Ya... mereka yang pernah melafazkan kalimah La Illahaillahah, Muhammdarasulallah.
Menjelang kedewasaan, pada mula hanya terfikir itu hanyalah fasa hidup, moga dengan izin Tuhan akan dikurniakan nanti deria yang normal normal seperti orang lain. Berzakar memikul tugas lelaki, Bervagina menjadi wanita asli, sayangnya laluan tidak begitu untukmu yang terpilih menggalas beban emosi ini.
Makanya berperanglah kamu sepanjang laluan, tercari cari teman senasib. Menilai diri masing masing. Bertukar pendapat tentang cara hidup, nafsu yang menggeletis dan cuba pula mengimbangi letak duduk dalam masyarakat. Perasaan itu aneh bukan? Aneh sehingga kamu mula bertemu TITIK TELUS pada diri. Ya aku lihat jelas kegusaran itu, kegusaran yang macam macam.
Apa tidaknya, kamu hanya manusia biasa, fana sama seperti yang lain. Mereka yang mula mempertikaikan kamu juga lupa mereka itu juga fana. Kamu jadi terkapai kapai mencari diri, sambil sambil merasa takut. Ya, ketakutan kerana kamu sejak awal lagi sudah menganggap diri itu pelik, aneh, tidak sama seperti orang normal (cisgender) yang sering tampil menjadi teladan manusia. Ada daripada kamu menanggung siksa emosi sehingga membawa sakit dan mati begitu sahaja. Ya, ada.
Rasa selesa dan bersalah itu hadir dari dalam diri sendiri, ditokok tambah pula sakitnya dari penghakiman orang terdekat, teman, orang sekeliling dan bahan bacaan agama dan paten sosial yang kamu lihat dan disogokkan sejak awal usia. Bukan salah kamu, kamu belum menemukan JATI DIRI untuk bangun dan berkata, ya, saya sememangnya LGBT, ini cara hidup saya. Mungkin kamu berani, tetapi masih takut apabila bersendirian. Sekali lagi dogma hidup dan bisikan rasa bersalah pada Pencipta dan Agama itu menjadi lebih kuat. Ada juga dari kamu yang menemui pakar. Tidak kira pakar medikal atau pakar agama. (kamu terlupa mereka juga bukan Tuhan dan tidak ada kuasa mahu merubah apa apa, nafsu mereka sendiri tidak mampu mereka kendong sebagai manusia).
Lantas kamu REBEL. Marah, kerana kamu tidak menemukan jawapan tentang cara hidup kamu. Al maklumlah kamu manusia fana, lemah dan tidak seberani mana. Kamu sebenarnya mahukan jawapan bahawa kamu itu OKAY OKAY sahaja, kamu itu tidak salah, kamu itu tetap akan ditatang oleh segala jenis manusia. Pokoknya jawapan itu harus menyebelahi kamu. Kenapa kamu harus mencari jawapan dari MANUSIA? Sedangkan tukang menjalani hidup itu adalah kamu...
Tukang nasihat, tukang cipta dogma hidup bijak. Dikisahkan pada kamu siksaan kaum LUTH dan siksa api neraka. Kamu pula bersedia untuk ikut. Tidak salah kamu juga, manusia fana ada harapan. Manalah tahu esok paginya kamu akan kembali jadi normal... ada yang mencuba berat dan terperangkap lagi dalam sesi lain, sesi menipu diri, menipu orang dan menipu dan terus menipu. Mata kamu boleh dibaca. Luapan nafsu kamu itu tetap ada...
Kekalutan inilah membuatkan ada dua tiga melepaskan geram pada kehidupan.
1. Rebel, tidak mahu ada kaitan dengan sebarang agama. Persetankan semuanya. Nikmati hidup sehebat hebatnya. Lakukan segala larangan laranganNYA. Al maklumlah orang sedang marah.
2. Tiba tiba mengakui diri adalah Yahudi. Kamu fikir yahudi itu mengakui orang orang homoseks? Bukan main lagi bershalom shalom... kamu fikir mereka akan memeluk kamu mengatakan, ya ayuh... kami menerima kamu seadanya. Yang memakai palang pun ada, walaupun tidak tahu konsep triniti, lent, baptisme dan lain lain. Pakailah...hati tengah marahkan?
3. Apa yang dilarang ayuh kita lakukan. Marik kita clubbing, kita hadir ke pesta orgy seks, togak minuman keras yang tidak pernah disentuh selama ini. Sedapnya babi. Hmmm... paling best mari kita pekena dadah? Dadah akan membawa kita ke suatu sudut yang tidak pernah kita hadiri.
4. Kamu reka macam macam alasan. Putus cinta, famili tidak terima, masyarakat mengutuk kamu sentiasa. Putus asa kamu itu kamu gantikan dengan segala yang boleh menggembirakan hati, memudaratkan fizikal, membuatkan orang tertanya tanya kenapa? Berbicara tentang mati sentiasa.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...