Seperti tahun tahun sebelumnya dinikmati dengan penuh Redha.
Semakin tahun hajat di hati mahu lebih simple dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Tidak ada jamuan jamuan hotel atau perhimpunan dihadiri setakat ini. Perut manusia manalah yang mampu makan 80 jenis lauk, 30 jenis manisan dan 5 jenis nasi?
Hidup diteruskan seperti biasa cuma sewaktu bulan ini penulis jadi kurang kreatif. Waktu tidur yang sudah terganggu dianggap biasa biasa sahaja. Menulis rencana rencana kecil dan menjalani kerja kerja dapur yang mudah sahaja.
Inilah bulan untuk menjana wang ringgit bagi mereka yang bejiwa niaga. Juallah apa yang patut asalkan tidak menganiaya pembeli. Rungutan rungutan tentang perkhidmatan makanan di PARAM masih ada (penulis sudah tidak menjenggah PARAM bertahun tahun). Daripada mendapat dosa kering mengutuk mereka para peniaga setelah membeli baiklah berdamai diri dengan memasak resepi resepi biasa biasa sahaja.
Dugaan dan godaan fesyen seperti biasa... ada sahaja diperkenalkan fesyen fesyen lelaki dan perempuan yang sangat bercita cita. Paparan paparan di medsos seperti biasa akan mengundang pelbagai reaksi. Busana busana muslimah yang aneh dan fesyen kaum lelaki yang agak kewanitaan. (maklumlah designer adique adique melepaskan geram). Penulis tidak mahu berkongsi apa apa, kerana tidak mahu ada sesiapa yang terluka.
Suasana peperangan di negara negara Arab pula membuatkan kita merasa pilu. Saudi yang bermasalah dengan Qatar mengundang pelbagai sangkaan buruk yang macam macam. Hawa Politik tempatan juga tidak kurang hangatnya... (bukan cuaca sahaja tahun ini panas ya). Kejadian perbalahan sewaktu edaran kurma yang berbentuk politik membangkitkan rasa yang macam macam. Si imam yang dominan, si ahli politik yang bercita cita membuatkan rasa kaget sebenarnya. Tidak kurang juga hal hal seksualiti yang dimulakan oleh MOH untuk mengadakan pertandingan video pencegahan HiV Aids dan reproduktif. Saranan para AJK untuk penghasilan video diwar warkan dengan memberi garis pandu video. ianya haruslah bersifat KECELARUAN JANTINA. (hal ini pantas ditangani setelah ianya tular menjadi berita dunia yang memalukan Malaysia di mata hak hak kemanusiaan). Majlis berbuka para Gay di Bangsar juga mendapat sorotan media dan medsos. Muncul lagi pelbagai pendapat dan kekeliruan para pemerhati.
Makan atau tidak makan di khalayak? Satu lagi isu tahunan yang membosankan. Jabatan agama islam Melaka dikutuk kerana membenteras orang melayu muslim yang makan. Sekali lagi pelbagai reaksi netizen dapat dilihat. Penulis hanya menyarankan Jabatan menerjah rumah orang orang susah dan berusaha membahagiakan mereka. Puasa juga adalah ibadat antaran kita dan pencipta. Kalau berpuasa, puasalah dengan penuh keimanan. Bukan semua orang mampu berpuasa. Ada waktunya perdebatan seperti ini agak memalukan sebenarnya. Pergaduhan pergaduhan di PARAM mungkin dugaan berpuasa? Wallahualam.
Keseluruhannya Ramadhan ini walaupun cuaca panas dan terik di waktu siang, ianya membahagiakan. Kita kita yang sedar dan mendapat pencerahan, teruslah berpuasa dengan penuh ketenangan. Rancanglah perjalanan pulang ke desa dengan baik, bersederhana tidak perlu mengikut nafsu dan damai damaikan lagi jiwa yang sabar itu.
Selamat berpuasa semoga kita masing masing mempelajari sesuatu saban tahun.
ALHAMDULILLAH.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...