7 NAFSU MANUSIA

14 1 0
                                    


Sering kita berbicara tentang nafsu manusia. Nafsu adalah rasa INGIN. Deria kurniaan Illahi pada manusia. Tidak kiralah dari mana asalnya kita barat timur selatan atau utara, tanpa mengira ras, agama, bangsa atau taraf ianya sama sahaja sebenarnya. Secara asas dilampirkan 7 nafsu manusia untuk tatapan pengertian.

7 NAFSU MANUSIA

Nafsu untuk dipedulikan. Kita perlu tahu yang kita wujud, dihargai, didengari. Nafsu inilah menjadikan orang yang mampu mendengar dihargai di mana mana. Bagaikan kecewanya kita bila ada orang buat tidak tahu bila kita bercakap dengan mata tidak peduli mereka.

Nafsu untuk memiliki. Kita semua memerlukan tempat yang dirasakan bagai dimiliki/punyai serta melambangkan diri kita. Ruang yang terlalu terbuka selalunya membuatkan kita tidak puas dan selesa. Contohnya ruang office terbuka, rumah tanpa bilik yang spesifik peribadi. Kalau boleh kita mahu bilik pejabat atau bilik tidur persendirian.

Nafsu untuk mempercayai. Kita semua tanpa sedar mahukan rangka nilai dalam kehidupan, nilai nilai murni dalam hidup. Kalaulah sekitar kita berintegriti tinggi, ianya akan membuahkan janaan penting pada set set nilai kita.

Nafsu untuk berhubung. Bukan sahaja kita merasa terhubung dengan manusia sewaktu urusan harian, kita juga mahu berhubung dengan diri secara dalaman. Bagi sesetengah orang kerjaya mereka adalah seni ekspresi diri begitu juga apabila mereka berhubung dalam hidup sehari hari.

Nafsu untuk merasa berguna. Kata paling kita meluat/benci untuk didengari adalah bila dikatakan 'TIDAK BERGUNA punya orang'. Mahu jadi berguna adalah hal asas demi menyertai bahagian masyarakat. Ini antara sebab kita bekerjasama dalam hal hal bantuan kemalangan/bencana walaupun untuk kumpulan yang tidak kita kenali demi untuk merasa BERGUNA.

Nafsu untuk dimiliki. Kita bagaikan sekumpulan binatang. Kita mahu menjadi sebahagian dari kumpulan, terutamanya kumpulan yang gah besar. Kumpulan yang hebat memiliki daya gratifikasi hebat buat yang menjadi ahlinya. Rasa diri gah bila sah diiktiraf sebagai ahli atau perkumpulan tersebut.

Nafsu mahu berkuasa. Nafsu ini selalunya membawa masalah. Secara semulajadi manusia itu tidak terkawal nafsunya. Orang yang boleh dikuasi hanyalah diri kita sendiri sebenarnya.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now