RELATIONSHIP

32 1 0
                                    


Sukanya dia kalau masuk bab perhubungan. Orang mengaku romantis. Terkemut kemut lubang dubur dan vagina, kalau diberi kesempatan berbicara tentang perhubungan.

Dihafal habis semua panduan tentang cinta, kasih dan perkahwinan yang ada dalam setiap majalah atau portal portal cinta. Ini belum lagi novel novel cinta melayu mendayu yang dibaca. Kisah kisah fiksyen dan khayalan kakak kakak gemok dan nenek tua sekolah lama.

Ya iyalah, manusia memerlukan sedikit harapan dalam hidup. Sayangnya harapan disandarkan pada bahu manusia yang satu lagi. Berbicara tentang cinta sebenarnya tidak ada penghujungnya, 3 hari 3 malam tidak akan tamat. Dari mata jatuh ke hati katanya, apa nak buat sudah terjebak. Maka tanggunglah sendiri segala drama yang datang bersama dengan cinta kasih. 

Memanglah seronok kalau orang yang kita suka memberi respon positif dan sanggup untuk memadu kasih. Keluar jalan jalan, makan satay, laksa dan sirap tepi jalanpun tidak mengapa. Ada rasa kembang dalam hati, awan sembilan yang membahagiakan. Ketika itu makan tak kenyang tidur juga sudah tidak lena. Mabuk kepayang jadinya.

Jangan salah faham. Memang ada manusia dijadikan untuk berpasangan, saling jatuh cinta meskipun setelah berumah tangga. Memikirkan tentang dia juga hati sudah berdebar, sejenis debaran yang sukar diungkapkan. Iramanya... renungannya, belaiannya, bau badannya dan macam macam lagi. Apa sahaja tentang dirinya jadi memikat. Itulah yang kita kenali sebagai DAYA TARIKAN pasangan. Perasaan itu tidak hanya fizikal tetapi melibatkan renjatan renjatan dalaman yang sukar diterangkan.

Perhubungan disukarkan oleh SIFAT. Kita sudah berbicara bagaimana hal hal Dominan, Nafsu, Serakah, Guna memperguna, seks dan macam macam lagi sebelum ini. Kasihan sekali kalau kita terlupa membelai diri sepanjang perhubungan. Terlupa kerana emosi dan jiwa bertumpu pada si buah hati. Kita takut sambil sambil dicuaki rasa cemburu dan ragu ragu. Dia pula punya reputasi sebelum ini... boleh mati kamu dibuatnya kan? Ketika inilah kita akan meraban tentang dia tidak kira pada siapa, jadi narsis pula apabila dalam setiap perbualan dengan teman teman dan ahli keluarga kita menyelitkan juga nama dia... dalam sedar tak sedar. Tak malu ker?

Sebaiknya dalam perhubungan jangan diNAFIkan apa apa. Berterus terang dari saat awal tentang apa apa sahaja. Berusaha keras mahu tampil suci pada dia sebenarnya akan menjerat diri. Kalau benar benar dia dilahirkan untuk kamu, apa sahaja tidak akan merobah takdir kamu dalam ikatan ini. Lucu sebenarnya mendengar teman teman berkisah tenang hubungan mereka. Disenaraikan hal hal buruk pasangan, diikuti oleh hal hal molek kekasih... macam sekolah analisa jadinya. Sedangkan si pasangan sudah tidak romantik lagi, sudah berubah fikiran, sudah curang dan ya... ala ala sudah hilang minat. Penat juga kerana sudah memperuntukkan waktu. Sedangkan kamu boleh sahaja mengatakan dirimu itu MURAHAN dan DESPO, takut kerana kamu rasa diri tidak menarik dan tidak ada apa apa yang istimewa lagi.

Kacau bilau setelah perhubungan gagal/stop/tamat juga antara fasa yang harus kamu tangani dengan bijak juga. Selalunya mereka jenis ini akan menjadikan ruang dunia mereka sempit sangat. Merungut rungut, marah, mengungkit itu dan ini... diluahkan rasa gundah di medsos, entah untuk tatapan siapa wallahualam. Berfalsafah tentang PERCAYA/TRUST dan macam macam lagi... sematkanlah sedikit rasa malu. Orang yang mahu pergi, seharusnya dibiarkan pergi. Orang sudah tidak ingin. Kamu sudah dianggap beban. Melihat wajah kamu sudah tidak membahagiakan lagi. Lepaskan sajalah jawabnya... Nah, di sini masuk rasa marah/geram/meluat kerana sudah menghabiskan waktu, ringgit, tenaga dan jiwa raga. Rasa sesal secara literal ini menjadikan kamu gabra, hingga tampil seperti orang mental sebenarnya. Teman teman dan kenalan tidak ada arah, cuba membantu kamu yang hilang apabila berhimpun... atau terpaksa menghentikan kamu dari berbicara tentang dia lagi... tambah kasihan kamu mula mendengar lagu lagu cinta melayu mendayu yang konon kononnya seolah bercerita tentang diri kamu... OMG... how stupid!

