BOMOH

73 4 0
                                    

MAMA GINA BOMOH

"Mailah masuk. Awat ni, awat nampak berat sangat?"

Kalau tidak berat dia tidak akan berusaha untuk mencari bantuan bukan?

"Ni balik malam tak menentu ni...ada benda hinggap, tapi tak teruk lagilah,"

Setelah berbual awal dengan si mangsa tentang hal hal biasa..Kerjaya, latar belakang, kawasan tempat tinggal...

"Kalau yang pakai tujuh bunga, tujuh ayaq telaga surau, susah sikit, mahailah sikit sebab nak kena suruh orang pi cari...."

Dolak dalik tentang tahap desperado kamu...untuk bayaran yang lebih.

Dan pelbagai teknik teknik halus psikologi yang boleh diaplikasikan pada manusia yang memerlukan bantuan.''

"Allahai, kita sesama manusia ni, mama tolong saja, syarat dia cuma 25.80 sen saja...kita usahalah ya..." kata mama penuh merendah diri.

Mama sudah berjanji, apabila memasuki usia 55 nanti (tanpa sebarang pembedahan wajah) wajah akan lebih menyakinkan waktu usia itu, maka mama akan menjadi bomoh. Sekarang juga mama sudah boleh membaca wajah manusia, mama boleh menilik insecurity mereka secara asas. Mama boleh menghafal dua tiga ayat (pantun traditional dan dua tiga ayat lazim). Pasti berbondong bonding akan datang menemui mama.

Apa yang mama perlukan adalah limau purut, stok bunga bungaan, guri/tempayan klasik dan colok colok juga jampi serapah bahasa istana Jawa (kamu tidak akan perasan kalau mama lagukan dengan salah pun!)

"ahhh...mesti yakin benda ni, kalau tak yakin tak jadi," kata mama berulang kali pada kamu.

Mama sudah sedia maklum tentang nafsu manusia. Mama akan nasihatkan kamu supaya menjaga diri, berdandan, bersabar atau melupakan saja impian lama dan membina impian baru. Mama akan mandikan kamu, pasti kamu akan lebih segar dengan bau bauan limau purut dan limau nipis. Bab mandi ni bayarannya lebih sedikit. Mama akan pura pura menyuruh kamu untuk mengumpul lebihan lebihan bunga dan kulit limau sendiri dan dimasukkan dalam plastik, penuh prihatin mama akan berpesan supaya kamu buang plastik tersebut dalam sungai atau parit yang airnya mengalir...supaya segala sial majal kamu dibawa arus dan kamu menjadi manusia yang baru.(mama sebenarnya malas mahu mengemas bilik air, mama mahu kamu lebih yakin).

Begitulah lebih kurang teknik mama nanti, merawat manusia manusia yang lemah semangat, lemah akal fikir, terlalu berserah dan kurang faham tentang susunan Ilahi dalam hidup. Mudah bukan?

Tetapi ada orang yang lebih dasyat dari mama tau...yang menjadi heran masih ada lagi mereka yang percaya. Manusia masih dengan sifat rakus dan tamak mereka, mahu kaya, mahu disayangi, mahu dibelai, mahu menjadi kepala hidang dalam hidup. USAHA secara peribadi mereka malas, mendalami kata REDHA mereka tidak tahu, itu yang membuka peluang selebar lebarnya untuk manusia bomoh yang lain.

Si penilik nasib yang kelihatan daif itu, kalaulah benar dia boleh meramal, kenapa dia masih dalam keadaan daif begitu juga selama ini? Tidakkah kamu mahu berfikir?

Kenapa mereka kerap berbicara samar samar pada kamu? Suatu hari nanti ada orang yang akan kamu ketemui. Ada orang meminati kamu tapi ada halangan. Ada benda mengganggu diri kamu hingga tidak boleh tidur. Makan telur setiap pagi dengan garam jampi yang mama berikan ini. Apa apa saja vulnerabaliti manusia akan terbit apabila kita bergantung pada orang...apa ini semua?

Kamu masih percaya pada mama?


CONVERSATIONWhere stories live. Discover now