KITA DAN MATERIAL

30 2 0
                                    


"Kamu ini sungguh Materialistik," sanggah teman teman

MATERIALISTIK: Risau berlebihan pada pemilikan material, hidup berorientasikan wang ringgit.

Siapa yang tidak mahu mempunyai lebihan harta dan wang ringgit? Hidup ini berfalsafahlah bagaimana sekalipun akan memerlukan wang sebagai penggerak jalan, tandas juga 20 sen seperti perlian anak anak muda.

Manusia yang membesar secara sukar ekonomi akan lebih terkesan apabila membicarakan hal hal material duniawi. Nafsu kita dibuai buai daripada usia yang masih mentah sehingga kita jadi sedikit dewasa dan ada yang dibawa sehingga kita dikatakan matang dalam hidup.

"Coz we're living in a material world and i am a material girl," alunan kata Maddona dalam album ke duanya.

Sama seperti kita mengesan hidup SIFAT MATERIAL sebaiknya semakin membaik dari tahu ke tahun. Menjadi sensitif pada tahap ekonomi manusia sekeliling kita, diri sendiri dan tentunya pasangan kita. Perspektif terhadap hal hal material juga adalah sangat Peribadi. Namun tidak dapat disangkal ada daripada kita yang tampil sangat RAKUS dan kelihatan seperti watah Puteri Tamak dalam filem kartun.

"Seronok aku tengok hidup kau, nampak senang tidak ada masalah langsung," puji kita melihat teman yang hidupnya lancar, pakaiannya kelihatan mewah dan mudah.

Kekaguman manusia sama sahaja. Kita pandang pada apa yang dimiliki orang, apa kemampuan sedia ada, apa yang ditontonkan pada kita. Kita menelan air liur diam diam. Tercari sebab musabab kenapa hidup kita tidak semudah orang senang senang atau yang dilihat senang senang. Nah, di sinilah kita dituntut untuk berfikir secara berlipat ganda.

Berfikir dengan menggabungkan pelbagai pengetahuan secara duniawi dan spiritual juga. Diri dilatih untuk melihat tahap ekonomi peribadi. Mampu hidup setakat mana? Apa usaha yang perlu digandakan lagi? Apakah berpuas hati dengan tahap ekonomi setakat ini? 

Segala hal hal mewah adalah HUMAN CONSTRUCT. (pembinaan manusia).

Kebetulan sejak zaman berzaman harta dan pemilikan itu menjadi kayu ukur hidup yang lancar bahagia. Rumah yang besar lengkap, kawasan tempat tinggal hebat, pakaian/busana sekali tengok sahaja sudah tahu ianya mahal dan berkualiti. Harus kamu ingat, PERDAGANGAN adalah kegiatan ekonomi dunia yang bergerak atas NAFSU MANUSIA YANG TIDAK PERNAH PUAS. Ini juga boleh menjadi titik untuk manusia menilai kembali keperluan mereka. PERLU atau NAFSU? Needs or Wants?

Ini merupakan bahagian yang sangat lembut sensitif untuk disentuh. Kenapa? Kerana kita akan merasa seolah oleh orang lain tidak mengerti dan segala nasihat mereka akan lebih menjurus kepada sekatan, cemburu dan dengki pada kemahuan kita. Betul atau tidak kamu fikirkan sendiri. Nafsu yang membuak buak sehingga terlupa apa itu PRIORITY dalam hidup sewaktu muda harus dilihat semula dijadikan amalan sehingga tua dan dibekalkan pada generasi yang akan datang.

Kalau asal usul sememangnya kaya raya, atau goyang kaki sahaja wang masuk, tidaklah perlu kita berbincang tentang hal ini.

Yuran pengajian 300 ringgit dan sebotol minyak wangi jenama terkenal 350 ringgit, mana lebih penting untuk anak orang susah seperti kita? Bagaimana bekalan wang ringgit sewaktu hari hujan? Hujan di sini adalah gantinama untuk bala bala seperti sakit dan kecemasan. Maka timbullah kisah ikat perut makan mee segera untuk menggendeng bag terbaru buata Mikeal Kori. Apabila ditertawakan kita marah, ada sahaja alasan yang kita reka untuk menebus kemarahan dan ketulian kita.

Beg tetap Beg, Kasut tetap kasut. Kata kata untuk para marhaen dan fashionista. Duduk dan fikirkan. 

