SENDIRI SENDIRI SEPI

39 1 2
                                    


"loneliness is a disease that we need to cure," kata Mother Theresa.

Ramai yang mengeluh SUNYI apabila bersendirian. Kita yang mendengar menjadi terkebil kebil kerana kira berada di dalam lingkungan dirinya. Dia mungkin secara tidak sedar hanya mengungkapkan kisah dirinya yang sepi tanpa teman untuk bercumbu dan bercanda. Kalau benarlah dia telus, ayuh mari kita berbual bual, memasak atau bersukan bersama.

Inilah antara sakit manusia, hinggakan mereka terburu buru mengambil keputusan yang silap dan sesalannya memakan tahun untuk pulih, lebih menyedihkan ada luka akibat tindakan dari rasa sepi itu tidak pulih hingga ke liang lahat.

SEPI ITU INDAH... kata mereka yang sudah melewati segala hiruk pikuk kehidupan di dunia ini. Kiranya mampu dia mahu bersendirian tanpa ada sesiapa agar dia mampu untuk berkarya dan melepaskan perasaannya tanpa ada gangguan, tanpa perlu menjawa soalan kenapa, mengapa dan bagaimana. Ya, ramai karyawan sifatnya begini. Orang jadi heran. Apatahlah buat yang mempunya susuk fizikal menawan, cantik atau tampan. Mereka menganggap ini sebagai gangguan... apabila dua tiga jiwa cuba untuk masuk ke daerah hidup mereka...Tidakkah mereka sepi? Tidak.... mereka lebih betah mencumbui hidup sendiri sendiri.

Bagaimana menangani kesepian? Tidak ada formula khusus. Namun sifir mudah hanyalah dengan keluar dan bertemu dengan orang atau khayalak yang sedia ada. Ringankan mulut menegur orang atau berani memulakan bicara tanpa perlu ada rasa malu sekelumitpun. Tidak bahagia juga? Kamu mungkin memerlukan teman seks sebenarnya...cuma malu menyuarakannya takut tercalar moral...

"Taklah, I hanya mahukan teman untuk berbual dan menemani I,"

Kenapa tidak himpunkan teman teman di hari hari terpilih? Ajak menonton kamu kata tidak ada filem yang baik, mahu ke kelab kamu bilang diri tidak sesuai lagi... diajar ke pasar malam 1001 alasan kamu berikan. Habis bagaimana? Membaca kamu jadi malas... jadi pelan pelan ingin disarankan kamu melihat dalam dalam...

Ya diri harus ditenung kalau kamu asyik merungut sendiri sepi dan bosan. Bagaimana boleh bosan dalam dunia yang semeriah ini? Diri mungkin mempunya daya menolak dan tidak terbuka pada hal hal baru... termasuk menemui manusia baru. Orang yang kamu selesa atau suka mungkin tidak ada waktu untuk kamu... entah entah dia tidak suka pada kehadiran kamu? Satu hal lagi yang harus kamu kaji...

Kita dilahirkan bersendirian... mati juga bersendirian. Bagus kalau itu falsafah kamu, tetapi jangan marah marah pada kemeriahan hidup orang dengan mencari alasan alasan moral mengatakan si polan tidak bermaruah atau tidak bermoral hanya kerana dia bijak mengubati sepi hidupnya. Sepi itu sangat subjek sifatnya... ada waktunya sepi membolehkan kita berfikir dengan tenang damai. Sepi juga bisa membuatkan kita bersangka jahat pada segala yang sudah wujud dalam hidup kita.

Bertuahlah pada mereka yang sentiasa ada cara untuk menangani kesepian.

"Zah, petang ni mari kita berjalan kaki di tepi pantai,"

"Datanglah petang ini I akan masak special makanan kegemaran You,"

"Ahh..buku baru, aku akan berbaring di taman dan menikmati setiap mukasurat,"

"You all lainlah... i orang tak suka, nasib I lah ya...," ungkap si negatif dengan suara meminta simpati pada dunia. Padahal dia adalah manusia yang membosankan. Setiapkali apabila berkumpulan dia akan penting diri, bersikap dominan, sentiasa membangkang dan ada saja hal hal yang tidak kena di mata dirinya. Nah rasakanlah kesepian akibat sifat diri....

Jika tidak mampu berkasih, cubalah mendekati saudara mara, mungkin juga aktif di pusat pusat komuniti membantu anak anak muda setempat. Layari medsos dan menjalinkan persahabatan tanpa mengira jantina. Kamu sudah dewasa untuk membezakan siapa atau apa yang sedang mengambil kesempatan. Dewasa juga untuk keluar sahaja dari kelompok yang membosankan. Jika ada kekasih, ianya jadi kisah yang lain pula bukan?

Oh! kekasih yang dominan dan mengongkong? Kesepiannya dialihkan dengan menumpukan pada kamu... sehingga sesak nafas. Apa kamu suka? Hmmm....

Jadi apa sebenarnya ubat kesepian dan bersendirian? cubalah untuk belajar menikmati hidup sendiri sendiri. 

"loneliness adds beauty on life. It burns on sunset and makes night air smell better," Henry Rollin.

Apa kata imbangkan hidup? Peratusan untuk sendiri sendiri dan bersama dengan orang di bahagikan mengikut kesukaan kamu? Setelah 8 jam berurusan dengan orang di tempat kerja, ahhh...sedapnya bersendirian tanpa gangguan. Tidur awal sambil berdoa untuk esok yang lebih ceria bahagia? Keluar bertemu teman teman untuk happy hours. Happy Hours itu bukanlah menogak bir semata mata... ia jauh dari itu.

Bukakan ruang diri, katakan bahawa kamu bersedia untuk menemui sesiapa sahaja, asalkan dia menarik dari segi rupa paras, perbualan, gaya badan bila berbicara, ketawa ketawa dan pulang dengan hati yang seronok dan berura ura mahu bertemu lagi nanti... 

Sebenarnya semakin kita berusia, semakin kita akan menilai erti sepi. Kita mahukan suasana yang nyaman tanpa ada hal hal remeh. Rumah yang dihidupkan dengan pencahayaan yang baik, musik yang santai senang ditelinga, menonton program yang kita suka dan macam macam lagi. Makan benarlah kesepian boleh diarahkan menjadi suasana DAMAI yang mahal harganya....

Kita ada pilihan dalam hidup ini, asalkan sahaja kita orang yang  memahami tentang manusia sedia ada... manusia bukankah macam macam? Yang menyenangkan akan tentu kekal menjadi kawan kamu... yang kurang enak, mungkin ditinggalkan begitu sahaja tanpa perlu kamu memberi alasan...

Kiranya kamu bertanya aku bagaimana? Tetaplah jawapannya bahawa SEGALANYA ATAS TUAN PUNYA TUBUH. Bagaimana dia mahu hidupnya dicorakkan? 

Tepuk dada tanya selera.

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now