Hanya mampu dilakukan oleh manusia yang KUAT SEMANGAT.
Beruntung sebenarnya menjadi warga alaf baru. Pendedahan pada ilmu seksualiti menjadi lebih terbuka dan mudah diperolehi. Anak anak muda sekarang tidak lagi dibelenggu oleh rasa tertekan/bersalah apabila mengadap ibubapa, keluarga dan masyarakat apabila masuk bab (menambahkan zuriat, takut apa orang kata dan lain lain masalah sosial yang berbentuk piawai).
Manusia zaman baru seolah olah sudah terlatih untuk bersifat TELUS DIRI.
Kita boleh berbohong untuk hal hal remeh, seperti mengiyakan keenakan resepi baru untuk menjaga hati tukang masak. Begitu juga hal hal seperti membuat pilihan busana untuk teman atau memuji muji bersetuju pada hal hal ringan dalam hidup. Orientasi seksual diri bagaimana?
Berulang kali sudah disentuh tentang Ibubapa yang bersifat autokratik terhadap pilihan anak anak. Mereka jadi terlupa bahawa walaupun anak adalah hasil dari persetubuhan mereka, lambat laun setelah akil baligh dia ada pilihan peribadi. Ibubapa dan anak anak adalah entiti yang berbeza. Pernah kita sentuh tentang hal hal ugutan dan ancaman dari keluarga sendiri atas alasan demi kebaikan anak anak. Begitu autokratik sekali caranya bukan? Sampai terlupa bahawa di akhir cerita masing masing akan menjadi nakhoda pelayaran masing masing, destinasi juga tidak sama.
Ramai anak anak terutamanya para gay lurus menghadapi dilema ini. Antara maruah dan kemahuan nafsu diri, ini belum masuk pada hal hal syurga neraka yang gemar dicanang oleh insitutsi agama. Maka masuk daunlah para CISGENDER yang tidak ketahuan punca dengan alasan alasan yang kononnya konkrit mereka. Maknyah kita tolak tepi dalam perbincangan ini, mereka sah sah sudah mempamirkan GENDER INDENTITI mereka secara terbuka.
Akhirnya para Gay dan Lesbian mengorbankan seksualiti mereka untuk membahagiakan alam sekeliling. Pura pura bertanya kenapa dia tidak sebahagia orang lain? Kenapa rumahtangga yang dibina tidak menggembirakan hati? Berlakon sebagai pasangan bahagia di hadapan masyarakat sehingga usia matang. Penat. Akhirnya diserang TEKANAN EMOSI yang pelik pelik.
Kerap ditemui anak anak yang sah sah GAY, yang keliru apabila mahu menentukan gaya hidup. Ada yang tertekan walaupun tidak secara lansung dari ibubapa. Semua ini terbentuk akibat pengamatan pada insiden insiden sekeliling. Apa insiden insiden tersebut?
1. Sifat masyarakat yang gemar menghukum, membuahkan rasa takut
2. Syurga dan Neraka yang dikatakan hanya milik cisgender. Anak gay ingin turut serta
3. Melihat gay lain berumah tangga. Mereka rasa mereka boleh melakukannya.
Takut dicerca dan ikut serta membabi buta adalah tindakan yang terang terang memakan diri. Maka masing masing mencari ruang untuk bahagia sedikit. Ke luar kota untuk nikmat sebenar, terperangkap dalam rasa bersalah, menipu secara berterusan pada pasangan, pokoknya tidak bahagia. Apatah lagi kalau tertangkap dalam sebarang serbuan atau ada hal hal yang tidak enak seperti ugutan pasangan kekasih gelap. Lama lama manusia sebegini akan mati katak menahan rasa.
Ada juga manusia gay yang sudah berkahwin menjadi dalang. Dia awal awal lagi terpaksa melalui hal ini, mula menyakinkan gay lain bahawa bahagia boleh ditemui kalau ada tumpuan pada hal hal agama. Manusia gay yang sebegini ada yang lebih jahat lagi menggoda gay yang mahu dibantu untuk berseronok secara rahsia dan sama sama melakukan ritual insaf bersama. Aneh bukan? Sedangkan manusia awal awal lagi boleh memilih bentuk hidup tanpa mengganggu jiwa jiwa lain (isteri, suami, anak anak kalau mereka sudah berzuriat). Seumur hidup menipu. Paling sedih MENIPU DIRI SENDIRI dan menambah beban emosi.
