BERBAIK BAIK DENGAN DIRI

36 4 0
                                    


Bunyinya pelik. Awat selama ini aku tak baik lagikah?

Mari sama sama kita perhatikan fenomena ini, kegagalan, kesesalan, acuh tidak acuh kita selama ini pada diri. Manusia akan jadi tidak damai apabila mereka kerap membenci pada diri sendiri. Ada sahaja tidak puas dalam hidup. Kerap membandingkan diri dengan orang sekeliling dan mula melihat diri sebagai loser? tidak guna hidup? gagal? dan macam macam makian buat diri. Kasihan... peluang hidup ini kamu sia sia separuh usia membenci diri dan tertanya tanya erti bahagia. Sudahlah kamu salah konsep dengan menganggap $$$ dan kekasih adalah punca kebahagiaan.

Kita fikir kita sudah cukup mengenali diri selama ini, demi menjadi sahabat pada diri sendiri kita seharusnya berbaik baik dengan diri. Menghormati diri, memberikan diri yang terbaik bukan hanya dari segi material malah tahap emosional yang tenang dan stabil.

1. Peruntukan WAKTU buat diri: Cari jalan atau curi masa untuk diri sendiri bagi melakukan aktiviti yang mambawa kegembiraan. Apa apa sahaja mungkin menulis diary? Jurnal? Melukis? mencuba resepi baru? Mendengar lagu lagu baru, apa apa sahaja ruang bahagia hanya untuk diri.

2. IKTIRAF diri sendiri: Bagaimana? tidakkah nanti dituduh mental? Selalunya pujian dan pengiktirafan diberikan oleh orang. Jangan silap, kamu juga boleh berbicara pada diri dan memuji diri dalam setiap pencapaian yang sudah kamu lakukan. Tidak kira pujian pada hal hal yang kecil atau besar. Mungkin sudah berjaya menamatkan tugasan? Mungkin kamu sudah ikhlas menderma apa apa pada yang memerlukan? Senyum sambil dalam hati memuji diri. 

tidak perlu diwar warkan di media sosial. Asalkan kamu sendiri tahu, sudah memadai.

3. Pupuk BELAan diri dari dalam: Kamu tahukan apa itu kata hati? Kata hati yang sering mempertikaikan, ada yang menggelarnya sebagai suara dalaman atau pengkiritik dalaman. Belaan pula ada di minda fikir kamu. Kedua duanya harus bergabung untuk suatu pencapaian yang tepat. Ini adalah amalan/latihan yang dilakukan dalam tempoh masa yang lama. Ingat kata hati dan kata fikir harus mencapai keselarasan.

4. Memaafkan diri: Semua orang melakukan kesilapan. Kamu tidak terlepas, bingkas bangun dan pastikan kamu mahu berubah menjadi lebih baik. Cepat cepat maafkan diri, ingat pembuktian dalam hidup adalah untuk diri sendiri, bukan orang lain. Hal hal hilang kesempatan, perilaku yang tidak kamu banggakan, membuka peluang dipergunakan orang, gagal mencapai matlamat yang kamu impikan. Semua itu boleh diatasi asal saja kamu mahu memaafkan diri dan berubah.

5. Jaga diri sebaik baiknya: Dimulakan dengan tahap kesihatan yang baik. Pantau apa yang kamu makan, adakah diet kamu seimbang? Perlukah kamu menolak tawaran tawaran yang kamu tidak mampu? Jaga penampilan diri dan sering berolahraga demi kesihatan. Semua itu dilakukan dengan sifat yang peka, mahu sihat dan cergas. Sihat dan cergas ada janji yang sangat mutlak dalam hidup.

6. Hormati diri: Apakah nilai hidup kamu? Adakah kamu terlalu lemah membenarkan orang lain menilai cara hidup kamu? Adakah kamu terlalu lemah sehinggakan segalanya ditentukan oleh orang lain? Diri harus kekal dihormati, oleh diri sendiri kalau sekalipun orang lain tidak mengerti.

mematuhi segala perjanjian yang dibuat untuk diri juga adalah proses menghormati diri. Mempercayai diri, berfikir selaras diri, mempunyai pendapat sendiri yang bernas, membuat keputusan dan tidak membanding bandingkan diri dengan orang lain.

7. BELAIAN buat diri: kalau mampu apasalahnya? Sekiranya ada hal hal materi yang kamu impikan jadikan ia sebagai hadiah buat diri. Kalau mahal kamu tahu ada caranya, mungkin berusaha dan menabung. Tidak perlulah kamu menggadaikan diri dan maruah supaya dapat dari hasil orang lain. Hadiah dari diri untuk diri sendiri adalah lebih bermakna.

8. SENANG senangkan diri: Hal yang tidak indah sudah terjadi. Pertengkaran di tempat kerja atau projek yang gagal mungkin juga hal hal lain yang ditolak/dikutuk/dilecehkan. Lupakan. Proses melupakan itu adalah atas kekuatan kamu sendiri. Lupakan seketika...

