Alhamdulilah sudah siap diluncurkan pada 4hb Jun 2016 di Publika. Peluncuran yang sederhana itu sangat mengesankan di hati mama. Gerak Budaya awal awal lagi sudah menyusun Justice For Sister untuk menggendalikan peluncuran tersebut, kebetulan ada kisah Justice for Sisters dalam bab kisah HUSSAIN dalam antoloji tersebut.
Ada banyak sebab kenapa mama merasa lega.
1. semua kisah kisah kekeliruan itu mama kumpulkan selama setahun. Ada waktunya mama menangis sewaktu menulis kerana membuka pekung di dada (walaupun bukan kisah sendiri)
2. mama mahu isu isu transwoman tamat dengan damai. Supaya mama boleh bertumpu pada karya sastera yang lebih berat dan mendunia selaras usia mama.
3. buku ini akan memberi gambaran sebenar tentang SOGIE dan khilaf khilaf manusia tidak kira jantina apa mereka sekali dalam dunia Transwoman.
4. urusan pencetakan dan penerbitan menjadi mudah kerana Nine dan Charles dari Gerak Budaya sangat menyokong proses dari awal lagi, memilih font tajuk, gambar kulit yang hitam putih sahaja, setelah ditolak oleh penerbit indie. (mereka mungkin tidak tahu ini buku penting).
5. Hani Suraya mengedit dengan pantas kerana dia sudah tahu stail mama...
6. Buku ini akan mama gunakan untuk sebarang majlis diskusi dengan pelajar pelajar universiti dan jabatan jabatan kerajaan kalau mereka mahu secara terus terang.
7. Ada koleksi kisah yang berbentuk sastera, ada yang santai dan ada yang memberikan gambaran resah hati para maknyah, ibubapa dan tidak faham para cisgender.
8. Ada banyak rahsia terselindung dalam buku ini sebenarnya.
Buat sementara waktu buku ini boleh didapatkan dari kedai Gerak Budaya Petaling Jaya. atau dipesan melalui online purchasing gbgerakbudaya.com
BLURB
Manusia hidup saling menyaling. Advokasi demi advokasi kita masih didampingi kekeliruan. Salah faham, kurang pengertian, ugutan duniawi dan penafian berpanjangan. Ada waktunya hati menjadi sangat luka kecewa dengan sifat sifat manusia pemegang kunci syurga.
Ini belum lagi digabung dengan khilaf khilaf para Maknyah/Transeksual/Transwoman dalam melayari kehidupan mereka. Antologi Yang Lebih Duka Dari Suka, tampil tanpa niat mahu mendewa dewakan para Maknyah Malaysia. Gabungan kisah fiksyen yang hampir benar dalam buku ini ada terselindung kisah dan pengajaran secara tidak langsung memohon jalan tengah yang kita gelar Toleransi, kerana kita semua mengerti Penerimaan itu adalah hak peribadi yang sangat berat sesama manusia.
Manusia mana yang tidak mimpikan bahagia? Kamu, aku dan dia masing masing mencari ruang untuk bernafas lega di dunia ini. Perjuangan Maknyah untuk ikut serta menjalar dunia ini tidak harus dipandang ringan dan remeh, mereka juga ada fungsinya apabila diciptakan olehNYA.
Hatta, Maknyah di mana mana ceruk dunia ini tidak pernah memohon HAK ISTIMEWA, mereka tentunya akan menghargai HAK SAMA RATA.
Lebih dari setahun mama berkongsi petikan petikan hasil kerja ini di wattpad secara ringkas dan tidak tamat. Kini kamu boleh mendapatkannya secara TOTAL.
Mama merasa sangat bahagia.....
YOU ARE READING
CONVERSATION
CasualeConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...