Kata Socrates ahli filsuf Yunani.
Cubalah dahulu baru cerita
Fahamilah dahulu baru menjawab
Fikirkan dahulu baru berkata
Dengarkan dulu baru berpenilaian.
Kerjalah dahulu baru berharap.Secara peribadi aku fikir merujuk pada sifat manusiawi kau dan aku. Hal hal yang kita sama sama harus baik pulih, apatah lagi dengan palitan hidup berlingkungan Medsos. Dalam kehidupan biasa di kedai kopi, teman teman dan ahli keluarga juga begitu.
Ianya merupakan peluang yang kita mahu dan diberikan juga. Sudah panjang lebar kita berbicara tentang kisah PELUANG sebelum ini. Peluang yang diberi, direka dan terpijak.
Kita ini ditakdirkan bermulut, berhati-jiwa dan berakal. Jadinya tidak dapat lari beropini dalam banyak hal. Hal hal apa sahaja yang melintas di depan mata. Secara fizikal atau secara alam maya. Baik buruk dan impaknya akan tetap ada. Ada waktunya kita merungut, mengkritik, mendesak, mengutuk, memuji, mengkagumi dan berinspirasi tentunya. Manusia dan manusialah katakan.
Ada sahaja yang akan kita luahkan. Kalau berdiam diripun mungkin di dalam hati kita akan bersungut. Fikir fikirkan. Di zaman serba berani ini (maklumlah tidak perlu berkonfrensi secara rasmi) kita masing masing menjadi wira keyboard. Aku juga samalah... ini bukan untuk menunding jari pada kamu. Berani sungguh kita ya? Meluahkan pendapat tanpa silu atau sopan pada hal hal yang dipancing dalam hidup.
Falsafah di atas harus kita selami lagi. Cuba menjadi manusia yang adil dan mengerti. Manusia kalau hidup tanpa rasa belas kasihan bagaimana? Tanpa pengertian pula apa dia? Malas mahu mencuba kerana ragu ragu pada hal tidak pasti letak duduknya di mana? Berterusan menilai tindak tanduk orang apakah ianya mulia? Menjual nilai nilai yang kita yakin? Mempersoalkan kerpercayaan orang? Harus ingat kepercayaan itu bukanlah hal hal agama sahaja, ianya melibatkan pelbagai gerak geri manusia sewaktu menjalani hidup.
Dari kejadian bagaimana manusia itu tumbuh sehinggalah segala aktivitas manusiawi akan jadi perhatian kita. Kalau diperhatikan sahaja tidak mengapa, mustahil juga bukan? Automatis kita akan mula berpendapat (diluahkan atau disimpan dalam hati lain pula ceritanya). Tanyalah diri apakah kita ini adil?
- kita kenal dia?
- tindak tanduk dia apakah melibatkan kita?
- apa yang membuatkan kita mahu kedepan untuk menunding jari dan bicara?
- tahukah kita kondisi sebenar dirinya? (sakit, tertekan, depresi atau apa?)
- mengansumsi bahawa manusia adalah piawai juga salah sebenarnya. (acuan budaya, percaya dan geografi kehadiran awal kita juga tidak sama...begitu juga bahasa dan adap bicara)
Kembali lagi pada falsafah di atas: cuba, faham, dengar, fikir, kerjakan melibatkan deria kita sebagai manusia. Pemohonan untuk dipertajamkan lagi RUANG kita demi kesejahteraan hidup. Bukan kita sahaja yang istimewa sewaktu melayari kehidupan ini... Di sinilah hadirnya maruah, moral, empati, intelek dan macam macam deria hebat manusia. Emosi kita akan jadi terkawal dan sudah tentu kalau diamalkan sebaiknya kita akan tampil sebagai manusia yang terlihat tenang, terkawal dan hebat. Orang juga jadi hairan, kenapa dia mampu bersifat begitu???
Sesekali kita harus duduk dan menilai diri.
Menilai diri kerana mahu menjalar pada dunia dan hidupan hidupan yang ada, berinteraksi, berhubung, menjalin. Mana mungkin kamu mampu hidup bersendirian? Manusia manusia yang kompleks dan berlapis lapis suka atau tidak akan kamu hadapi. Cara kamu itu bagaimana? Apakah kamu akan berterusan berdrama? Terus hidup penuh rungutan? Berkerut dahi tercari cari cara terbaik menyelesaikan masalah. (kita sudah berbicara awal bagaimana hidup ini adalah proses menyelesaikan masalan bukan?) dari sekecil kecil 1 campur 1 jadi 2 sehinggalah hal hal yang melibatkan kerjasama, menilai, memilih, mahu berjaya, kelancaran dan macam macam lagi.
Aku fikir semua orang akan mengatakan, "alah... benda ni? kalau tanpa falsafah juga kita mampu memahami seluruhnya,"
Bunyinya mudah. Mengatakannya juga enteng... namun apabila masuk saja dalam kancah hubungan manusia manusia, percayalah ianya akan membuatkan kamu terfikir. Bayangkan kalau kamu ditegur orang? Kamu ghairah beropini atau kamu mabuk menilai hidup orang yang kamu rasakan salah dan tidak betul sedangkan....
Kenapa? Hanya kerana hidup kita selesa dan nyaman, kita senang senang mahu menjadi ratu mengutuk pada kehidupan dan pilihan orang lain? Jangan sampai dibalikkan segala gerhana hidup pada kita... Ya, DIA mampu melakukannya, kamu sendiri maklum.
Kita sudah berjanji bukan? Masing masing mahu menjadi manusia yang baik.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...