2 WANITA

68 3 0
                                    

DUA WANITA

Kedua mereka ini mempunyai personaliti berbeza, mereka kawan rapat dan saling menghormati. Saya kebetulan mempunyai waktu untuk duduk bersama mereka dan bertanya beberapa soalan. Seperti biasa ini adalah kenyataan dari mulut mereka sendiri, tidak diedit kerana penulis mahu pembaca mengambarkan serba sedikit perbualan yang penulis rakamkan dengan pita rakaman.. Nama mereka juga telah penulis tukar demi menjaga kepentingan masing masing.

"Okay Rita and Marlia, it's a rare opportunity for me to interview both of you, thank you in advance"

BAGAIMANA KAMU GAMBARKAN PERSAHABATAN KAMU.

Rita: saya seorang yang sangat terbuka. Dia kawan saya sejak sekolah menengah, kami berkongsi banyak hal bersama. Hal hal wanita dan juga hal hal cinta pun ada, tapi dululah masa dia masih single. Hal hal remeh pun ada kami kongsi sehingga kini.

Marlia: masuk sekolah menengah saya jadi pemilih, saya selesa dengan Rita, kami rapat, lagipun saya tidak ada adik perempuan. Dia memenuh ruang tersebut. Dengan Rita senang, saya boleh buka cerita apa saja. Dia pendengar yang baik dan tidak prejudis.

SORANG BERTUDUNG DAN SORANG MASIH FREE HAIR? TIADA TEKANAN SESAMA?

Rita: owh tak kot, 'infact I think Marlia is a better muslim than me, even she is with free hair.' Takda tekanan apa apalah. Ada dua tiga kali saya tanya dia bila ragu ragu tentang hal agama. She is good in that department, trust me! Dia pun tahu konsep hidup saya yang kuat pendirian dan takut pada tuhan. Tiada sebab saya harus seret dia sekali untuk bertudung seperti saya. Tapi saya berdoalah agar dia terbuka hati, saya tidak percaya benda paksa paksa ni. Saya masih sama, dia masih orang yang sama. Tiada sebab saya jadi orang lain hanya kerana saya betudung.

Marlia: kami dulu gila fesyen. Kamu kena tengok gambar lama kami, sakan ya. Kami saling menasihati, kadang kadang buat "dress swapping" sesama kami. That was so much fun, yang mula mula sekali dapat berita yang Rita nak bertudung sayalah. Kami rapat sampai macam tu. Ada saya tanya dia, you betul betul atau terpengaruh dengan drama drama melayu dalam tv? kita pun fahamkan, ada orang pelik hidup, kejap dia pakai kejap dia buka. Tapi dia jawab bukan tudung tudung macam tu, dia nak pakai yang biasa biasa saja. Jubbah dan tudung labuh atau kurung dan tudung biasa saja. Saya kata okaylah, kenapa tidak, benda baik dan dia pun faham konsep bertudung. Satu hari kalau terbuka hati, sayapun akan memakai tudung yang sama macam tu. Tak maulah belit belit sana sini.

Have you girls heard story of Mek Na, a lady from Kelantan? I saw her in Kl wearing shorts. And she easily said to me, "alah biasalah! Kl you". Split images.

Mereka berdua tertawa serentak.

PERNAH DITUDUH PASANGAN LESBIAN?

Rita: hehhehehe yeah dulu, heran, apa yang lesbiannya kami saya tak tahu. Rasa macam lucu.

Marlia: ya pernah sampai gaduh gaduh masa form five, kerana tuduhan tersebut. Even Zamri tunangan saya pun ada tanya, kerana kami sering berhubung. The core thing mereka tak tahu kami macam adik beradik. Zamri syak kami ada apa apa, dia sekolah di Amerika, dia tahu hal hal ini memang ujud. I malaslah melayan, I ketawa sajalah, apa nak takut kita masih sukakan lelakilah.

PANDANGAN KAMU TERHADAP LELAKI.

