NYMPHOMANIA

36 1 0
                                    


APA ITU NYMPHOMANIA?


Nymphomania adalah kecelaruan mental yang diakibatkan oleh perilaku seksual yang keterlaluan. Gerak Keterlaluan ((OCD) adalah gerak laku yang kalau diberi pilihan, TIDAK DIINGINI, atau perbuatan, yang dilakukan secara berulang ulang tanpa mendapat kepuasan dan tidak dapat dikawal sedar. Dalam kes ini, pelaku akan terlibat dengan perilaku berisiko seperti berzina.

Benar atau tidak Nymphomania layak digelar sebagai sakit mental sering menjadi perdebatan di kalangan komuniti perubatan, tetapi ada bukti bukti sahih yang menyatakan keterlaluan dalam gerak laku seksual merupakan sakit yang serius.

Nymphiomania boleh dihidapi oleh semua manusia dewasa, walaupun ianya lebih biasa pada wanita, lelaki homoseksual dan transgender M to F. Secara teknik, terma "Nymphomaniac" merujuk pada wanita cisgender. Kini terma tersebut dilanjutkan lagi maknanya kepada sesiapa sahaja yang melibatkan diri dengan risiko perilaku seksual keterlaluan.
Sebagai tambahan, nymphomania juga menyenaraikan masalah berfikir kerap tentang seks, pemikiran seks yang berulang ulang (obsesi) dan perasaan bersalah, malu atau tidak pernah puas setelah melakukannya.

Penyebab utama Nymphomania tidak diketahui.
Ianya satu keadaan Mental dan Emosi, dan seperti keadaan yang lain, ia adalah sangat berlapis komplikated (sukar dihurai). Sama seperti sakit mental yang lain, Nymphomania mungkin diakibatkan oleh persekitaran, keberadaan diri dan juga acara acara hidup. Ianya juga dikaitkan dengan ketidak seimbangan kimia dalam otak.

Rawatan untuk Nymphomania akan melibatkan sessi psikoterapi dan pengambilan ubat. Seperti sakit lain, nymphomania kaedah perubatan temasuk pengambilan ubat ubat antidepressants (antidepressi) atau antianxiety (antidebar) atau antipsychotic (antipsikotik), hampir sama dengan perawatan ocd Kecelaruan Keterlaluan lain. (compulsive disorders). Pengidap nymphomania terdedah pada risiko risiko komplikasi STD yang tinggi (sexually transmitted Disease). Fikirkan gonorea, syphliss atau HIV.

Selamatkan diri kamu dengan menghubungi pusat pusat rawatan sedia ada, swasta atau kerajaan, sekiranya kamu rasa kamu bermasalah dengan Perilaku Keterlaluan, Sakit Mental yang tidak dapat dikawal, termasuk gerak laku aneh/pelik yang merbahayakan orang lain, juga disenaraikan sifat sifat menggugut, tidak rasional atau ada rasa mahu menamatkan hidup (suicidal behavior).
Tindakan harus diambil segera, apabila ada rasa sedar tentang ciri ciri nymphomania atau gerak gerak keterlaluan lain yang secara tiba tiba muncul kerana kita wajib peduli pada diri.

Ciri Ciri Nymphomania

1. Sering terfikir tentang seks secara berlebihan: CEPAT TERANSANG DERIA SEKSUAL. Manusia normal sihat mempunyai tahap seks terangsang yang biasa biasa sahaja dan tidak menganggu langsung.

2. Kerap melanggan video lucah, suka pada unsur unsur seks secara keterlaluan, semua yang ada akan dikaitkan dengan hal hal seksual, walaupun hanya dalam fikiran nakal dan perbualan yang akan kamu alih untuk hal hal seksual walaupun ianya cuma perbualan biasa. Audio Visual Filem, bahan bacaan, perbualan, lawatan ke kawasan seksual, tumpuan tiada yang lain kecuali SEKS.

3. Tidak puas. Walaupun kamu mampu mendapatkan seks secara halal atau tidak halal. Kamu akan kembali berfikir tentang seks, seks, seks dan seks sepanjang hari, walaupun sudah melibatkan diri dengan hubungan badaniah.

Kesemua ciri ciri di atas tidak dapat dihuraikan oleh orang luar hanya kamu sendiri. Orang luar mungkin hanya tertawa dan menganggap kamu sengaja melawak secara lucah sahaja. Kamu lebih mengerti kedudukan diri kamu.

Nynphomania boleh mengakibatkan gangguan pada diri, orang lain, perilaku perilaku yang tidak masuk akal, tekanan berat dan hal hal negatif yang lain. SEBAIKnya dapatkan rawatan dan berusaha untuk pulih tanpa ada rasa malu.

Regina Ibrahim
Artis Holistik Pulau Pinang.


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now