Dia tetap mahu pergi. Kamu ugutlah apa sekalipun. Wang ringgit? Anak? harta benda? Hutang? Dia sudah tidak mahu bersama kamu lagi. Hari ini, yes hari ini juga belajarlah untuk cuba melihat dan menikmati dunia ini dengan lebih bermakna. Terlalu banyak hal yang sudah kamu tertinggal apabila mula menjalinkan kisah cinta tak sampai tersebut. Okay... kalau berusia kita buat cara berusia, kalau muda harus diserapkan semangat baru untuk menikmati dunia. Bersedihlah sehari dua... apa salahnya, kamu kan kuat feeling feeling bahawa kamu penting.

DIRI kita bagaimana? Hilang kekasih bukan bermakna kita harus hilang diri. Diri yang dipinjam itu sebaiknya dijaga elok elok luar dan dalam. Amboi... self destructive akibat ditinggalkan kekasih... mahukan perhatian. Dibuatnya tidak ada sesiapa yang peduli bagaimana? Mampus begitu sahajalah jawabnya. Kekasih hilang, badan rosak. Tak gitu? Kita sudah jelas tentang hal hal mendakap diri dan memberi diri yang terbaik bukan? Nah, inilah masanya untuk kamu menilai kembali diri kamu (bukan dia, dia memang tidak guna dan sudah berambus). Carilah sisi sisi bakat yang ada dan pergi lebih jauh, keluar dan menyertai dunia (selama ini dunia kamu hanya untuk dia bukan?), Kalau agama dan kegiatan sosial mampu membahagiakan kamu apa salahnya? Jangan dikodi kodikan diri hanya kerana ditinggalkan kekasih. Terhendap hendap hendak tahu siapa pasangan baru dia, membandingkan diri, tertanya tanya bila kenalan berkata ternampak dia... kawal diri dari semua cuitan sial ini. Dia sudah berambus, sepertinya sudah MATI sayang... ingat tu.

Janganlah kuat berdrama ala ala heroin filem Melayu kuno. Hatiku telah hancur, tidak mungkin akan aku buka lagi untuk sesiapa. Ingat...  kamu kini sudah lebih matang untuk meletakkan syarat dan bersifat lebih penting diri. Gunakan semua kelebihan yang sudah kamu garap dari kisah tidak jadi yang lepas. Kalau perlu membaik pulih fizikal pulihkan, kalau merasa diri selalu diperbodohkan dahulu hentikan peluang tersebut... Kamu fikir berdosa menjadi manusia yang mendahului diri daripada orang lain? Jangan lupa, peluang kedua menurut ramai teman teman yang penulis kenali adalah lebih membahagiakan.

Terus terang. Ada orang keluar masuk dalam perhubungan tanpa tercalar sedikitpun. Ya mereka ini adalah manusia manusia yang kuat dan hebat. Dia tahu apa yang utama dalam hidup. Dia tidak menjadi hamba cinta tidak tentu hala. Masa bahagia jangan terlalu yakin, masa duka jangan terlalu meraban. Dunia ini hanyalah satu pentas yang besar, kita kita semua hanyalah pembawa watak masing masing. Hidup yang serba sementara ini kalau boleh jangan dibenarkan sekalipun didominasi oleh kekesalan. Oleh itu belajarlah untuk MOVE ON....

Perhubungan buruk boleh dianggap bagai kaca berderai, lebih baik dibiarkan pecah daripada terluka jari sendiri sewaktu cuba membaik pulih.

Perhubungan yang dilepaskan bukan kerana kamu berhenti peduli pada mereka. Hakikatnya kamu melepaskan kerana kamu sudah mula peduli pada tubuh badan sendiri.

Ada bezanya kata kata "aku tidak peduli lagi" dan "menyedari hakikat cukup cukuplah sudah"

Aku kenal pada nilai diriku, tidak mungkin lagi akan aku terpenjara dalam sangkar perhubungan yang buruk dan destruktif.

 Di hujung hari, sebenarnya kamu hanya ada diri kamu sendiri. Bertuah kalau dibelai dipeduli Alhamdulillah... jika tidak ada kenapa kamu perlu terus meratap berharap?

*Penulis bukan manusia yang pahit, dia hanya berkongsi rasa dengan pembaca.



CONVERSATIONWhere stories live. Discover now