Kecewa adalah jawapan yang pasti.
Jangan tidak tahu di dalam kehidupan ini hubungan manusia dan manusia didasari oleh suka atau tidak. Namun kita juga harus ingat, bukanlah tugas kita untuk disukai oleh segenap pelusuk manusia. Disukai atau dibenci menjadikan kita serba salah sebenarnya dalam melayari hidup.
Berbunyi seperti kanak kanak, namun apabila buku bertemu dengan ruas alangkah kecewanya kita bila kita dapati diri kita tidak disukai rupanya. Selalu diingatkan pada anak anak bukan semua orang yang kita berhubung itu harus menyukai kita, ada yang menyatakan secara terus terang dan ada yang diam sahaja sehinggalah sampai satu tahap waktu apabila dengan terbuka dikhabarkan: MEMANG AKU TIDAK SUKA PADA ENGKAU SEJAK AWAL AWAL LAGI...
Mereka sama sahaja seperti kita, merasa tidak enak mahu berurusan, diberitahu setelah terpaksa. Pastilah didasari oleh sebab sebab tertentu
1. dianggap sebagai pesaing dan penghadang. Tercabar
2. merasakan kita tidak layak untuk seganding dengan dirinya/mereka
3. atas dasar agama, bangsa, warna kulit dan macam macam hal lain
4. setelah mendengar fitnah dari orang lain dan percaya tanpa usul periksa
5. dianggap terlalu rumit rigid atau alasan alasan peribadi lain
Rasa tidak suka boleh hadir dalam pelbagai sudut sebenarnya. Ada dikalangan kita berani bertanya apabila berhimpun secara berkumpulan atau apabila berbicara secara satu lawan satu.
"Aku rasa kau tidak suka pada aku, boleh aku tahu apa sebabnya?" Kalau bernasib baik kita akan mendapat jawapan dan boleh memberikan sebab sebab untuk menyokong sifat kita yang dibenci. Namun paling sukar adalah apabila kita berurusan dengan manusia penakut dan pemalu, dia benci tetapi tidak tahu atau tidak mahu menyatakannya.
Penulis menganggap ianya adalah satu proses menghabiskan tenaga dan waktu. Hubungan manusia dan manusia sebenarnya adalah kurniaan hidup dan waktu. Jadi kita hanya mahu berurusan dengan manusia yang selesa dan mampu berimbal balik dengan kita demi penghasilan, hubungan, kelangsungan hidup.
Jangan heran, ada manusia bermain selamat dengan mengatakan,"aku memang tidak suka pada A, entah kenapa aku sendiri tidak tahu, tengok muka dia pun aku jadi meluat, ada waktunya mendengar nama dia sahaja aku jadi benci,"
Seperti yang dinyatakan awal awal tadi, bukanlah menjadi TUGAS kita untuk disukai oleh mereka, atas dasar tersebutlah di dalam hiraki hidup dan bekerja kita ada ketua, penyelia dan rakan setugas untuk berterus terang. Begitu juga sesi sesi mesyuarat, muzakharah dan pertemuan, yang kita anggap penting untuk memastikan apa sahaja tindakan dan kata kata kita tidak membawa akibat yang buruk.
Sebagai manusia positif, kita mahu tahu apa dia yang menyebabkan kita dibenci dan tidak disukai. Tidak cukup sebenarnya kalau dikhabarkan, "mereka memang tidak gemar pada kamu, mereka benci pada kamu" dan tidak dinyatakan sebab musabab kenapa? Tidak kira dalam urusan keluarga teman teman atau urusan pekerjaan, kita sebaiknya harus mampu bertanya, "apa sebenarnya yang kamu tidak suka pada perilaku saya? Sila naytakan secara terus terang?"
Manalah tahu, kita mungkin selama ini tidak sedar dengan tindakan kita bila berhubungan dengan mereka. Kalau mereka masih malu malu dan kelihatan berat mahu berterus terang tentang kebencian tersebut, mereka bolehlah kita anggap sebagai tidak matang dan tidak layak untuk berada dalam lingkungan hidup kita. Ya, orang seperti mereka ada.
