Artikel ini ditulis segar setelah berbicara dengan teman yang baru keluar dari hospital kerana demam dan semput. Seperti biasa orangnya lemah lembut dan romantis. Dua tiga kali melalui hal yang sama. Punca sakit? Kerana kekasih minta putus dan mahu kembali pada bekas isterinya.
Bukan temanku itu bukan perampas. Dia mengenali jejaka tersebut setelah peristiwa cerai yang agak lama. Jadi sepanjang dua tahun lepas aku akan mendengar kisah kisah yang sama. Keluh kesah apabila sang kekasih berura ura mahu kembali pada bekas isteri.
Aku yang moden dan tidak peduli ini saranannay sering mudah. Biarlah dia pergi, kau mulakan hidup yang baharu. Aku akan tetap berpesan begitu kerana aku percaya pada susunan di hadapan oleh Tuhan yang Esa. Aku tidak romantik mungkin. Aku berani? Aku selfsih? atau apa Wallahualam. Tapi aku percaya ada banyak hubung kait dalam hal hal sebegini. Bukan aku sendiri tidak pernah melaluinya sewaktu muda remaja dahulu. Sesak nafas sehingga bertemu jawapan dan falsafah tentang menyintai orang. Hey! Cintai diri dahulu beb! (semua ini bermain main di dalam minda sahaja, kerana aku faham bukan semua orang sekuat aku)
Aku ulangi hal hal ini pada temanku sewaktu sesi kaunselling tidak rasmi tadi:
1. Kamu sudah mencipta kebergantungan pada orang, kamu selesa dan asyik
2. Hidup kamu berkisar hanya pada dia sahaja, dia jadi seperti ketua, nabi, orang mulia dalam hidup
3. Kamu tidak dapat menerima kenyataan dia akan pergi dan sudah tidak selesa lagi dalam perkongsian hidup
4. Kekerapan kamu merungut pada titik titik awal dia dan tolong beranalisa pada langkah langkah dia dan sifat bekas isterinya itu adalah petanda kamu sedang mereka plot, plot agar kamu itu adalah MANGSA dalam penceritaan. Cerita kisah DUKA LARA.
5. Selama ini kamu sudah dibutakan pada kesedapan menjalinkan hubungann intim dengan dia, pada kamu dialah yang terbaik (sehingga terlupa pada peluang peluang mendatang yang mungkin lebih membahagiakan).
Lebih kurang begitulah aku cuba membuka mata temanku yang satu itu. Orangnya masih lemah lembut, bukan itu sahaja dia LEMAH HATI. Aku mengerti sekali. Tidak punya haluan aku meminta dia supaya mendekati pada tuhan. Berdoalah, Dia akan selalu mendengar.
Sekiranya kamu membaca artikel ini, sila kuat kuatkan hati, kembalilah membaca tulisan tulisan lama tentang Dakapan Diri, Pemilikan Manusia dan Manusia. Mana tahu selepas ini kamu akan melihat perhubungan dengan mata yang lebih bermakna.
1. Dia harus pergi, biarkan dia pergi. Doakan dia
2. Maafkan cepat cepat segala yang terjadi supaya bahu jadi lebih ringan
3. Kalau perlu luahkan pada teman teman rapat atau tulis sahaja segala kemarahanmu di dalam buku harian atau kertas. Medsos jangan sekali kali (tidak ada sesiapa yang peduli sebenarnya)
4. Serap tekad baru. Jangan lupa, ada nikmatnya menjalani hidup baharu
5. Tinggalkan segalanya yang asal dari dari. Dari segi emosi atau duniawi. tinggalkan sahaja. Langkah ringankan hidup.
"Kau cakap memanglah senang, aku ni orang yang tidak kuat"
"Alahai, menangislah semahunya kamu sekarang, selepas ini kau akan menoleh kembali dan ketawa atau memaki diri yang lemah dan bodoh"
"alamak sedar tak sedar dia akan tetap kembali pada titik awal perhubungan, bagaimana dia bertemu, bagaimana sudah dipesan, sang lelaki tetap mahu bercinta, diulang dan diulang pada kisah yang sudah tiba di garis penamat"
Semua di atas adalah dialog aku secara dalaman. Aku terus mengulangi hal yang sama pada dia, bina hidup baru, kuatkan hati, kalau lemah minta bantuan Tuhan, Ada hal yang lebih indah di hadapan... aku juga sudah tidak ada pilihan lain sebenarnya, kerana itulah anutan aku apabila masuk bab cinta dan kebergantungan emosi terhadap pasangan.
Ya, aku orang yang kuat dan aku tidak boleh berkasar kerana ADA ORANG YANG SEMEMANGNYA LEMAH APABILA MASUK DALAM HAL HAL KASIH SAYANG, CINTA DAN PERKONGSIAN.
Percayalah kamu masih ada fungsi tanpa dia, sebenarnya kau lebih bermakna pada dirimu.
*Semoga kau tabah temanku (kalaulah kau tahu cabaran terdahulu hidupku sewaktu remaja, perit dan pedihnya sehingga aku mendapat anutan cinta baharu).
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...