CANTIK BERSERI MENAWAN KALBU
Siapa yang tidak suka pada kecantikan? Semua orang mahu memilikinya. Wanita mahu cantik, jejaka mahukan isteri/kekasih cantik. Pokoknya yang cantik cantik sahajalah termasuk teman biasa sahaja. Cantik seperti apa? Atas dasar ukuran apa? Nah! Di sinilah bermula segalanya khilaf manusia.
Pembentukan Sosial itu harus dikenali. Apa yang dikenali sebagai 'social construct' itu dalam banyak waktu adalah tidak adil bagi sesetengah manusia, diadili pula oleh mereka yang terlibat dalam usaha perniagaan yang mengambil kesempatan atas segala yang dianggap sebagai kekurangan manusia.
1. Hidung harus runcing mancung
2. Kulit harus mulus, putih dan berseri
3. Badan harus sentiasa kurus dan langsing
4. Pakaian haruslah sentiasa 'up to date'
5. Perhiasan haruslah dari jenama jenama hebat.
6. Gaya hidup, 'life style' harus mengikut arus baru
Maka kalutlah manusia mengejar segala impian impian di atas demi mencapai istilah cantik yang sedia ada dalam sesebuah masyarakat setempat. Tidak cukup dengan usaha sahaja, muncul pula penjual penjual impian yang sedia ada. Apa yang kamu mahu?
1. Rawatan astetik demi keyakinan diri?
2. Majalah panduan yang berlandaskan komersil?
3. Klinik klinik pembedahan eksterim?
4. Kursus kursus untuk gaya hidup terkini?
Pernah terfikir siapa yang menyenaraikan tahap piawai apabila berurusan dengan hal hal cantik? Siapa ya?
Pelbagai teknik diunjurkan buat manusia, manusia manusia yang lemah dan sentiasa tercari cari supaya diri tidak tertinggal apabila membicarakan tentang CANTIK. Kata kata realistik tentang cantik itu dianggap hanya milik penyair, ahli falsafah atau orang yang kurang bernasib baik sahaja.
Terlalu lemah dan halobanya manusia, sehingga tidak dapat lagi mahu menerima hakikat kepelbagaian nasib manusia, keaslian bentuk fizikal etnik bangsa dan hal hal lain yang melibatkan tatacara hidup manusia biasa. Yang gelap merasa terpinggir, yang gemok merasa janggal, yang berhidung pesek merendah diri. Begitulah hebatkan pembentukan sosial yang sedia ada di kalangan manusia.
Sering kali kita mendengar berita berita tentang pembedahan yang gagal, efek ubat ubatan yang memudaratkan dan pergaduhan tentang keberkesanan palsu yang ditawarkan. Kita masih lagi tidak mendapat iktibar sebenar. Kita masih berkayu ukur pada para selebriti, yang juga hanya manusia biasa. Kita mahu eksis seperti mereka, membayangkan kehidupan para selebriti itu hebat dan bahagia menyeronokkan.
Adakah kita pasti? Atau pura pura lupa pada mereka yang hilang dari radar kerana tua, gemok dan tidak relevan lagi. Nafsu yang membuak buak itulah yang akan memberi peluang pada manusia manusia yang tidak bertanggungjawab menggunakan kepakaran memanipulasi lemah manusia ingin cantik demi keuntungan dalam perniagaan. Paparan cetek media massa juga sangat membantu dalam hal ini. Paparan gaya hidup mewah, cantik dan jaya dilihat dari sudut yang sangat jumut. Buka semua majalah wanita yang ada dan buat semakkan sendiri tentang cantik berjaya.
Penulis tidak mahu berfalsafah di sini, nanti dituduh anggur masam, tetapi cukup sekiranya pembaca dapat melihat hal ini dari perspektif yang lebih luas dan diakhir cerita dapat memberi definasi CANTIK dengan lebih bermakna.
'Meletop baju dia...wow kebabom stail dia....putih gebu menawan, seksi dan kaya ' maka kita semua menelan air liur dan merasa sesal dengan fizikal dan mampu diri yang sedia ada.
Cantik luar dalam tajam maknanya,
pengertian manusia juga berbeza,
hidup menjadi serba tak kena,
graviti juga penentu suasana.
Berlapar dan berkorban wang ringgit untuk siapa? Jawab secara ikhlas barulah kamu akan bahagia.
*Penulis mungkin tidak jelita berjiwa pahit
TEPUNG BERAS DIULI ULI
KULIT DIJAGA BUKAN SEMBARANG
SUDAH PUAS MENANAM BUDI
WAJAH JUGA DI PUJA ORANG
YOU ARE READING
CONVERSATION
AléatoireConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...