Tak kata kat depalah ya....
Kita pun pernah melalui fasa cinta yang konon kononnya hebat.
NASI LEMAK BUAH BIDARA, SAYANG SELASIH HAMBA LURUTKAN
TINGGAL EMAK TINGGALKAN SAUDARA, KERANA KASIH HAMBA TURUTKAN
Maka dengan itu jadilah kita hamba pada cinta. Bergelora jiwa memikirkan tentang hubungan yang romantis,sayang menyayang dan cinta dikenang. Ada yang sampai tua berkerlipan mata berkisah tentang cinta. Ada sajalah puji pujian dan laluan yang harus dilalui seperti dalam filem filem cinta hebat.
"Oh! You look so radiant gal! are you in love?" kata watak pembantu yang berwajah biasa
Tersipu sipu malu si heroein dan muzik pun bergema. Kita turut merasa kesan magik ciptaan tersebut.
Penulis juga suatu ketika sewaktu muda remaja ternanti nanti saat itu.
Tidak pernah bersendirian sejak usia 15 tahun, ada saja jejaka yang melekat di hati. Ada yang main main, ada yang possessif dan menakutkan. Ada yang sememangnya romantik palsu. Selaras dengan kematangan dan pemahaman tentang rentak lapis manusia. Segala itu dilihat sebagai lucu lucu sahaja. Tarikan lelaki dan wanita, yang entah jadi entah tidak.
Wanita yang nakal, mudah hidupnya. Tarikan itu akan tamat di katil dan menjadi ukuran samada perlu diteruskan lagi atau tamat di situ sahaja. Wanita yang suci itu yang kita kasihankan. Dia harus berserah pada nasib dan takdir.
Marah si romantis kalau kita katakan cinta dan seks itu saling menggabung.
"Gila hang...hang ingat aku jenih gila seks ka?"
Kata kata penyedap sewaktu jatuh cinta, bagi yang sudah mengetahui apa itu sebenarnya hubungan manusia dan manusia akan berbunyi seperti lawak jenaka.
'Hanya engkaulah pelita hati aku...hanya engkaulah sinar dalam hidupku'
Amboi bukan main..kalau hati sudah suka.
Penulis masih percaya adanya cinta yang sejati. Cinta yang dilayari dengan penuh bijaksana dan tanggungjawab. Ianya sesuatu yang tentunya indah hadir dari usahasama ke dua dua manusia tersebut. Rasa mahu berkongsi, bermesra dan menjalin tanpa ada syarat syarat lain adalah sangat murni abadi. Mana mau cari?
Masuk ke dunia manusia yang lain dengan menetapkan syarat syarat. Syarat syarat 'selfish' penting diri.
1. nak kawin dengan i kena pakai tudung
2. i itu dan i ini...you boleh terima okay, tak boleh terima nampaknya tiada arahlah?
3. masing masing akan cuba menangani masalah masing masing, merungut bukan pada kekasih tapi pada teman teman terdekat. Masih mahu lagi meneruskan, walaupun tidak mampu mematuhi syarat syarat yang direka cipta. Pelik?
Tidak habis 3 hari 3 malam kalau kita mahu berkisah tentang cinta antara manusia dan manusia.
1. cemburu
2. rindu
3. marah dan pergaduhan
4. pembunuhan akibat terlalu menyintai
5. berdiam diri kerana fobia pada cinta.
Dilihat kembali ke semuanya, terasa seperti laluan nikmat, dugaan, pembelajaran dan kesempatan kurniaah Yang Maha Esa pada manusia. Beruntung mereka yang sudah pernah melalui dan sedang melaluinya. Namun ada yang akan menelan air liur seumur hidup atau menggeluarkan belanja yang banyak demi mahu berada dalam dunia cinta. So sad....
"kalau hati sudak berkenan, rupa paras tak jadi ukuran"
kata kata klise orang yang mahu bercinta. Penulis jarang mahu berbicara soal cinta, kerana takut mengguris hati orang, tambah tambah lagi si Romantik Freak - dia ada saja alasan. Pernah juga dimarahi apabila mengatakan kebanyakkan buku buku cinta romantis ditulis oleh wanita wanita dan lelaki kurang berfizikal menarik. Hasilnya kita membeli khayalan mereka sahaja. Entah ya entah tidak Wallahualam! Mulut celupar penulis dalam hal ini harus dikawal.
Di usia emas ini apa yang dirasakan wajar adalah bersifat realistik dalam mengharapkan cinta dalam hidup. Bijak pandai mengatakan Cinta itu LUAS. lalu dilampirkan pelbagai kata kata besar yang membuatkan si pemburu cinta lelaki/wanita menjadi bosan. Dia mahukan skenario seperti dalam filem filem, bukan deskripsi cinta sesama manusia yang membosankan dan tidak berbaloi (menurut mereka) itu.
"Oh! So sweet...." ungkapan apabila melihat gambar gambar romantis di media sosial. Gambaran pasangan tua yang kelihatan bercinta selamanya. Gambaran dua pasangan jelita tampan tetap manis itu adalah normal. Jarang mereka mahu menilai apakah dugaan orang orang yang sedang membina jambatan cinta. Jantan tidak tahu ada yang keluar dari pencaria/usaha ini dan tidak mahu lagi ada apa apa hubungan dengan rasa cinta. Ada juga yang tidak pernah serik serik, "love...being in love gives me inspiration to lead life"
Memang benar perilaku manusia ada waktunya memberi tarikan semasa. Wow...alangkah bagusnya kalau dia menjadi suami aku...tampannya. Mendambakan pelakon atau personaliti yang kita minat. Mana tahu kalau dapat bercinta dengan mereka. Lucu!
Senang cakap, bezakan antara NAFSU dan CINTA. Tidak perlu berusaha keras untuk menawan cinta sehingga kamu hilang diri. Memenatkan sebenarnya melihat ramai yang keluar dari kepungan cinta palsu setelah bertahun cuba membina cinta. Hidup masih dinaugi oleh JODOH DAN TAKDIR. Itupun belum tentuk KEKAL.
Tidak pula penulis mahu bersifat klise potong stim menyarankan kamu menyintai Pencipta Yang Esa. itu semua orang yang sedar tahu. Cinta itu sepatutnya:
1. menjadikan kamu manusia yang lebih baik dan bertanggungjawab
2. pasangan akan kekal menerima kamu seadanya. Tidak dipergunakan.
3. tidak pula kita terjun dalam dunia cinta dan mahu MEROBAH hidup pasangan
4. ini bukan waktu memberi kata dua. Tindakan adalah kekal masing masing
5. Sokongan untuk menjadi manusia yang lebih baik dari setiap pasangan.
6. saling bantu membantu, tanpa kebergantungan maksimal sebagai tanda cinta
7. Bahagia setiap kali bersama (tidak ada tekanan perasaan di situ)
8. tidak ada ugutan ugutan termasuk ugutan kewangan, darjat atau pangkat.
9. Hati akan tetap berdebar, walau hanya mendengar namanya sahaja
10. Dalam apa apa hal, waktu mengenali diri masing masing, menjadi semakin terpikat itu penting. Dia jatuh di tempat pertama.
Apa kamu mampu untuk bercinta lagi????
'CINTA ITU SATU PENGORBANAN!' ungkap si debab muka berminyak sewaktu menulis novel cinta.
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...