BERSEDIA UNTUK BERBUSANA MUSLIMAH?

116 5 0
                                    

BERSEDIA UNTUK BERBUSANA MUSLIMAH?

Keraguan berpanjangan selepas mula berhijab mungkin adalah normal bagi wanita Muslimah dari negara negara maju. Asakan cara hidup oleh majoriti sedia ujud dan rasa ragu ragu itu akan membuahkan satu perilaku canggung pada si pemakai yang tidak bersedia.

Seperti yang dinyatakan dalam artikel artikel sebelum ini, akhirnya berhijab itu akan menjadi satu Pakaian Seragam dan kita masih lagi menilai tentang hidup dan perilaku si pemakai apabila timbul insiden insiden tertentu.

1. Pakai tudung tapi buang anak.

2. Tak sangka mencuri walaupun bertudung

3. Nama saja bertudung tapi mulut jahat

4. Ke sana kemari dengan bukan muhrim walau bertudung

5. Bertudung tapi bila bercakap bermulut longkang.

Pemahaman cetek dari dua dua pihak, penuduh dan yang kena tuduh amatlah disesali.

Penuduh berharap para pemakai Hijab itu adalah manusia yang penuh pengertian tentang adap adat beragama, manakala yang kena tuduh hanyalah manusia yang manu menempatkan diri dalam masyarakat dan memilih untuk bertudung secara rambang, tanpa mandalami intipati kenapa bertudung, supaya tidak timbul penghinaan, fitnah dan umpatan tentang dirinya.

Tanpa prejudis penulis dengan niat yang baik mahu para wanita berfikir secara waras apabila mula mahu berhijrah.

APAKAH PARA WANITA MUSLIMAH BERSEDIA?

1. Yang ini kalau pakai dengan INNER bolehkan?...kita carilah 'inner skin color' (pakaian dalam warna kulit). Cuba kamu fikir, kenapa harus sampai begitu sekali? Sayang mahu membuang pakaian kegemaran sewaktu tidak berhijab? Masih menyintai fesyen duniawi? Takut nanti dikatakan kuno? Masih suka pada busana busana terdedah dan jarang? Hidup ini sebaiknya dimudahkan.

2. Tidak kenal erti sifat 'Berpada Pada'. Ada hal hal berbusana yang kamu harus tonjolkan lagi walau sudah berhijrah. Jenis kain, jenama tudung, bual bicara mengenai harga busana. Terlupa bahawa peniaga hanya menangguk di air yang keruh melalui penawaran penawaran barangan niaga pada kamu. Masih ingat perbalahan syarikat busana muslimah yang terjadi dulu?

3. Masih menyintai perhatian. Masih lagi dalam lingkungan 'sakit apa nanti orang kata?' Takut dikatakan berpakaian tidak mengikut tema, berserebeh dan gemok tanpa 'shape' bentuk badan. Maka muncullah busana yang ketat tetapi menutupi kulit aurat untuk memberi illusi seksi secara tidak langsung. Menjadikan artis pop sebagai idola bila berbusana, sehingga terlupa bahawa artis itu masih enggan meninggalkan hidup gemerlapan di panggung.

4. Mencari alasan untuk kekal dengan imej lama tapi masih bertudung. 'at least I cover aurat I' adalah ungkapan biasa yang kita dengar. Pernyataan pernyataan penyedap diri. Maka terlihatlah kita pada seluar leotard dan mini skirt dan boot pendek 'ankle boots'. Sayang mahu membuang jeans jeans ketat yang dibeli mahal suatu ketika dulu. Terikatnya diri pada barangan duniawi.

'I memang jenis bergaya dari dulu lagi, I love fashion'

5. Media masa yang konon kononnya memberi inspirasi juga tidak membantu. Melariskan jualan, tajaan dan kerja kerja tataan stail 'styling' yang tanpa tanggungjawab, tidak akan membantu kamu.

Penulis tidak mahu mengulangi lagi hal hal kisah anih busana muslimah. Kerana ia akan mengundang banyak kemarahan sesetengah pihak. Cukup hanya dengan permintaan supaya masing masing melihat secara lebih dalam dan pencarian satu pengertian tentang 'moderation' berpada pada, dilakukan oleh mereka yang sudah atau baru mula mahu berhijrah. Supaya perjalanan diri menjadi lebih MANTAP.

Sudah melihat trend berhijab di Indonesia? Cubalah google nanti... sama seperti tata cara lain dalam hidup berHIJAB juga menuntut pemahaman yang mendalam penuh keikhlasan.

'ni nak masuk Zohor dah ni...hang tak pi semayang ka?' ujar Mak Long Saadiah yang berbaju kedah dan anak tudung.


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now