Popular culture or pop culture is the entirety of ideas, perspectives, attitudes, images, and other phenomena that are within the mainstream of a given culture, especially Western culture of the early to mid 20th century and the emerging global mainstream of the late 20th and early 21st century.
Budaya popular atau budaya POP adalah keseluruhan gabungan idea, perspektif, sifat, imej dan fenomena lain yang dirangkumi oleh arus perdana pada sesuatu budaya, terutamanya hal hal budaya barat awal pertengahan abad 20 dan kemunculan arus perdana dunia lewat abad 20 dan pemulaan abad 21.
Masing masing kita suka ataupun tidak akan terlibat dengan budaya pop; yang membezakan kita hanyalah kedekatan dan bagaimana bijaknya kita mempengaruhi semua ini, tanpa tampil bodo bodo menelan segalanya, menelan apa saja. Harus ingat, budaya pop itu bukanlah hanya artis picisan yang bajunya berkerdipan dengan wajah jelita sahaja, ianya merangkumi segala segmen hidup manusia sehari hari.
Masing masing mahu ikut serta samada menjadi tukang beli, tukang tawar, tukang manipulasi atau tukang melobi demi ekonomi dan perniagaan. Politik juga ada unsur unsur budaya POP ini, fikirkan Khairy Jamaludin dan langkah langkah sejak awal hingga kini. (itu hanya contoh). Budaya POP dijalankan oleh manusia terhadap manusia, demi kepentingan masing masing.
1. Hiburan semata mata (kosong tanpa isi)
2. mencari pengikut demi kepuasan manusiawi
3. mahu menjana keuntungan sementara boleh
4. mendidik masyarakat supaya lebih progresif ke depan
5. Perhatian Peka (awareness) pada isu isu tertentu.
Bermula dari niat niat itu maka timbul pula bentuk cari makan yang menjadi profession/kerjaya sehingga terlupa kerana terlalu taksub. Begitu juga dengan peminat yang taksubnya jadi bukan main lagi, seolah olah itu adalah tugasan mereka. (bayangkan peminat peminat RATU dari negara filipina yang menakutkan itu). Sifat sifat ini dibaca molek oleh para manipulasi dan dipergunakan sebaik baiknya untuk menjana keuntungan.
Penjualan budaya pop di sesetengah negara di Asia sangat menakutkan sebenarnya. Tapi bagus, biar ada yang lalai, biar mereka lalai separuh mati, yang sedar akan mula mendaki kehidupan sebenar. Penulis berdoa agar ini tidak terjadi di Malaysia.
Kalau dahulu kita hanya melihat sepintas sahaja bahawa budaya pop itu adalah hiburan pentas dan para artis artis kelip kelap, menjelang dunia baru ianya semakin meluas bukan sahaja dunia filem, muzik, televisyen, sukan, berita, politik, fesyen dan teknoloji. Slanga baru juga merupakan budaya pop tidak kira di barat atau di timur. Pengenalan pada dialek dialek baru yang itu juga masuk kategori budaya pop. (terma terma Masyuk, Hanat, Meletop, BFF dan lain lain lagi termasuk yang lucah adalah budaya pop).
Jangan kata kamu tidak terlibat dalam budaya pop kerana kamu manusia yang membosankan. Kamu ahli akademik kononnya... salah tu. Cuba kamu lihat menu budaya pop sedia ada kamu. Pilihan lagu kamu, media internet pilihan kamu, talipon pintar kamu, filem filem pilihan kamu, siri televisyen dan lain lain lagi sudah menjurus pada Budaya Pop. Telefon pintar kamu itu sendiri adalah antara budaya pop yang hebat!
Oh Tidak, saya tidak suka pada hal hal yang melalaikan. Apa yang lalai? Lalai atau tidak adalah atas diri kita sendiri sebenarnya. Media media besar yang berkuasa, di mana mana sahaja mahu menjana keuntungan. Mereka akan menggesan apa dia bentuk kemahuan kamu? bagaimana mahu menggoda kamu? Apa yang akan membuat kamu jadi taksub gila babi. Seperti yang sedang berlaku di negara negara asia. Berikan mereka GegarVanza, Gosip terbaru artis, skandal sesiapa sahaja. Itu semua sumber wang masuk. Kita pula jadi kepoh mahu ikut serta berbalah pada hal hal kosong mereka. Apakah kamu adil pada diri apabila sudah menyertai Budaya Pop ini?
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...