Setelah mengharung hal hal yang serius, menakutkan dan menggelirukan, kita juga telah menggunakan tenaga yang banyak untuk menghadapinya. Penat dan terjelepuk duduk sambil berfikir, apa dia? Apa agaknya yang dimahukan oleh manusia?
Semua tidak tanduk samada berkaitan atau tidak akan dirasakan LUCU. Boleh ketawa apabila difikir fikirkan kembali. Manusia yang bermati matian memburu kemahuan, tidak kira atas dasar cita cita, nafsu, pujian, sokongan atau sanjungan.
Jadi ingin mama katakan bahawa dunia ini LUCU.
1. Kecewa marah marah pada sang kekasih, suami, isteri sewaktu menghadapi kasus kasus kecurangan dan hal hal cemburu yang bukan main. Anehnya setiap sorang mahu dilihat sebagai mangsa. Padahal sewaktu mula merangka hidup bersama mereka lupa apa itu janji? apa itu kesucian ikrar? dan mereka bermati matian tidak kira apa cara sekalipun bahawa mereka manusia yang akan mati dan tidak menungkat dunia. Gerakan mereka adalah lucu sekali.
2. Hal hal yang melibatkan agama dan pegangan. Ada yang insof, murtad, marah pada tuhan, aku betul kau salah...masing masing bertelagah. Diputar belitkan pula menjadi 'tanggungjawab sesama ummah'' katanya. Hal ini ada dalam hidup semua manusia tidak kira apa agama sekalipun. Ini termasuk para athiest yang harus bernafsu untuk diwar warkan pada dunia, tidak setakat itu sahaja dihempuk pula pegangan lama dalam betul yang sangat menyedihkan. Orang sebegini sebenarnya sakit. Diputar lagi..."since korang tanya aku jawablah" padahal dia awal awal lagi sudah mengkhabarkan bahawa setiap manusia itu ada pilihan. Aneh Lucu
3. Manusia berhempas pula membentuk gerak mencari fizikal yang terbaik. Tidak kiralah untuk apa tujuan, kesihatan, kecantikan dan perhatian. Mereka juga lucu...lucu tanpa sedar. Apa termalu sendiri, mereka mengatakan ianya hanyalah untuk perkongsian...tapi jangan menyesal nanti kalau tak ikut. Owh...kita pun terus tertawa lagi atas sikap yang lucu ini. ini belum masuk ke daerah mencari pengiktirafan diri secara fizikal. Pembedahan wajah, suntikan silkon dan rawatan rawatan pemutihan diri. Kita sering ragu ragu apa tujuan mereka ini. Memudahkan kotak fikir, kita katakanlah ini semua adalah untuk tujuang tujuan JATI DIRI. Kita pun ketawa melihat hasil mereka...lucu lagi
4. ibubapa yang moden. Tidak kisah itu, tidak kisah ini. Kita harus selaras dengan waktu dalam apa apa hal sekali pun. Tiba tiba mereka menjadi gabra apabila anak sendiri terlibat dengan dunia LGBT dan segalanya menjadi tungganglanggang. mula bercerita tentang maruah, syurga neraka dan tiba tiba mereka menjadi pakar ayat ayat suci dari kitab...aneh...lucu memerhatikan mereka bukan?
5. Orang keliling dan kita sendir tidak terlepas dari hal hal duniawi yang lucu sebenarnya. fikirkan kembali bagaimana takutnya kita kalau tidak diterima oleh kumpulan tertentu. Kita cari jalan juga mahu menyertainya. kita takut pada kata kata nista dari orang ramai. Kita tahu kita tidak terlepas dari penghakiman manusia, tapi kita mahukan penghakiman yang baik baik sahaja. Bagaimana itu semua bisa terjadi? Tidak mungkin. Kita sendiri sudah dimaklumi bahawa manusia itu pelbagai, berwarna warni dan menyintai pelbagai rentak muzik hidup. Lucu lagi...kali ni bukan sifat orang, tapi sikap kita.
6. Bertambah lucu apabila kita berada di posisi yang berkuasa. Pelan pelan kita mula menggunakannya. Kita tahu ramai yang baru berkuasa akan mencuba menjadi sediplomasi sebaik mungkin. Ini bukan hal main main, kita mudah menggunakan kuasa tapi lupa untuk mengapplikasikannya sebaik mungkin. Keuntungan? Percuma? Tidak perlukan bayaran? owh kuasa punya penangan sangat lucu dan mengaibkan kadang kadang, tapi itulah kita manusia.
3 hari 3 malam tidak akan tamat kisah lucu manusia dalam menangani hidup. Kita masing masing akan memiliki kisah kisah lucu peribadi, keluarga, orang sekeliling...Hari ini cuba cari apa yang lucu dalam kamu menjalani kehidupan seharian. LUCU itu bukanlah hanya naik ke pentas dan menggungkapkan gerak/kata yang jenaka sahaja...tapi itulah, ia hadir dari pemikiran kita yang berbeza beza. Sekali lagi saya katakan HIDUP INI LUCU walaupun dalam saat saat kita menangani hal hal serius.
Apa agaknya matlamat utama kita apabila bangun setiap pagi...
menjadi robot? kita protes dan kita ketawa pada diri
melihat gambar gambar seksi manusia. kita kagum...dan kita akan tertanya tanya. lucu lagi
ke kedai makan...membuat pesanan makanan...ahh lucu lagi...
Pokonnya HIDUP INI LUCU sebenarnya.
Jadi janganlah kita mendesak secara keterlaluan pada kehidupan. Kita bergerak semampu boleh sambil tersenyum. Kita ketawa dana kita memaafkan mana mana situasi yang sukar dan sulit. Kita elak daripada mencari bala bala sedia ada. Kita cari ilmu ilmu hidup supaya kita lebih menggerti pada pendekatan dalam hidup. Hidup subjektif ini manalah ada yang benar dan salah...semua itu tidak akan pernah sempurna. Sempurna adalah ILUSI manusia fana...dan kita tertawa lagi kerana sememangnya ia LUCU...itu tidak termasuk lagi mereka yang benar benar pak lawak dalam hidup.
selepas ini cuba kamu kaitkan kata kata HIDUP ADALAH LUCU dengan semua kejadian harian kamu itu...benar atau tidak??
Hmmm...kita terfikir: APA AGAKNYA YANG DIA CARI? APAKAH DIA BENAR BENAR TELUS DALAM HIDUP? APAKAH DIA JENIS YANG BERSERAH DAN REDHA? OWH...semuanya akan jadi lucu sebelum kita menemukan pemahaman walaupun.......atas alasan ini, kita tertawa dan mula memaafkan segala galanya...
Cuma sewaktu tertawa itu fikirkan..adakah aku adil menjadi manusia? Bagaimana dasyatnya ku menangani nafsu? Ego? Maruah? dan lain lain lagi....
Sebelum kita ketawakan orang...sebaiknya kita ketawalah pada diri sendiri dahulu...kita pun tidak kurang lucunya dalam menjalani kehidupan.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...