Imej badan merujuk pada BAGAIMANA manusia melihat diri mereka.Simpang siur imej badan dikenali sebagai imej badan yang negatif. Ia merujuk pada bagaimana tidak realistik kita melihat badan kita. Sama seperti gangguan yang banyak dihadapi oleh wanita, lelaki juga mengalami gangguan (disorder).
Apatah lagi apabila memasuki alaf baru di mana masing masing menjadi secara tidak langsung sangat peka pada penampilan diri tidak kira untuk khayalak atau untuk orang orang yang terdekat. Secara lucu kita katakan 'kamu semua adalah artis pop'. Ya artis, kalau tidak menarik tidak akan ada peminat bukan?
Dari waktu ke waktu kita bimbang tentang penampilan kita atau kerap kali kita jadi ragu ragu. Kajian sudah membuktikan bahawa ada bahagian bahagian badan yang mahu kita ubah. Ditambah pula kegemaran kita mengkagumi kulit kulit majalah, poster bintang popular dan sesiapa sahaja yang kita rasa wow yang pernah kita dekati. Tidaklah semudah kata kata MENERIMA diri seadanya dan YAKIN DIRI tentang siapa kita dan bagaimana penampilan kita
Rasa yang tidak seimbang ini adalah biasa buat manusia. TIDAK NORMAL sekiranya kerisauan tentang penampilan dan obsesi tentang bagaimana kita tampil itu menyerang secara harian, tiap jam, tiap detik. Segala hal remeh ini akan jadi gangguan terhadap Pehubungan, Kerja dan Persekolahan. Ketakutan dan rasa tidak selamat itu akan mengHADANG kita daripada bergerak yakin untuk memenuhi impian/peluang bagi mencapai matlamat hidup.
Rasa rendah diri tidak setara orang lain, terpaksa menghina diri, bersifat tunduk tunduk bongkok secara tidak sedar sangatlah merbahaya.
Obsesi terhadap berat badan dan diet diet juga boleh menghala kita pada masalah masalah yang lebih besar/berat. Ketakutan kalau kalau orang lain menghakimi kita, bagaimana kita di mata mereka adalah hal berat/suka sebenarnya. Kebenarannya adalah: TIDAK PENTING bagi orang lain untuk melihat samada kita memenuhi PIAWAIAN KECANTIKAN, apa yang lebih PENTING adalah tahap kesihatan kita. JANGAN sekali kali membenarkan rasa tidak selamat (insecurity) dan rasa bimbang (anxiety) menghalang kita dari menikmati kehidupan.
Kamu harus tahu majalah majalah kecantikan untuk wanita dan lelaki TIDAK BOLEH PAKAI... sebagai rujukan, dalam sidang editor mereka berkisah tentang kesihatan holistik, di mukasurat lain berjabu jabu iklan tentang kecantikan seolah olah mempromosikan tahap Piawai Kecantikan yang dimohon oleh dunia. Dihiasi pula oleh model yang sempurna sempurna belaka (yang sudah tentu disaring awal awal lagi). Itu belum lagi iklan iklan untuk manusia pemalas yang mahu menurunkan berat badan atau mahu cantik pantas. Bijak sungguh mereka menangguk ikan di air yang keruh. Yang keruh itu adalah jiwa kamu, ikan juga adalah kamu secara badaniah. Fikir fikirkan.
Kalau isu badan atau rasa bimbang terhadap penampilan membuatkan kamu depressi, bimbang atau bersendirian, berbicara dengan manusia lain mungkin boleh membantu. Bercakap dengan manusia yang kamu percaya atau luahkan kebimbangan ini dengan pakar kauselor yang boleh membentuk rangka mudah untuk kamu merasa lebih baik, berguna dan lebih yakin.
Membanding diri yang lengkap anggota tubuh badan dengan personaliti personaliti yang kita anggap beruntung adalah sejenis sakit dan ianya harus diubati segera. Itu adalah penyakit orang orang bodoh sebenarnya. Kalau setakat kagum apa salahnya? Memuji apa salahnya? Tapi kalau sehingga jatuh depress hanya kerana merasa kecil dan rendah hati, ianya adalah SAKIT, saya ulangi sakit!
BAGAIMANA MAHU MERASA LEBIH BAIK?
1. Bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang berguna?
Bagaimana teruk kita merasa kedudukan kita sekalipun, kita masih bergerak. Kemampuan BERNAFAS lega adalah buktinya. Kamu harus memberi penumpuan pada kesedaran hidup. Apa yang kamu suka tentang badan kamu? Selama ini apakah khidmatnya pada kamu sehingga boleh bergerak dan berurusan dengan dunia?
YOU ARE READING
CONVERSATION
CasualeConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...