KITA, KITA DAN KITA

20 1 0
                                    


TIDAK KIRALAH APA JANTINA KITA, SELAGI KITA MANUSIA


SOALAN: Ada pendapat untuk elak diri rasa tak dihargai atau diperlukan?

JAWAPAN: Mula menilai diri. Memilih bentuk hubungan dengan manusia, setelah memilih jangan ada rasa pahit. Nikmati sebarang pergerakan hidup walau dalam kadar kecil. Harapan sesama manusia jangan diletak tinggi tinggi. Dekatkan dengan PENCIPTA mengikut ajaran agama kamu, mula faham sistem hidup seadanya. Semua ditelan dengan Redha.

Harus ingat juga, dugaan itu menjadikan HIDUP. Dugaan akan silih berganti, apalah erti hidup kalau tidak diduga???

Semoga kamu mula menikmati indahnya hidup yagn sering terlepas pandang.

"Hubungan sesama manusia itu terbina atas Perasaan, bukan atas sebab atau pengetahuan. Bukan sains paduan, sama sahaja dengan hal hal kualiti  ciri ciri spiritual, ianya ada KEKABURAN dan KEHEBATANnya"

Manusia sememangnya kabur. Kekaburan itu dikongsikan dengan manusia lain yang dia berhubung. Bayangkan sekiranya kamu juga kabur, apa akan jadi pada pertembungan tersebut? Mulai hari ini, kalau kamu waras, kamu akan berkata: "saya hanya berhubung dengan yang pasti pasti sahaja, suka atau tidak".
Ada manisnya hubungan manusia yang sihat. Ini bukan hubungan badaniah (seks) sahaja. Hubungan yang telus, ikhlas dan penuh prihatin kasih sayang itu akan membuahkan rasa bahagia tidak terungkap. Teman yang memahami? Kawan yang lucu tapi padu? Keluarga yang sangat santai? Teman yang sering mahu dan mendoakan kamu lancar dalam hidup. Manusia PENTING DIRI kita sudah tolak awal awal lagi bukan?  

Kursus Pendek Manusiawi

1. aku akui aku silap...

2. Kau memang bagus, you did a good job

3. Kamu fikir bagaimana? Apa pendapat kamu?

4. Aku cintakan kamu, aku sayangkan kamu, ini yang membuatkan aku sayang kamu

5. TERIMA KASIH ya....

6. KITA... ya kita akan laksanakan bersama, demi kebaikan kita

7. PALING JELEK: Aku ni, aku tu, aku nak... aku kalau boleh, aku itu dan ini.

Di atas adalah antara kualiti kualiti manusia yang kita terlepas pandang . Samada kita akui atau tidak. 

Kita adakalanya dalam tingkah BERSAHAJA terlupa, adakah kita penting diri? adakah kita bersopan dalam hubungan manusia manusia? adakah kita anggap diri kita hebat dan tidak perlu bersopan menghormati entiti yang lain? 

Kita sudah berbicara tentang hal EGO yang subjektif luas itu, kali ini dirungkaikan mudah... adakah kita ini murah hati memuji? mengakui kesilapan? memohon maaf? terbuka pada pendapat orang? kita kekok mempamirkan rasa kasih kita? terlupa berterima kasih? Tidak ada ruang untuk oramg lain, kerana awal awal lagi mengatakan mereka itu menyusahkan? Adakah segalanya berpusar pada kisah aku, aku, aku dan diriku??

Waktu untuk kita merenung kembali sayang!

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now