Pujuk diri dengan kenikmatan hidup. Mungkin merendam diri di kamar mandi dengan wangian wangian penenang, rutin kecantikan badan, baring baring damai dengan bau lilin yang segar atau apa saja....mungkin dengan iringan muzik kegemaran kamu.

Lagipun kamu lebih kenal siapa diri kamu bukan? Buat apa disukarkan lagi?

9. Harus ingat kamu manusia yang berKUALITI: mungkin tidak secantik bintang bintang terkenal, tapi kamu dengan kuasa Tuhan pasti ada kualiti kuliti baik yang lain, kuku yang cantik? Rambut lebat menggurai? kesihatan yang baik? Kamu lebih bijak dari orang lain dan digemari ramai dan mudah berkawan kerana sense of humor yang mahal. Nah, belai kualiti kualiti tersebut. Kenangkan semua hal hal positif yang jadi milik kamu.

10. Angkat diri kembali: Apabila kita jatuh/gagal, membuat kesilapan kita ada dua peluang... terus merana? atau memangkin diri kembali. Kamu mahu pilih yang mana satu? Orang yang baik buat diri akan memilih bingkas bangus semula dan mau terus melangkah. Katakan itu semua adalah lumrah dan tidak akan kamu ulangi, anggap saja sebagai dugaan hidup dan esok kamu akan jadi lebih baik.

11. Aku CUKUP bukan KURANG: Manusia yang kurang matang akan selalu memikirkan rasa serba kekurangan. Perasaan aku berkurangan harus berhenti. katakan pada diri...setakat ini aku cukup sebagai diri aku, aku ada nilai tersendiri, aku berhak untuk bahagia, aku berhak untuk memiliki segala yang aku mahu. Aku akan terus berusaha. Kalau gagal sekali pun aku tidak seteruk mana, kerana aku manusia yang cukup!

12. Hargai Mimpi kamu: orang yang menghargai dan menghormati diri akan tentunya baik pada diri sendiri. Mereka tidak akan memperlekehkan impian yang dianggap impian mat jenin, tidak masuk akal atau hanya sekedar fantasi. Semua impian ini sekiranya kamu baik pada diri akan dijadikan sebagai matlamat hidup dan terus berusaha.

13. Mencari titik harmoni antara penerimaan dan berusaha: Sebahagian besar dari proses berbaik dengan diri adalah dengan mengenal pasti potensi diri. Kamu di tahap ini sudah tahu apa yang kamu mahu dan mampu seraya berusaha terus. Ingat, rasa tidak puas hati pada diri dan keberadaan kamu juga pencapaian peribadi boleh dianggap sebagai tidak berbaik baik pada diri..

cari titik harmoni dengan bersyukur dengan diri, sementara berusaha untuk jadi lebih baik dari waktu ke waktu.

14. Hentikan usaha mahu jadi sempurna: Tahap piawa sempurna mustahil kalau di tetapkan pada diri samalah seperti jalan menuju kegagalan dan kemurungan. Kesempurnaan tidak akan dicapai. Kita ini sebagai manusia ada saja celanya banyak atau sedikit. Fikirkan apa sahaja yang mudah dicapai bukan hal hal tidak masuk akal dan menyalahkan diri nanti.

Baik pulih diri pelan pelan biarpun lambat berbanding orang lain. Itu lebih afdal.

15. Curahkan pada diri kasih sayang/belas kasihan: Bagaimana agaknya ya? Teknik terbaik adalah membayangkan belas kasihan pada orang tersayang yang kamu rasa sudah dikecewakan/terluka. 

Apa agaknya akan kamu katakan padanya? Bagaimana merawatnya? Bagaimana mahu menyakinkan dia? Bagaimana mahu membuat dia merasa dipedulikan dan dicintai? Nah, inilah hal yang sama yang akan kamu lakukan pada sekiranya kamu berbaik baik dengan diri. 

16. Percaya pada diri: kita tentulah mahukan yang terbaik buat diri. Demi pencapaian terbaik, kamu harus percaya pada diri. Percaya pada kebolehan diri dan tahu menilai tahap peribadi. Puji diri kamu dan percaya pada diri.

17. Terima diri: Terimalah diri seadanya. Kamu ada kekuatan dan kamu juga pastinya ada kelemahan. Ada waktu berjaya, ada waktu kamu gagal. Ada waktu kamu benar dan ada waktunya kamu salah. Benarkan diri menjadi diri yang penuh!

KESIMPULAN:

sebenarnya ada seorang sahaja di dunia ini yang hubungannya tidak pernah putus dengan kamu, dia adalah diri kamu sendiri. Atas dasar itu, kamu seharusnya memastikan kamu dan diri kamu itu berada dalam suasana yang harmoni, dengan menjadi baik pada diri. Tentu sekali hal hal amalan sebegini tidak mampu kamu amalkan dalam tempoh sehari dua...tapi pastinya lebih baik sekiranya langkah langkah di atas kamu mulakan sebaik sahaja kamu sedar bahawa BERBAIK BAIK DENGAN DIRI adalah amat penting.


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now