SOCIAL CONSTRUCT

11 2 0
                                    


Social constructionism or the social construction of reality (also social concept) is a theory of knowledge in sociology and communication theory that examines the development of jointly constructed understandings of the world that form the basis for shared assumptions about reality.  

Kata nama yang merupakan mekanisma sosial, fenomena atau kategori rekaan dan dibina oleh masyarakat untuk persepsi si individu, kumpulan atau idea yang 'dibina' melalui budaya dan amalan sosial.


Perempuan harus begini, lelaki seharusnya begitu. Muslim ini boleh, itu tidak boleh. Melayu kalau memasak harus begini bukan begitu. Lelaki kena pakai macam ini, perempuan tidak boleh berpakaian begitu. Berjalan mesti macam ni, bukan begitu....owh rigid sekali akibat musabat pembentukan sosial yang salah.

Kita banyak berbicara tentang hal ini, hal Pembentukan Sosial. Bunyinya agak akademik dan sukar. Namun, harus dilihat juga demi kesejahteraan untuk manusia bergerak mudah di alaf baru dengan lebih berani. Ianya tidaklah hanya untuk PENENTANGAN semata mata.

Pembentukan Sosial ini tidaklah semestinya menjurus pada hal hal negatif sahaja, ada hal hal yang masih kekal menjadi budaya yang positif dalam sesebuah masyarakat.

1. Menghormati orang yang lebih tua

2. Berbangga dengan adat isitiadat tinggalan lama

3. Menghormati sesama manusia.

4. Beragama dan hidup makmur penuh budaya.

Ada hal hal remeh yang negatif ditanamkan secara tidak langsung sepanjang tumbesaran manusia, di serap secara rasmi atau secara tidak langsung melalui kata kata dan perilaku ibubapa, orang sekeliling, kumpulan, rakan terdekat sebangsa dan pelbagai cara lagi. Ianya jdi terbentuk kental dan diwarisikan pada generasi mendatang. Sekiranya ianya sesuatu yang MOLEK tidak mengapa.

Sebagai orang Melayu Baru dan Progressif, ada hal hal pembentukan sosial yang negatif mudah untuk dikesan. Sebaik sahaja dikesan, tinggalkan dan cari cara baru, supaya generasi mendatang tidak lagi tumbuh menjadi manusia yang jengkel. Kita tidak mahu terlalu menghina bangsa sendiri apabila membicarakan hal Pembentukan Sosial, namun semuanya sudah terjadi dalam masyarakat kita. Tahap toleransi pada cara hidup orang, tuduhan melulu, persepsi pada orang yang berbudaya lain dari kita sedikit sebanyak dapat dilihat dengan jelas.

1. penilaian kita terhadap Anjing dan Babi. Agak kronik dari tahun ke tahun di media sosial.

2. menutup aurat dan penilaian kita pada kaum wanita, sehingga ke tahap kritikal.

3. Kutukan kita terhadap apa sahaja yang tidak sama dengan cara kita agak membimbangkan

4. toleransi kita terhadap jantina juga semakin membimbangkan

5. ukuran amalan apabila beragama kita yang semakin rigid dan remeh harus dinilaikan kembali.

"Anak anak menyerap semua ini dari orang orang tua, orang tua yang dunggu itu kita kena bagi penyapu dulu...." menurut teman saya yang marah marah.

Kita secara tidak sensitif melayan semua ini sebagai kenyataan harian dari waktu ke waktu. Kita lekeh lekehkan orang lain, menerakakan cara hidup manusia lain untuk memastikan anak anak kita membesar jadi orang yang kekal beragama dan bermoral. Ini antara segmen yang harus kita lihat semula.

"Makcik betulkan semua orang yang bukan Islam itu akan dibakar di neraka?"

Kita pula mengiyakan, menghamburkan pengetahuan kita tentang syurga neraka mengikut tahap yang kita fahami sahaja pada anak anak. Anak anak pula akan dewasa dengan tahap toleransi hidup yang sangat menyedihkan. 

CONVERSATIONWhere stories live. Discover now