Mama merasa bertuah. Sudah puas menjilat setem. Sudah puas menanti posmen. Sempat pula memasuki era komunikasi secara online. Dari talipon bertali sampailah ke talipon nokia 3310 yang sudahpun ditertawakan ramai sekitar tahun 2000.
Tidak lain tidak bukan untuk memudahkan dan mempercepatkan sistem hubungan antara manusia dan manusia. Namun begitu ada juga sisi sisi sopan sosial yang harus kita lihat.
Masih dalam keadaaan berhubung walaupun membaca berita secara online, memohon jawatan kosong, menyiarkan wadah wadah bacaan dan melepaskan resah gelisah di media sosial. Komunikasi ini nyatanya lebih bebas dan tidak ada had waktunya namun harus ditangani secara bijak dan matang oleh pera pengguna, walaupun sewaktu menghatar SMS (pesanan ringkas secara online).
Hal hal biasa, takut lama lama menjadi adat. Menjawab secara ringkas menggunakan akromin, bersifat lepas laku dan tidak menghormati sesama apabila berkomunikasi.
GADJET BERHUBUNGAN?
1. Talipon Pintar - yang merangkumi perbualan dan penghantaran sms juga hal hal lain yang boleh dilakukan secara pantas
2. Perisian Email - yang dihantar tidak kira secara resmi atau secara kasual. (bezakan antara ke dua duanya secara nyata)
3. Komputer Meja - yang digunakan di pejabat, di rumah dan tentunya mempunyai tanda pendaftaran IP atau internet provider.
4. Komputer Riba - yang semakin kurang digunakan bila digantikan dengan saiz tab tab yang besar dan sederhana.
Jelasnya, semakin maju hidup, semakin banyak ditampilkan perisian baru yang cepat dan pantas dan tentunya menuntut kita untuk lebih berhati hati dalam bidang kerja dan sewaktu kita bersosial menggunakan teknologi.
Teknoloji baru dan pantas tidak bererti kita ada kelonggaran untuk lebih bersifat tidak bertanggungjawab dan kurang ajar bila menggunakan kemudahannya
ADAT ADAT KOMUNIKASI YANG KEKAL
1. tidak menggunakan gadjet gadjet tersebut apabila berada di meja makan sewenang wenangnya kerana menganggap ianya adalah hal yang sedang IN ketika ini. Pasti kamu pernah melihat skenario buruk ini...dua orang sedang makan malam, masing masing bercinta dengan talipon pintar mereka. Sekeluarga yang semuanya tunduk untuk melayan media sosial di restaurant. Minta diri kalau terlalu perlu, ingat adap yang satu itu.
2. Menggunakan bahasa kesat untuk mendapatkan perhatian di media sosial. Bahasa kesat, menggutuk tanpa mengetahui kisah sebenar, menjual nilai nilai hidup pada orang lain dan paling hebat tampil seolah olah robot yang menggunakan nama dan wajah orang lain (selain daripada simbol simbol atau gambar objek) tapi mahu diberikan perhatian serious.
3. Menjawab dan menerima Email/SMS dalam kadar secepat mungkin untuk hal hal yang penting. Harus diujudkan satu peruntukan waktu yang membalas email email dan SMS yang penting. Apa yang penting? Hal hal yang memohon jawapan cepat, hal hal kerja yang tidak merapu, hal hal yang melibatkan waktu dan pengesahan.
4. Bersifat penuh tanggungjawab. Harus ingat sudah ada beberapa kejadian naik turun mahkamah akibat bersoal jawab, mengutuk, memfitnah melalui internet. Apa yang kita tulis, muatnaik haruslah disertai dengan kesediaan kita untuk menghuraikan persoalan pokok tersebut. Sama saja dengan kesediaan kita untuk tampil ke depan apabila diminta oleh pemerintah. Kadar tanggujawabnya harus sama naik dengan keghairahan kita untuk memperkatakan tentang sesuatu isu.
5. BUKAN MEDIUM MAIN MAIN. "Owh! saya cuma suka suka sahaja..." Pembaca tahu apa itu jenaka, apa itu hal sinis dan apa itu fitnah. Diri harus dikawal. Jangan melekat tiru (copy paste) sewenang wenangnya...kemungkinan ada berkongsi fitnah atau nilai orang lain tanpa tahu dasar dasar asas apabila ditanya nanti.
6. Kemarahan peribadi, apakah patut dikongsi? Bukankah MY WALL IS MY RIGHTS? Terpulang pada kamu. Setakat mana kamu mahu membuka pekong di dada. Masalahnya kita lebih gemar membuka pekong orang lain. Kemarahan yang dikarang dengan rapi dan boleh menjadi teladan para pembaca kamu itu amat dialu alukan. kita tidak mahu bergantung pada alasan ALAH I SAJA SAJA JER...lepas geram setelah menggunakan bahasa kasar dan kesat. Harus ini, itu adalah refleksi diri kamu.
7. Komunikasi masih lagi berada ditahap harus terang, jelas dan tepat. Apalah guna kita memuat naik hal hal yang kabur dan berbentuk SYOK SENDIRI di media sosial (terpulang kamu, apa salahnya kalau kamu penglipurlara?). Ada caranya...tetapi tidaklah disarankan kamu memalukan keluarga dan teman teman hanya untuk memuaskan api kemarahan dan rasa tidak puas hati kamu itu.
Bahasa bahasa anak muda dan peredaran zaman itu boleh kita maafkan, asalkan tidak memudaratkan mana mana pihak. Keinginan untuk menabur fitnah itu kita elakkan sebaik mungkin. Media Sosial dan cara komunikasi tetap harus dijaga. Menjual nilai nilai rasis dan cenderung pada agama dan politik yang tidak membantu itu tidak membawa apa apa faedah sebenarnya. Kamu sendiri sedia maklum.
Rasa ghairah tidak bertempat itu, takut lama lama menjadi darah daging kita sehinggu usia tua. Tidak elok...cuba semak manusia manusia yang kamu sedang berurusan secara online...ramai jenisnya bukan? apakah kamu mahu ikut serta menjadi seperti mereka?
kasar, tidak bersopan, tidak bertanggungjawab, tidak sensitif pada isu isu tertentu atau bersifat berat sehala...dari sini kamu boleh membentuk diri menjadi manusia yang berkomunikasi secara online dengan baik.
Jelasnya ada garapan garapan peting apabila berkomunikasi secara on-line. Pembelian dan penjualan secara talian juga harus dikawal rapi, untuk menggelakkan rasa tertipu, menipu dan ditipu. Sama saja seperti kita menjaga adab seharian apabila berkomunikasi secara oral. Pernah kamu melihat ugutan pembeli yang tertipu? Penjual barangan yang angkuh tidak bertempat memarahi pelanggan secara terbuka di media sosial?
Penulis percaya apa sahaja boleh dicapai sekiranya kita mahu merendah diri, bersopan dan bertanggungjawab apa bila berkomunikasi secara online. Ianya bukan roket sains yang sukar tentunya!!!
BERKOMUNIKASI SECARA BERHEMAH!!!
*ini belum termasuk lagi jejaka jejaka yang mencari jodoh secara online, manusia manusia sepi yang menurut gelora jiwa, pengguna penggunan internet yang marah marah tahap gaban terhadap dunia, tidak kurang juga para PEMBURU SEKS yang ghairah sebaik sahaja mereka berada di sesawang internet..makin berani, berskype..telanjang telanjang sesama mereka...dan akhirnya diviralkan untuk dunia.... makin ghairah mereka tanpa sebarang rasa malu!!!!
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...