LATIHAN KASIH PADA DIRI 1

44 2 0
                                    

 LATIHAN KASIH PADA DIRI

Sampai ke tahap itu kamu merendah diri? Tidak kira apa cara sekalipun, untuk menagih simpati atau apa? Bersifat "humble@down to earth" yang kelihatan asli atau lakonan. Impaknya tetap akan jatuh pada diri juga. Memang kita semua sayangkan diri kita, kenapa mahu dilatih pula? Kerana, kita dalam banyak waktu terlupa yang kita secara lemah banya mengHINA diri sendiri, dengan niat mahu tampil merendah diri.

Dalam bab bab sebelum ini kita banyak menyentuh tentang jati diri, pembawakan diri dan ekspressi manusia. Tentunya setiap kita mahu mempersembahkan diri sebaik mungkin dalam apa saja acara hidup.
Apabila berhubung dengan manusia yang lain, ada satu analisa tidak langsung akan terjadi sesama kita. Itu akan membuahkan gambaran diri, kuat, lemah, positif atau dilupakan sahaja "forgettable specimen".
Latihan Kasih Diri ini adalah satu proses pemantapan shahsiah yang berterusan, namun ianya bukan jamuan untuk sifat sifat angkuh, ego tebal, bongkak, sombong tidak bertempat. Bagi memulakan latihan ini ada hal hal asas yang perlu kita ulangkaji. JANGAN sesekali sessi ini diterjemahkan sebagai Penting Diri atau "selfish".
Berikut adalah cerminan diri asas:
1. KEMAMPUAN: secara menyeluruh melibatkan emosi, fizikal dan subjek sasaran. Mencari, mengumpul kemahiran, ilmu pengetahuan dan tatacara sesuatu hal itu adalah proses berterusan.

2. PERSEKITARAN: dapat dibaca dengan tepat dan terang, manusia jenis apa yang sedang kamu berurusan? Subjek apa yang sedang dibincangkan. Apa tujuan pertemuan dan perbualan ini? Tumpukan pada yang penting dan jelas sahaja.

3. BEPADA PADA ATAU EKSTERIM? Yang terpulang pada suasana dan perjuangan matlamat kamu. Apakah sifat kamu pada suasana ini? Sejauh mana kamu boleh pergi?

4. JUJUR pada diri dan subjek. Lengkap bersedia untuk mengutarakan pendapat, mempertahankan alasan dan kemahuan diri. Bersoal kembali untuk mendapatkan penerangan juga adalah satu hal yang jujur.

5. JELAS TERANG apabila berhubung dengan manusia berkaitan menggunakan bahasa badan, bahasa ungkapan yang bertonasikan rasa yakin/faham kamu dalam subjek yang dihadapi.

Dalam banyak keadaan, kita sudah terbiasa merendah diri, dilatih awal secara langsung atau tidak, oleh budaya, adat dan persekitaran. Merendah Diri itu adalah baik dan mulia, TETAPI sekiranya dilakukan secara terlalu akan membawa ke implikasi peribadi yang tidak begitu molek. Di sinilah hadirnya kuat lemah manusia.

BERSAMBUNG........  


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now