DEPRESI

31 4 0
                                    


Rasa tertekan yang sukar untuk digambarkan.

Tidur bukanlah tidur semata mata, ianya hanyalah satu eskapisme. Ramai yang kurang faham dan terus menghakim teman, sanak saudara atau orang terdekat yang sedang dilanda DEPRESI.

Ada yang bijak pandai seolah olah tahu solusi. Menyogok nilai nilai yang dia percaya boleh membantu. Katanya dia dulu juga depresi dan sudah berjaya mengatasinya. Kita masing masing mahu mentafsir apa itu sebenarnya depresi. Kata nama DEPRESSION itu kita fikir sama dengan apa yang kita sudah alami dalam proses menjalani hidup. Kita rangka kata kata penyedap dan akhirnya mula menghakimi si pengidap depresi (tanpa tahu tahap resah si mangsa).

Sama seperti penyakit lain ada tahap tahap tertentu

Menurut ukuran diagnostik dan statistik kecelaruan otak ada 2 kategori depresi. Depresi utama dan dysthymia termasuk kumpulan kumpulan lain, jenis yang kurang biasa. Pelbagai lagi kecelaruan mood yang boleh membangkitkan simptom depresi. Pembahagiannya boleh jadi Major, Chronic dan Manic.

Episod depresi utama secara asasnya digelar 'keliru depresi utama' secara asasnya membawa mood depresi 2 minggu atau lebih. Hilang segala minat, nikmat dari aktiviti harian, di samping simptom simptom lain seperti merasa kosong, sepi, tiada harapan, debaran, tidak berguna, bersalah dan macam macam lagi rasa negatif.  

A mood episode (for example, major depression) is a cluster of symptoms that occur together for a discrete period of time. A major depressive episode involves a depression in mood with an accompanying loss of pleasure or indifference to most activities, most of the time for at least 2 weeks.  

Ini belum lagi diambil kira hal hal bi-polar, OCD, ADD dan Post Partum blues (meroyan) yang melibatkan gerak laku aneh si mangsa. Kita yang tidak ada sebarang latar belakang tidaklah boleh pandai pandai mencadangkan remedi remedi seperti ubatan tradisional atau hal hal bomoh. Bahaya... , apa yang penting si mangsa bolehlah digalakan untuk mendapatkan bantuan yang sedia ada di lokasi lokasi berdekatan. Dimulakan dengan menemui Pengamal Perubatan dan sudah tentu akan disusun langkah langkah perubatan dan psikoloji yang lain.

Si mangsa sebenarnya mahu kamu tahu bahawa apabila diserang tekanan, otak tidak dikawal oleh mereka, sebaliknya otak itu mengawal tingkah keadaan mereka. Jadi adalah tidak adil untuk kita terang terangan mengatakan si mangsa itu gila.

Tahukan anda bahawa depresi itu bagaikan hadir di medan peperangan, kamu samada hidup atau mati sahaja. Begitu kronik sekali bukan? Jadi janganlah kita jadi bijak pandai dengan beranalisa tentang laluan hidup si mangsa sewenang wenangnya. Kapasitas kekuatan setiap manusia tidak pernah sama, tidak juga melibatkan taraf taraf sosial atau akademik si mangsa. Kegemaran bercerita santai sebab musabab seseorang itu mengalami depresi sebaiknya dielak sebaik mungkin. (ketika itulah kita mahu bercerita tentang keturunan gila, tekanan akibat anak anak yang tidak mendengar kata, suami yang curang dan macam macam. PLEASE STOP IT).

Berdasarkan apa yang kita bincangkan tadi, kamu boleh melihat bagaimana si mangsa bergelut dari hari ke hari. Tambahan pula dengan kemudahan Medsos kamu pasti pernah melihat kata kata seperti:

The worst part of depression, those who don't have it, they just don't get it.

Mereka bertanya: Apa khabar kamu hari ini? (yang membawa makna sudah pulihkah belum?) Bibirku berkata: Aku okay okay sahaja, sedangkan mataku bercerita hal yang lain, hatiku melagukan nada yang berbeza dan jiwaku berterusan menangis. 

Aku banyak mengungkapkan kata 'sorry' kerana merasakan segalanya adalah kesalahan aku.

Artikel ini secara asas mahu kamu faham bahawa situasi ini adalah benar dan wujud di kalangan kita. Tidak perlulah kita bijak bijak cuba untuk meleraikan suasana kalau akal kita tidak ke mana. Tahukah anda bahawa sebarang langkah yang diambil seperti membunuh diri dengan apa cara sekalipun akan memberi impak pada pengidap depresi yang lain. (sama seperti impak pengidap bi-polar apabila membaca sebarang berita berita di media). Jadi menangani hal yang kronik ini bukanlah semudah yang kita sangka.

Percayalah ada hal hal kimia yang terlibat dalam saraf dan nadi manusia, apabila kita terfikir sahaja tentang depresi. Sokongan terbuka dan mendorong mereka untuk mendapatkan bantuan seharusnya dilakukan. Tidak ada sesiapa yang mahu mendengar teori teori kamu di saat saat mereka tertekan dan memerlukan bantuan.

Serahkan sahaja pada ahli Psikoloji dan Psikiteri yang lebih layak.





CONVERSATIONWhere stories live. Discover now