Kita sudah membicarakan tentang sifat UTAMA si narsis. Jadi mudah untuk kita menebak siapa mereka dalam dinding media sosial. Jangan silap, itu dinding mereka, itu hak mereka, mereka juga perlu meng up upkan diri seadanya. Itu HAK MEREKA.
Dalam apa apa hal sekalipun, langkah berpada pada itu harus ada. Setiap kenyataan dan perilaku kita ada PANTULANnya dari diri, terhadap diri dan dari para pembaca (ada yang menganggap followers atau list of friends) tapi jangan tak tahu, ada yang berani menggunakan kata nama PEMINAT.
Everybody Is A Superstar kata Maddona sebagai ayat penyedap pada peminat peminatnya di tahun 80an. Apa agaknya maksud yang tersirat di situ? Adakah kita menolak untuk menjadi manusia biasa biasa dalam hidup? atau kita memang cintakan perhatian? Ya...sedikit sebanyak pasti ada rasa itu demi menjalani hidup manusiawi kita di dunia ini. Indah bukan? Perasaan bila menjadi manusia yang menjadi perhatian dan dikagumi secara positif.
Cuba perhatikan paparan paparan di media sosial selepas ini. Perhatikan betul betul...I this, I that, Me..., I lagi...aku...aku marah...aku itu dan ini. Pokoknya semua mengenai aku yang tiada hubung kait dengan kamu....Hey! itu adalah NORMAL buat masyarakat sosial media okay?
Kita juga sudah berbual mengenai teknik teknik melayari laman sosial. Ahh...macam macam. Anggaplah itu sebagai suapan harian yang santai, lucu, berinformasi dan tempat melepaskan lelah setelah seharian menjadi manusia. Seronok dan harus kita sering berterima kasih.
Apabila ditegur, dikatakan pada kita, "You Got No Life"
Bagaimana agaknya mereka yang narsis mahu menggekalkan momentum aku aku aku aku dan diriku itu? Mama terbayang juga. Ianya pasti akan menjadi satu kerjaya baru untuk terus memaparkan kisah aku aku aku aku dan diriku itu. Namun kalau bagus dan berinformasi kita akan nampak secara jelas. Jangan tidak tahu, ada yang hilang begitu sahaja setelah beberapa bulan dengan pelbagai alasan....
"sosmed itu sialan...butuh waktu"
"sosmed itu penuh dengan orang gila...stalker"
"aku ngga mau lagi sosmed, hidup aku lebih tenang"
"people are so mean on social media"
semua alasan di atas adalah akibat diri tidak ada momentum lagi...kering idea kerana tumpuan hanya pada diri, tidak pada dunia sekeliling. Setakat manalah kita mampun untuk ber aku aku aku dan diriku? Lama lama tiada paparan lagi....
Ramai yang bijak dan lucu apabila memuat naik paparan mereka. Ramai juga yang hilang arah setelah beberapa bulan. Nah, mereka inilah yang akan tampil canggung setiapkali kisah mereka terpapar di homefeed kita. Kita merasa bersalah mahu tekan butang LIKE atau membiarkan ianya berlalu sahaja. Sejak awal, semua tentang kehebatan diri sahaja walaupun hakikatnya kita tahu, tidak ada apa yang hebat sebenarnya.
Jalan mudah adalah membiarkan sahaja mereka dan illusi mereka itu berbicara. Lebih berani, paparan kata kata bila sudah tidak bermakna lagi, nafsu akan mengalihkan mereka memuat naik video video peribadi. Kalau bagus apa salahnya? Ini tidak, semua adalah tentang diri yang lama lama akan membuatkan tukang lihat mencebik bibir. Owh ramai....
Yang mahu dikagumi...itu adalah kemahuan NORMAL manusia mungkin? Jangan pula kita yang melihat terbawa bawa dan dipengaruhi oleh semua itu. Sakitnya sama saja buat kita pengguna laman sosial, cuma ada yang terkawal ada yang tidak. Tapi kalau ada hal hal yang bagus apa salahnya dikongsikan untuk tatapan bersama. Mendapat sambutan atau tidak, harus awal awal lagi dipesan pada diri (it's up to them, it will not affect your emotions).
Mungkin bersifat aku aku aku dan diriku itu boleh membuahkan kajian tentang diri? Siapa tahu? aku ini orangnya bagaimana ya? hubungan aku sesama manusia setakat mana? have i gone too far?
Betul juga, jalan selamat adalah memuatnaik hal hal tentang diri sendiri sahaja daripada memuat naik fitnah fitnah politik dan hal hal aib manusia lain. Ya, ada juga benarnya.
Seperti yang sering kita katakan: A good sense of humor will take you very far.
Hal hal aku aku aku dan diriku itu membuatkan kita terfikir, ke mana arah tuju mereka tukang tukang muatnaik. Secara diam diam kita memaafkan semuanya.
1. mereka memberikan kita hiburan
2. mereka mungkin mahu meringankan beban yang digalas
3. itu mungkin terapi buat mereka supaya lancar ke depan
4. kita mahu berterima kasih pada mereka kerana memberi idea tentang sifat manusia.
5. salute kerana mereka berani
Namun begitu, setiap muatnaik itu haruslah bercita rasa. Tapi siapalah kita mahu menetapkan hal subjektif citarasa tersebut? Itu bukan hak kita, itu hak dan kesedaran peribadi tuan punya badan. Jangan tidak tahu, ada muat muat naik yang akhirnya memalukan diri sendiri, ada yang diVIRALkan. Selalunya viral adalah untuk hal hal yang tidak molek. Jarang jarang sekali hal yang baik diviralkan.
Bagaimana jengkel sekalipun sifat aku aku aku dan diriku, ada kesan positifnya di situ (dia tak kacau orang, dia terus sahaja berurusan dengan dirinya sendiri).
Sesekali terasa juga ingin kita berpesan, sudah sudahlah tu, we have seen it once, we seen it all. kita siapa? Dia akan terus mengatakan my wall is my rights. Sama seperti pernyataan my body is my rights...dengan ayat itulah mereka akan memuat naik gambar gambar mereka dengan aksi yang wow.... your LIKES is their joy!!!
Jadi kita yang sedar ini berpada padalah ya... biar yang lain teruskan sahaja sifat narsis mereka itu. Paling paling ada juga bahan hiburan buat kita....
Setelah membaca artikel ini kita akan mula tahu, setakat mana sudah kita pergi dalam penggunaan media sosial. Apakah kita marah marah pada dunia? Apakah pusaran dunia ini hanya untuk kita? Apa yang perlu kita kongsi? Apa yang perlu kita simpan sedikit untuk diri dan mereka yang terdekat? Apakah semua harus dihamburkan dalam media sosial? fikir fikirkan...semua tetap terpulang pada diri kamu.
"Ahh...i kalau tension tension i bukalah fb...," kata anak muda yang bijak. "fb ni i anggap sebagai hiburan...i tekanlah like kalau bagus, komen jarang sekali, takut..takut kalau ada impak tidak baik"
The next time you want to post anything, you are NOT going to do it with blind heart and soul surely.
Penulis terpikat pada bintang kulit hitam BEYONCE lewat media Instagram beliau...followers berjuta TETAPI dia tidak FOLLOW sesiapapun 0. Nah! Itu baru bintang besar!!!!!
Kita ini tarak apa!!! Tapi itu hanya perspektif saya...kamu mungkin jenis lain orangnya, tak gitu????
YOU ARE READING
CONVERSATION
DiversosConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...