RASA TIDAK BAHAGIA atas jemputan diri sendiri sukar untuk diubati. Ini adalah hakikat. Ada waktunya kita tertawa bila mereka menggunakan terma BISEKS hanya untuk menampung kelakuan dan tindakan yang sudah diambil. Terma biseks sudah kita bincangkan awal awal lagi, ianya masih kabur. Kita juga sudah menggenali apa itu Panseksual, Skolioseksual dan Aseksual. Di hujung cerita ramai gay muslim dan gay kristian akan menggunakan alasan agama... Paling sedih apabila pasangan di rumah yang naif itu merasa hidupnya tidak berguna, tertipu dan bodoh selama berkongsi hidup. Bertambah lagi satu tekanan emosi yang harus dipantau. Kasihan sekali.
Harus ingat. Selepas kamu diarahkan untuk menjalani kehidupan yang konon kononnya NORMAL oleh para cisgender (yang mahukan pahala dikreditkan ke akaun mereka), para cisgender tersebut sudah tidak peduli lagi pada urusan rumahtangga kamu. Dia terus hidup dengan cara dirinya dan kamu terpaksa bertateh untuk kehidupan yang baru bersama pasangan yang kamu rasa tidak tahu, kurang membaca, polos dan kamu anggap tidak akan tahu siapa diri kamu... Kamu fikir kamu bijak? Dibuatnya suatu hari dia meminta haknya? Mengungkit tentang seksualiti kamu? Oh! Tuhan... ini semua adalah BALA yang dijemput sendiri sendiri oleh kamu...
Selepas itu kamu pura pura mengatakan bahawa dunia ini tidak adil. Padahal dunia sudah memberikan kamu peluang untuk memilih.
Kamu jadi marah melihat gay gay lain hidup meriah. Mereka meraikan kehidupan mereka dengan penuh daya manusia. Tidak peduli pada tanggapan sesiapapun... kamu jadi benci mengatakan mereka ini geletis dan tidak bermaruah. Sedangkan hakikatnya kamu mahukan liberasi yang sedemikian.
TELUS SEKSUALITI ini bukanlah tuntutan untuk kamu sahaja... ia melibatkan semua orang. Kamu fikir hidup ini bagaikan filem romantik komedi? Segalanya jadi bahagia nyata di layar lebar? Itu hanyalah khayalan manusia sayang... hidup realiti menuntut lebih dari itu...
"Tapikan saya tengok ramai yang okay jer, ramai tau kawan kawan i yang gay berkahwin, nampak happy sangat,"
"Kamu belum diberi peluang meneliti buku hitam dia, yang kamu nampak hanya fasa hadapan paparan sahaja,"
"Yer ker? Jadi kamu mengatakan para gay tidak layak untuk berkahwin?"
"Kawin dengan siapa? Dengan perempuan atau dengan pasangan gay mereka?"
"Dengan perempuanlah..."
"kahwin kemudian cari alasan bercerai? Memalukan bini? atau macamana?"
"Entahlah... kamu ini macam macam, benda baik benda yang direhdai Allah kamu masih pertikai,"
"bukan pertikai, saya hanya bertumpu pada SEJAHTERA HIDUP, hidup kalau seksualiti tidak telus sukar untuk sejahtera,"
Segala perbincangan bijak bagaimana sekalipun, pemilihan akan jatuh pada diri kamu juga. Tekanan tidak ditanggung oleh orang lain. Masalahnya, orang orang sebegini kita anggap manusia yang tidak sejahtera. Mahukan rumahtangga, mahukan kehidupan rahsia, gerak badan semacam kerana terlalu banyak menanggani rahsia, takut terbongkar kisah dan begitulah seadanya.... manusia yang sudah menipu diri.
Tambah buruk apabila dia ingin memimpin manusia lain untuk masuk sekali dengan cara hidup yang sudah dia pilih dan lalui, tanpa mengira tahap mampu emosi dan kekuatan mental si polan yang juga gay atas dasar TANGGUNGJAWAB sesama ummah. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan...
Masuk pula wanita murahan yang berkata: I TAK KISAHLAH... gaypun gaylah... i tahu i dikurniakan kelebihan. I rasa i mampun untuk menukarkan dia jadi STRAIGHT. i yakin.....huh?
Selamat mencuba kita ucapkan pada manusia yang tidak TELUS SEKSUALITI.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...