MASALAH: hal hal yang rumit, menganggu fikiran dan pergerakan badan, gangguan emosi manusia. Lantas manusia menghabiskan waktu mencari jalan penyelesaiannya. Sama saja penyelesaian matematik yang tidak kita ketemui kalau tidak tahu cara dan fomular penyelesaian.
Dalam menjalani hidup sebagai manusia dewasa, paling tidak ianya akan timbul dari waktu ke waktu pastinya. Masalah keluarga? Cinta? Perhubungan? You name it, it will definitely be there.
Ada masalah tidak dapat dirungkaikan sehingga mati. Ada yang jatuh sakit. Ada yang menjadi murung seumur hidup.
Nenek saya sering bilang, jangan dilayan masalah masalah yang DIBUAT AMBIK. Meaning something created by human to human to another human.
MASALAH LAWANNYA ADALAH PENYELESAIAN.
1. masalah tidak tahu menjadi tahu, diselesaikan dengan mencari pendidikan/belajar/menuntut ilmu
2. orang yang kerap menimbulkan masalah pada orang lain, ditinggalkan bersendirian.
3. sifat orang tercinta yang jarang mahu berkompromi hingga menimbulkan masalah harus diselesaikan segera. Bersemuka, berterus terang, pencerahan atau ditinggalkan sahaja jika tidak selari lagi.
4. uruskan masalah peribadi dahulu, sebelum mahu menggalas masalah orang lain
5. bagaimana pula dengan orang yang mereka masalah demi Perhatian dan Nafsu diri?
6. Lihat dalam dalam, apakah itu MASALAH sebenar? atau sekadar hal remeh?
7. saling menyaling dalam hubungan manusia akan ditemani oleh masalah, seremeh mana sekali pun. (terlalu banyak untuk diberikan contoh). Sebagai manusia yang mahu bebas masalah apakah tindakan kamu?
8. ada nikmatnya setelah masalah diselesaikan, itu satu nikmat kurniaanNYA
9. Masalah peribadi yang diselesaikan sendiri atau dengan bantuan keluarga atau teman teman?
10. memperkukuhkan analisis terhadap sesuatu masalah. Dikotakkan dalam beberapa ruang
a. Penting b. kurang penting c.tidak penting langsung d. Bukan masalah aku
Begitulah serba sedikit asas masalah manusia sewaktu menjalani kehidupan. Cabang cabangnya terlalu banyak untuk dibahaskan. Kewangan? Seksualiti? Agama? Sosial? Penerimaan? Toleransi? dan pelbagai perihal manusiawi yang lain.
Adalah dipercayai dalam 100 masalah manusia 95 adalah masalah yang manusia sedia maklum (ada yang dijemput hadir dalam hidup secara terang terangan).
1. Keupayaan diri secara fizikal dan mental gagal diambil kira
2. takut untuk berhadapan dan mahu menyelesaiakan secepat mungkin
3. Citarasa tidak bertepatan dengan pendapatan
4. Tidak mengenali intipati hidup secara menyeluruh
5. Sakit kerana 'TAKUT APA ORANG KATA' (Ini adalah sakit emosi yang harus ditangani)
6. kerterbiasaan menggalas masalah orang kerana mahu dilihat sebagai 'PENYELAMAT/HERO'
7. ketagih mencari masalah (masalah dilihat sebagai penggerak hidup)
8. Pemalas. Baloq liat. Tiada usaha. Berharap pada ikhsan orang sepanjang hidup
9. kegemaran membanding diri dengan acuan hidup orang. Piawai/kayu ukur diserahkan pada orang lain.
10. Gagal mencari punca masalah akibat akibat sifat peribadi yang banyak dan subjektif.
Timbul pula kata kata penyedap.
1. apalah hidup tanpa masalah
2. hidup in adalah proses penyelesaian masalah
3. masalah mendewasakan kita sebagai manusia
4. bila ada masalah barulah ada THRILL!!!
Apabila kita menemukan masalah, secara automatik kita akan mencari sebab sebab dan punca. Selalunya proses menyalahkan individu atau pihak lain itu adalah jalan yang paling mudah. Kita jarang mahu melihat dalam diri dan mengakui kelemahan sedia ada atau khilaf khilaf sepanjang kita menjalani proses hidup.
Kita teragak agak dengan tindakan kita pada keputusan yang akan datang, tidak yakin, tidak tegas dan menjadi penakut. Kita ternanti nanti pendapat orang lain yang kita idolakan, kagum dan yakin. Sedangkan masalah itu melibatkan diri kita sendiri dan pilihan dalam hidup. Tidak salah mempunyai kumpulan yang sihat untuk sama sama menangani masalah, itu adalah langkah yang wajar dan bijak. Tetapi sebagai TUAN PUNYA BADAN, cuba kamu selidiki secara lojik, MASALAH itu puncanya dari mana?
Baggasi kalau terlalu berat tidak bermakna, baik ditinggalkan sahaja di tepi jalan. Bergerak ke arah yang cahayanya lebih terang dan landasan yang lancar, teratur dan tidak banyak rintangan.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...