama mungkin terbentuk satu sifat secara psikologi. Kalau sifat moleh Alhamdulillah, kalau sifat buruk Allahu... Wallahualam.
Lama lama akan terbentuk satu KENIKMATAN apabila berita entah ya entah tidak itu mendapat sokongan dari teman teman yang ada dalam senarai. Ini merbahaya sekali, kita secara tidak sedar sudah merangka satu ikatan hubungan polisi hidup di situ. Bagaimana kalau satu hari nanti teman teman medsos sudah membutakan segala postingan kita? Jadilah dinding medsos sebagai dinding tangisan (wailing wall) seperti yang sedia ada di Jurusalem. Marah ibu mertua kita tulis, perli jiran kita tulis, tak suka pada artis kita bubuh... begitu ringan sekali jadinya jari jemari kita.
"Hiburan Makayam... what do you expect? Hidup inikan membosankan," Habis tu kita bernafas atas kisah buruk orang? Kisah buruk kita, kita kunci diam diam.
Kalau begitulah kenyataan, apalah lagi yang boleh dikatakan? Cuba kamu hamburkan kisah kisah buruk kamu sendiri di dinding medsos. Kemudian semak kembali kesannya pada diri kamu.
Kisah mencari publisiti murah jangan cakaplah. Berlambak lambak. Dari kejadian yang menggerikan, kisah pondan, kisah kunyit, kisah orang kena tangkap basah... kita jadi seronok. Dimarahi dan dimusuhi pula kalau ada yang menegur. Maklumlah STEAM dipotong bila kamu sedang naik toksyeh!
Saya menganggap medsos ini sama sahaja seperti hubungan manusia manusia. Cuma ianya berbentuk teknoloji. Kesopanan tetap harus dijaga, malah lebih ekstra lagi kerana kita harus mengeja (mahalah tahu lain dieja lain pula maksudnya di pihak sana).
Antara kisah kisah yang ghairah dikongsi adalah:
1. kisah isteri dianiaya oleh suami (ini paling favurit, kerana melibatkan emosi wanita)
2. Kisah kisah aneh dalam negeri (dari portal luar negara juga ada, bubuh sahaja asalkan banyak likes)
3. Kejadian kejadiah khilaf orang lain, apatah lagi kalau kejadian orang terkenal.
4. Politik (bukan yang baik baik). Kebenarannya wallahualam. Kita pun ikut sama naik mengutuk
5. Gambar gambar aib yang menyokong moral kita. (wanita bertudung sedang felatio, wanita bergaduh tarik tarik rambut, mencili kemaluan wanita, pergaduhan apa apa sahaja)
Begitulah lebih kurang. Sama seperti kamu, penulis juga ada waktunya terbabas ghairah, maklumlah manusia kan? Namun dari waktu ke waktu apabila tersedar ada tindakan yang harus diambil. Tidakan bagaimana? Berpesan pada diri bahawa ini adalah Medsos.
Komen komen kita mungkin akan mengecewakan pihak pihak tertentu. Membikin rasa rendah hati, kecewa, bergaduh, tidak bermotivasi. Tambahan pula dengan tahap depresi dan tekanan jiwa sedia ada di kalangan pengguna medsos, akan lebih teruk kalau kalau pihak di sana mengambil keputusan untuk memBUNUH DIRI sahaja kerana merasa terhina yang amat amat. Allahuakbar... minta dijauhkan. Takutnya.
Saban waktu kita bermuat naik pesanlah pada diri:
1. Berkongsi hal hal yang baik yang menjurus pada teladan hidup
2. Memberi informasi informasi yang dirasakan perlu tentang kawasan atau apa apa sahaja
3. Meminta bantuan (mana tahu ada orang yang boleh membantu: kerja, lokasi, kitar semula dan macam macam lagi)
4. Jangan menjual fahaman Agama, Bangsa dan Nilai hidup kita secara melulu... memilih cara terbaik untuk meluahkan emosi.
5. Menambah kenalan (tidak kiralah persahabatan atau mencari jodoh, lakukan dengan berhemah)
Jangan tidak tahu, sama seperti kehidupan harian manusia itu penuh manipulasinya. Jahat, Pintar, Penipu, Ambil kesempatan itu adalah ruji bagi mereka. Tugas kamu sebagai individu hanyalah berhati hati. Berhati hati bagaimana? Dengan mengamalkan sifat sifat bijak, percaya pada kata hati, tidak ikut sama naik menyokong membabi buta dan akhirnya terperangkap. Ingat, ada muatnaik yang boleh kita buat tidak tahu sahaja, walau segeram mana kita sekalipun. Jangan merasa bersalah kalau kita buat tidak tahu sahaja, walaupun ada ditagged nama kita. Sama seperti falsafah "dinding medsos saya hak saya" begitulah bentuk sokongan dari pihak kamu, itu hak kamu. Tidak jadi cela sekiranya kamu tidak memberi respon.
Secara terang terangan KISAH KISAH BURUK ORANG adalah mudah, kerana tugas kita hanyalah menghakim dan mengutuk sedas dua. Tetapi fikirkan semula, bagaimana sekiranya kutukan itu jatuh pada diri sendiri? bapa kita? adik kita? ibu kita? negara kita? Fikir fikirkanlah ya....
Tidak ada imbuhan/bayaran pun sekiranya dinding medsos kamu mendapat perhatian hanya kerana ianya sensasi...
Ya, benar. SAKIT emosi manusia akan terpampang jelas di ruang medsos. Kamu tidak mahu menyertai mereka bukan?
*ini kita belum lagi berkisah tentang EXHIBITIONIST dari semua golongan jantina dan ras. Dari tayangan/preview barangan mewah hinggallah gaya gaya seksual yang silap saluran... terkedu dilihat oleh orang orang biasa yang kodi seperti penulis.
YOU ARE READING
CONVERSATION
LosoweConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...