Ada sekumpulan manusia yang memerlukan penjelasan setelah lama mereka salah faham pada kata kata, tindakan dan cara kendalian diri kita sewaktu berkerjasama dengan mereka. Ini adalah langkah terbaik yang boleh diambil dalam kumpulan manusia. Kita harus melatih diri kita untuk berani meluahkan rasa tidak selesa pada apa apa sahaja urusan yang kita rasa pelik, anih dan tidak sesuai. Peluang ini adalah untuk orang perseorangan dan tentu sahaja untuk semua supaya jelas dan tidak ada salah faham.
Ada yang hanya membenci kerana: Rupa paras, tahap ekonomi, tahap akademik, pegangan agama/percaya dan fizikal diri yang tidak selaras dengan kelompok manusia yang saling berurusan. Memang tidak masuk akal, namun hal hal tidak masuk akal inilah harus kita kaji kembali adakah ianya ada dalam diri kita? Kalau ada cepat cepatlah kita baik pulih.
"Kau buatlah apapun, aku tidak akan suka pada engkau,"
Tidak banyak sedikit, kita menjelang kedewasaan ada melatih diri tentang pembawaan diri. Gerak, Budi Bicara, Hormat Budaya dan hal hal yang lain, sekiranya mereka kekal sukar pastilah itu merupakan penggera untuk kita bangun dari mimpi berharap untuk ikut serta. BERAMBUS adalah jalan terbaik daripada menghabiskan waktu.
Pernahkah kamu hadapi suasana yang dilihat dari jauh sedang rancak berketawa bercanda, kamu sampai sahaja setiap satu daripada mereka jadi sepi. Suasana bagaikan ada malaikat lalu. Nah itu petanda tidak baik: Beranikan diri buka mula,"ada apa apa yang perlu saya tahu? Am I missing something here?"
Apabila mendengar kata dari orang ketiga apa yang akan kamu lakukan? Adakah kamu akan berdiam diri dan terus menghadapi suasana aneh tersebut? JANGAN SEKALI KALI. Dengan hati yang tenang kamu sebaiknya confront/bertemu/mengadap orang yang dikatakan benci pada kamu dan tanya dia apa sebabnya.
1. kamu boleh mejelaskan diri pada dia
2. kamu mungkin boleh merubah sifat sifat yang dibenci kalau munasabah
3. kamu boleh menilai masa depan kamu kalau terus mengadap orang sebegitu.
Sekali lagi ingin penulis ingatkan pada kamu, DISUKAI bukanlah tugas utama kita apabila kita sudah bergerak dalam hidup. Berusahalah untuk disenangi seadanya sahaja. Berhempas pulas meniggalkan polisi dan falsafah hidup hanya untuk disukai akan menjerat kamu secara berpanjangan dan tidak enak sebenarnya.
Benci boleh berubah menjadi suka. Suka boleh berubah jadi benci. Hadapi suasana ini dengan tenang matang dan berkelas. Mana tahu kamu akan menjadi titik tolak untuk suatu perubahan dan pengajaran pada mereka yang gemar untuk benci, tidak suka atau meluat pada orang tanpa memberi peluang.
Hak untuk disukai, hak untuk dibenci dan membenci itu kekal kepunyaan peribadi.
Marilah kita sama sama nilaikannya sama sama. Kita juga tidak suka kalau dikatakan HIDUNG TAK MANCUNG PIPI TERSORONG SORONG...atau terhegeh hegeh mahu menyertai kumpulan manusia yang sah sah tidak suka pada kita...
*ada yang lebih bijak dari itu ditaburnya wang ringgit dan budi. Biar mereka jadi serba salah dihujung hari nanti...hmm...bagaimana?
YOU ARE READING
CONVERSATION
SonstigesConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...