FIGURA PUBLIK

9 2 0
                                    


Maksud public figure: 

1. dikenali ramai dalam sesuatu bidang

2. seolah olah dikenali atau rapat kerana berita dan peristiwa

3. Hidup terpampang untuk tatapan orang ramai. Popular. Disukai atau dibenci

4. Susuk tubuh yang berdiri di khalayak secara visual, audio atau apa sahaja.

Seronok ya hidup kalau dikenali ramai, femes, pergi mana pun orang kenal, ada sahaja tangan tangan yang melambai. Terkenal. Mengendos barangan dan kata kata di nantikan oleh sesiapa sahaja yang ditemui.

Ditatang walau apa sahaja penampilannya. Penampilan palsu atau realistik. Dipuja.

Memasuki alaf baru, mungkin ramai yang mahukan hal hal di atas. Kembali kita pada frasa dendangan Mahdonna: Everyone is a superstar.

Memang ada yang menjadi figura publik dan menikmati sebaik baiknya. Namun di zaman serba pantas dan canggih ini, selalunya ia menjurus pada hal hal aib dan keburukan. Bayangkan bagaimana hidup yang biasa biasa berubah 190 darjah hanya kerana menjadi terkenal. Bersedia atau tidak? Kalau bijak mengendalikannya Alhamdulillah. Kalau tidak boleh karam seluruh kapal kehidupan dibuatnya.

Kalau dahulu kala hanya para artisan dan ahli politik sahaja yang dianggap figura publik, tetapi kita ianya jauh berubah. Orang orang biasa yang tidak ada apa apa juga mahukan bahagian mereka. Apa susah? Medsos ada... rancangan realiti bodoh bodoh ada... daftarkan diri dan lakukan aksi aksi yang sesuatu. Penyiaran untung rating, kamu dapat nama. Selepas itu pandai pandailah kendalikan segalanya.

Cuba kamu duduk dan fikirkan siapa yang sudah kamu kenali dengan cara tersebut? Apakah impak pada kehidupan mereka? Hebat bukan? Seronok? Nikmat? mana satu agaknya. Apa kamu juga ada ura ura mahu ikut serta? Apa agaknya jalan mudah mahu terkenal? Sekarang amat mudah bukan? Kalau silap haribulan kamu akan dihujat oleh warga netizen tempatan dan kalau antarabangsa kalau silap silap gaya.

Gampang sekali bukan? (terpulang kamu mahu mentafsirkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Indonesia).

Negara yang diduduki oleh warga yang semakin bijak dan pandai menilai ini tidak akan membiarkan kamu bersendirian. Bayangkan kalau Coco yang berdarah campuran itu boleh menjadi popular sekelip mata, mana mungkin kamu tidak mampu? hahhahhaha...selama ini kamu sudah melakukannya secara lembut lembut di dinding medsos kamu, apa kata eksterimkan lagi baru ada pembaharuan bukan?

Itulah penyakit zaman baru, mahu dikenali dan terkenal untuk hal hal yang dianggap salah. (kamu manusia moden, salah benar itu tidak bermakna bukan?). Kata mat salleh famous for no reasons. 

Jadi kita sama sama ketawa apabila ada sorotan kita para artis taik kucing yang marah marah pada netizen yang mengutuk, mencerca dan menghujan di tahap mak kaliau. Simpanlah sedikit tenaga, kamukan figura publik. Kamukan Mariah Carey versi Malaysia.

Hati hati orang melayu malaysia sangat sensitif. Ada hal hal nyata yang akan membuat kamu figura publik akan dikencam habis habisan.

1. Sauk laki orang

2. Membuka tudung (kamu gatal mahu membeli minat mereka dulu mereka marahlah)

3. di tangkap akibat dadah (mereka tidak lupa kes Jamal Abdillah)

4. Kamu bersifat seperti fyn Jamal? atau dua tiga lagi....

5. kamu bersuara seperti Aiman Tino? 

Owh macam macamlah ya... lucu kalau difikirkan. Namun begitu jangan lupa, ramai di antara kita yang sudah mengikuti kursus kursus peniagaan dan jati diri. Pakar pakar motivasi ramai yang mengatakan bad advertisement is still an advertisement. Jadi kita pun ikut sajalah. Nasihat teman teman bukan boleh pakai. Maka jadilah kamu figura publik... hinggakan mahu ke pasar malam pun kamu jadi menyampah. Di hadapan kamu mereka minta untuk berswafoto, di dinding mereka mereka muat naik foto sambil mengutuk kamu....

saya bersama khunsa

i have a lot of mixs too...

dapnyer nasi lemak nen nen

Nakalnya dunia ini... gara gara mahu jadi figura publik. Ramai yang mencuba sebenarnya. Gigih mencuba tanpa ada rasa jemu sebenarnya. Di sudut hati mereka mungkin mereka fikir mereka disukai ramai agaknya. Terlupa seketika, ada yang menyumpah dalam diam. Jangan main main tahap sinis manusia sekarang semakin meningkat, bukan apa kita takut kamu tenggelam dalam mabuk populariti sehingga terlupa dunia seketika... Namun begitu, kalau ada KEBERANIAN dan mampu menangani apa salahnya? Go ahead baby.... stick to what you believe. 

Sesetengah kita memang ditakdirkan untuk menjadi figura publik, sesetengah pula dilahirkan untuk menjadi penghibur di kala duka. Jadi ianya sekata. 

Orang lain boleh mengatakan apa sahaja yang mereka mahu, itu mulut mereka, itu hak mereka. Tugas kamu mudah, bersedia dengan hati yang kental dan ampuh. Kalau tidak tahan bahaya, takut kamu jadi si figura publik yang tercari cari ruang popular dan nampak terhegeh hegeh di facebook, IG, Tweeter dan apa saja bentu wadah medsos. Hati hati ya sayang.

Bagi yang memilih untuk hidup biasa biasa, janganlah kecewa, itu juga sumber yang membahagiakan. Boleh ke mana mana sahaja tanpa ada hadangan, tiada sesiapa yang mahu berswafoto atau berinteraksi. Sunyilah sikit, telanlah air liur kejap melihat si figura publik namun jangan risau kamu juga ada bahagian yang membahagiakan.

Sekarang kamu tahu kenapa manusia berbondong bondong berbaris untuk audisyen walaupun bakat hanya sekelumit. Kenapa orang ramai berlumba lumba memuatnaik video live, video lucah buatan rumah untuk tatapan... bagaimana mereka berlumba lumba menjadi pelapor yang pertama di medsos...

TIDAK SALAH. Please be reminded, tidak ada salah tidak ada yang benar. Mereka yang berusaha menjadi figura publik itu seharusnya

1. Kuat hati dan jiwa

2. Sanggup menghadapi risiko duniawi

3. bersedia untuk perubahan hidup

4. tahu untuk menggelakan sebarang hujatan atau ada kederat untuk berdiam diri.

5. tidak memberi gangguan pada orang orang terdekat (sebaliknya sudi berkongsi kalau bahagia).

TEPUK DADA TANYA SELERA.


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now