PELUANG
CHANCES. OPPORTUNITIES. SPACES. At any given time has to be respected, apprieciated, embaraced full heartedly, rejected with the best solid reasons for the sake of human relations.
Dibuka, diberi, dicari, direka, dikurniakan. Dalam pelbagai nada manusia kita membicarakan perihal PELUANG. Jelasnya kita semua bergerak atas dasar Peluang. Ruang yang membenarkan kita mengagahi hidup sebelum menutup mata.
Kebijaksanaan manusia dan sifat mereka yang berlapis pula membawa pelbagai interprestasi tentang PELUANG. Selalunya melibatkan kuasa sesama manusia selain dari peluang yagn dikurniakan oleh Pencipta.
PELUANG YANG DIBUKA
Tentunya berpunca dari pihak pihak tertentu. Orang perseorangan, syarikat, organisasi atau kommuniti tertentu. Peluang apa? Peluang pekerjaan, peluang untuk menjana sebarang keuntungan atau mungkin juga peluang untuk hal hal emosi dan kepuasan jiwa, selalunya dibuka dengan terma terma dan syarat kemahuan tertentu. Ditawarkan pula secara terbuka atau secara terhad bagi penyahut tawaran tawaran tersebut.
PELUANG YANG DIREKA CIPTA
Menanti peluang dari orang terlalu lama? Bosan? Kita boleh mereka cipta peluang untuk diri sendiri atau kommuniti. Memasuki alaf baru hal ini tidak lagi menjadi pelik, malah semakin popular di kalangan manusia. Kita sendiri merangka apa yang kita mahukan dan ditawarkan pada sesiapa sahaja yang mampu untuk memenuhi kriteria kriteria yang kita mahukan. Ianya boleh bersifat laba peribadi, menjana pendapatan atau demi kepentingan masyarakat sejagat. Terpulang pada kebijaksanaan masing masing.
PELUANG KE DUA
Selalunya membabitkan naluri kePERCAYAan. Tidak kira secara peribadi atau secara professional dalam sebarang organisasi. Selalunya kita dinasihatkan untuk memberi peluang ke dua, supaya ada bantuan baik pulih dari segi sifat, tanggungjawab, potensi dan kepentingan. Masyarakat diajar awal awal lagi tentang pentingnya peluang ke dua, yang juga boleh ditafsirkan sebagai keMAAfaan. Kita juga dianjurkan supaya jangan mensia siakan peluang ke dua. Tidak menjadi heran sekiranya manusia berbalah, berbahas dan berhujah apabila berkisah tentang Peluang Ke 2.
PELUANG DALAM CINTA
Ini merupakan peluang yang dilihat dalam konteks nasib. Sangat unik. Jangan kita lupa, ada orang yang keluar masuk dalam dunia cinta mencari bahagia. Ada juga yang tidak berpeluang langsung seumur hidup. Sama seperti dua peluang awal yang kita sebutkan tadi, ada yang dibuka dan direka, ianya boleh dipraktikkan, namun masih tergantung pada nasib. Jangan tidak tahu, ramai yang masih merungut dalam segmen peluang yang satu ini, tidak pula kita menggalakan kamu merebut peluang ini secara semberono.
NIKMAT KUASA BERPELUANG UNTUK MEMBERI RUANG.
Manusia kembali menjadi manusia, bersertakan sifat sifat asas fana mereka.
1. Merasa berkuasa apabila boleh memberi peluang
2. Menentukan kualiti kualiti terbaik yang dimahukan
3. Merasa dihargai apabila muncul banyak permohonan
4. Merasa riak, angkuh, diperlukan dan naik saham harga diri
5. Bersyukur kerana dibantu dan membantu. (mutual).
Banyak kejadian kejadian dalam hidup manusia tergantung pada peluang, malah peluang itu sebenarnya digunakan setiap hari dan dijaga sebaiknya tanpa kita sedar. Semakin kita terlibat dalam hidup, semakin banyak kita lihat bagaimana sifat dan reaksi manusia terhadap peluang peluang yang ada didepan mata.
Secara kasar, ada yang mengatakan peluang itu sepatutnya tidak perlu dibincangkan. Suka atau tidak hidup harus diharungi. Penulis merasakan bahawa peluang samada diberi, diterima, direka harus hadir dengan penuh tanggungjawab bagi menjaga keharmonian pergerakan manusia.
Jelasnya peluang bukanlah hal main main, ditolak secara matang, diterima penuh tanggungjawab, diberi bila merasa sesuai, ditutup untuk hal hal keselamatan fizikal dan emosi. Kekalutan manusia yang kita lihat selama ini tidak kira samada melibatkan undang undang, pihak berkuasa, rumahtangga, walau oraganisasi kecil sekalipun melihatkan pada peluang peluang yang digalas secara lewa dan dicuaikan.
Dari kata dasar PELUANG kita mula kena erti perkataan TANGGUNGJAWAB (pemberi atau penerima) atas dasar peluang dalam hidup, juga asas Ekonomi manusia adalah tergantung pada Penawaran dan Permintaan.
Doak pada peluang peluang yang baik itu sepatutnya tidak putus sehingga akhir hayat manusia.
Regina Ibrahim
Artis Holistik Penang
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...