Rita: owh kami dulu suka pada this boys band. In Sync, konon konon tak padanglah lelaki melayu. Budak budak lagi masa tu...otak cetek. But sincerely, memanglah kami dua siap nak pergi belajar kat overseas and nak tinggal sana, kawin dengan mat salleh. I sempat kawan dengan dua tiga Mat Salleh masa kerja di Singapore. Tak boleh pi lah...lifestyle dia, makanan dia dan konsep hidup tak bolehlah. So I am back to square onelah. I am with this one Malay guy now, nak tengoklah how far dia boleh handle I. I taknaklah prejudis mengatakan lelaki malayu ni lekeh atau laeh, no, some of them are really eastablished in term of thinking and visualizing life, I susah sikit, lelaki bodoh bodoh I tak minat, I want a man who is smart enough to lead. No need to argue about Pork Chop and alcohol. I jenis boleh hidup sendiri, jadi I taklah terhegeh hegeh mencari jantan. Semoga tuhan temukan yang baik baik.

Marlia: I dah ada Zamri. So far he is the bestlah. I pernah kawan dengan dua tiga lelaki lain. I tak boleh terimalah cara mereka. Ada yang tried very hard tau, nak impress I. Mungkin depa tengok I ni barat sikit bila pakai pakai bajukan, ada yang nak makan I terus pun ada. Ada sorang tu hampir I nak kawin dah, very romantic, last last sekali I found out dia bi seksual. I pun tak tau, dialah kata dia bi seksual. I punya googlelah hal hal bi sexual, nampak macam macam, bukan ilmu yang I dapat, tapi ketakutan. Ritalah bagi solution kat I, dia kata Marlia, why work so hard on this? Move on with your life. Ada I terserempak hari tu kat KLCC. Makin lembik I nampak, tapi I buat cool saja. We are still friendlah gitu.

Zamri? Senang saja, dia anak kawan mak i. jumpa masa kenduri. Parents susunlah.We had a date and it's easier, Zamri got home from America, he speaks good English and communication became clearer. I just need that, I tak suka drama drama dalam hidup. Zamri pandai melawak I suka, dia lelaki yang relax dan tidak gabra atau pemarah, lagilah I suka. 6 footer, mana nak cari lelaki melayu 6 footer? Bertunanglah kami...next year kawin. Dia muda dari I dua tahun tau!

APA PANDANGAN KAMU BERDUA TENTANG POLIGAMI?

Rita: I tak mampu nak telan semua ni, jadi I tak mau cakap banyak. Of course I read a lot on this issues, religious side, feminist side and some small articles on it. I prefer to be on my own if you ask me about committing polygamy. Call me selfish or not wanting to help my own sex community, who is helping whom here? I tak boleh, I cepat panas sembang hal ni.

Marlia: almost the same dengan Rita, I tak nampak jalan dalam poligami. I bukan tamak, I tak tau nak deal macamana. Satu sifat I, kalau haru haru jiwa, I might as well move away, I nak deal dengan dunia, tuhan dan kehidupan secara aman. OWC is not what I adore, sorry Katalah I ni moden ka, apa ka, I tak mau deal dengan benda tu. At all.

AKHIR SEKALI HARAPAN KAMU PADA GADIS GADIS DAN WANITA LAIN SECARA RINGKAS.

Rita: I takmaulah cliché sangat. Wanita harus bergerak semestinya. Senjata mereka buat masa ini adalah Ilmu, gather it as much as you can. Not to overrule man, just not to be fooled by anyone and one more thing, berserah saja dalam hidup, tidak memberi apa apa makna.

Marlia: not every girl is lucky. Some really need helps. We have to break away this so called female attitude of pointing fingers and blaming, when we hardly understood the real situation. That applies to all gender, but female have this tendency to judge more that man I think. Education, education, education. Upon saying that it;s not academic wise alone ya. Itu semua orang boleh hafal dan buat, girls need to know how deep they can really see our complicated lives. Ubat putih, ubat kurus, ubat tahan lama, ubat macam macam, the target group? Kalau you tanya I, tentulah para wanita semua, I would say that female is the easiest target. Sebab apa? Sebab bodo. Wanting to please the opposite sex. Hey, you please yourself first la....

· Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka berdua. Dua wanita yang dikatakan wanita alaf baru. Mungkin anda pembaca boleh mendapat serba sedikit iktibar dari perbualan ini.



CONVERSATIONWhere stories live. Discover now