Medsos tempat kita menayang cara hidup. Bahaya. Disinilah si CIWI akan menayangkan pembelian terbaru, barangan yang sedang IN, fesyen yang digilai... dia pakai dulu. Dia yang tayang juga sakit, kamu yang telan air liur juga adalah sakit. Saya sudah melatih diri sejak lama untuk tidak kagum pada semua itu. Saya tahu... ini semua kerja orang orang CIWI atau kerja bintang R and B dan hip hop yang baru senang. Orang waras senang lenang tidak akan memuat naik semua itu, begitu juga orang yang miskin seperti penulis.

Jadi untuk meredakan jiwa kita beralihlah pada teknik masing masing selaras dengan janaan ekonomi masing masing. Apa yang kita banggakan dan mahu berkongsi tidaklah semestinya hal hal mewah dan gah sahaja. Itu nasihat penulis pada diri sendiri, lain orang lain caranya. Ada yang penuh kesedaran mempromosikan tatacara hidup minimalis dan ada yang gemar bergembira dengan hanya hal hal percuma seperti senaman dan berkumpul sesama teman.

CABARAN KAMU: Perhatian teman teman di medsos yang kerap teruja memuatnaikan hal hal dan barangan mewah. Perhatikan lamannya untuk sebulan. Kamu akan nampak lifestyle mereka yang sebenar. Adakah mereka berterusan bahagia? Ya yang kaya kaya benaran kita tolak tepi, kita tengok kenalan yang kita tahu dari kampung yang sama, tiba tiba wow.... perhatikan betul betul, pelbagai cerita akan kamu perolehi dari dinding medsos mereka.

Apabila penulis berpendapat seperti di atas, tidaklah penulis mengutuk mereka yang berbahagia dengan cara sedemikian. Itu adalah hal masing masing, mana tahu tahap bahagia dia meningkat setiapkali dia berkisah atau memaparkan tentang hal hal mewah.

Dalam rencana pendek ini juga penulis tidak mahu berceramah tentang bagaimana berjimat cermat, itu bukan tugas penulis. Kamu sendiri tahu jumlah wang yang ada dalam akaun bank kamu dan kamu selaraskanlah dari situ.

AKIBAT AKIBAT DARI SIFAT MATERIALISTIK

1. Malu untuk menghadirkan diri ke majlis majlis, takut tidak selari dengan hadirin lain

2. Mencipta idola kaya yang juga manusia (yang sifatnya wallahualam)

3. Terbeli dengan skim skim penipuan kerana mahu mendapatkan barangan mewah tapi murah

4. Bersifat jengkel kerana suka mengutuk original atau tidak barangan orang lain.

5. Kamu sukar untuk menggumpul kawan kawan, biarpun mereka adalah materialistik juga. (ada sifat yang dibawa bersama).

6. Bersangka buruk dengan merumuskan orang dengki pada kamu, sedangkan???

7. silap haribulan kamu akan lebih berhutang (kad kredit, hutang orang) demi memenuhi nafsu kamu.

8. mereka cipta bala yang harus ditanggung. (hutang, jual maruah, kerja kerja salah demi...)

9. Hidup dengan pujian dan menjadi ketagih pada pujian berterusan (orang puji barang bukan kamu)

10. Akaun Bank yang tidak sihat tentunya... bila kecemasan akan diberikan paku buah keras oleh teman teman (yang akan kamu anggap haters, maklumlah kamu artiskan?)

Ini adalah perbicaraan LAPUK sebenarnya. Orang kaya kaya juga tidak ramai yang hidup seperti kamu, mereka hidup seadanya dan bijak menggendalikan kewangan mereka dan bertambah kaya raya. Sewaktu remaja sehingga tua, penulis sudah bertemu dengan ramai teman teman sebegini. (selalunya yang tidak berapa berada) Percakapannya angkuh, kalau tidak angkuh sekalipun dia akan secara subtle bercerita tentang barang miliknya dan citarasanya.

"I bukan apa, tak boleh kalau nak pakai beg biasa biasa, tak tahu kenapa?"

"Rambut I ni susah tau...maintenance saja dekat 300 sebulan,"

"I kalau bab perfume it has to be CK or Mosshinoh at least, i tak suka generic perfume," padahal kerja budak pejabat sahaja.

Segalanya sudah kita ketahui secara asas. Berpada padalah hidup. Esok esok kaya kita belilah apa yang kita teringin, buat sementara waktu kita kukuhkan dulu tahap kewangan kita.

NOTA: Penulis memilih untuk hidup MINIMALIS kerana penulis sememangnya tidak ada nasib dengan wang ringgit. Hidup cukup cukup makan sahaja... mungkin penulis juga akan ikut serta mereka mereka yang lain kalau diduga Tuhan? Wallahualam. 

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now