Bunyinya pelik. Kerana seringnya kita berbicara tentang kecurangan pasangan atau orang orang yang kita percayai. Terlepas pandang pula kita melihat kecurangan terhadap diri sendiri. Ya, ianya wujud samada dinafikan atau ditelan sepanjang hidup.
Bagaimana kita tahu kita berada di landasan hidup yang betul? Merupakan pertanyaan yang harus dijawab dengan telus jujur.
Landasan Hidup (Subjektif namun ada sumbangan perasaannya: Lega, Bahagia, Tenang, Lancar, hubungan yang baik dengan manusia lain, mampu berdamai diri selalu dan tidak ada debaran takut takut yang tidak munasabah untuk hari esok)
Adakah setiap satu langkah yang kamu ambil berfungsi elok untuk kamu? Hubungan kamu, suami, isteri, kekasih atau apa apa sahaja di sekeliling kamu termasuk orang yang kamu berhubung apakah ianya menyumbangkan rasa bahagia atau sebaliknya?
Kamu yang waras seharusnya tidak meletakkan diri di posisi mencurangi diri. Posisi di mana kamu harus berdolak dalik tentang integriti diri, dilukai, tidak gembira atau rasa tidak senang, ini semua adalah permulaan hal mencurangi diri sendiri. Pokoknya bergerak sebagai manusia yang tidak suka tetapi terpaksa melakukan hal hal dalam kehidupan.
Misalnya di tempat kerja, kamu berbakat hebat, namun tidak dihargai. Hadir ke tempat kerja merasa tidak dinilai tepat. Begitu juga hal hal hidup sebaliknya.. kamu sebenarnya tahu kamu tidak menghormati diri sendiri. (harus dihitung conggak jumlah bahagia dan rintangan, rintangan pula harus dikenal pasti dengan diri kamu sebagai manusia). Ada orang jatuh sakit kerana tekanan kerja. (kamu mahu ikut serta?)
Perasaan perasaan yang akan melibatkan rasa tidak senang. Kamu selalu merasa kering semangat dan amat penat. Kalau penat setelah bekerja seharian, ianya adalah biasa/normal tetapi ianya tidak okay lagi sekiranya kamu rasa semangat yang menipis, hilang diri, hilang kehidupan dan hilang deria hanya kerana kamu telah mencurangi diri sendiri atau mungkin kamu boleh jatuh sakit yang terlalu kerap.
Bagaimana pula dalam perhubungan? Yang dikatakan harus ada sifat tolak dan tarik (dolak dalik)
Di sini hadirnya kata kerja KOMPROMI
Apa bezanya mencurangi diri dan berkompromi?
Kompromi adalah perilaku penuh kerelaan. Tidak apa itu sedikit dan ini secara sedikit. Masih menyenangkan demi win win situation/menang menang.
Setelah berkompromi dan kamu masih tidak selesa bahagia, ia sebenarnya tamat dengan rasa mencurangi diri sendiri. Membenarkan diri dicurangi sama seperti meletakkan racun ke dalam mulut sendiri.
Harus ingat sebarang pilihan atau gerak hidup ianya samada akan membakar/menggalakkan semangat atau melemahkan kamu sebagai manusia. Buatlah pilihan yang tepat.
Ramai mengatakan bahawa mereka mahu keluar dari situasi sebegini, tetapi terlalu takut untuk menjaga/menghadapi diri sendiri. (lemah, cinta, risau, takut pada hal baharu) Pelik bukan? Meletakkan diri di posisi berkompromi sehingga terasa kering juga adalah langkah langkah terang terang mencurangi diri sendiri.
Ramai bertanya apakah mereka berada di landasan yang betul?
Ya betul, selagi kamu manusia waras, tetapi pengurusannya tidak tepat apabila kamu membuat pilihan yang merbahaya pada diri. Kamu ada ketikanya membuat keputusan yang tidak bijak dan sudah tentu tidak merasa bahagia, itu dianggap sebagai penyelewengan (detour) langkah langkah di atas landasan hidup. Masih boleh dibaiki secara positif.
Jadi kamu faham sekarang dicurangi oleh orang lain (kekasih, adik beradik, teman teman) adalah hal yang biasa, terburuk adalah apabila kita sudah mencurangi diri sendiri, tambah buruk lagi sekiranya kita hanya bersungut tentang keadaan ini dan lemah untuk membaik pulih landasan demi perjalanan hidup.
NOTA: To err is human. Silap itu adalah teman manusia, namun kemahuan untuk mengambil langkah baik pulih seharusnya ada...dan dikongsikan bersama.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...