IMEJ DAN PENAMPILAN WANITA MALAYSIA.
Sekiranya diperhatikan secara menyeluruh dengan teliti tahap keterampilan mereka, ianya berada di tahap yang sangat MISKIN, terutamanya wanita melayu. Bagaimana mereka gagal mengenal diri, begitulah juga mereka gagal mengenali budaya dan asal usul mereka apabila berpakaian. Seperti kiambang, akar tidak jejak dan langit tidak kesampaian.
Maka terkebil kebil mata mereka melihat bagaimana cantiknya penampilan wanita asia lain apabila menghadiri majlis formal, sidang sidang serius dan majlis tidak formal. Wanita Indonesia, Filipina dan Thailand serta negara Indocina lain tidak kekok mahu mengayakan pakaian atau fabrik tradisi mereka, manakala wanita Malaysia gagal mahu menghargai fabrik tempatan.
Dalam hal ini wanita India Malaysia harus dipuji. Mereka dalam apa keadaan sekalipun, masih selesa menggayakan busana busana menarik seperti kurti labuh, salwar, sari dan lengga. Wanita cina dan melayu Malaysia masih lagi berada di tahap Kiambang dalam hal ini. Mereka selaras dengan kemampuan kewangan mereka lebih gemar pada fabrik fabrik import dan potongan potongan yang konon kononnya bakal memperlihatkan status mereka. Anak anak muda peranakan di Pulau Pinang dan Melaka juga harus dipuji, mereka tidak kekok berkain pajang dan kebaya nyonya. Kelihatan hebat dan asli.
Tercipta pula budaya muslimah, yang membuatkan para wanita melayu muslim bertambah keliru dengan imej dan penampilan masing masing. Budaya memakai tudung tiga tingkat dan pakaian pakaian yang berunsurkan Arab, membuatkan saya sebagai pemerhati budaya menjadi gusar dan bimbang. Menutup aurat itu dituntut dalam agama. Saya sangat menghormati akan perihal yang satu itu, tetapi lakukan dengan bijak. Pemilihan kain, keselesaan dan tampok bangsa dan budaya Malaysia yang padu.
BERIKUT ADALAH LANGKAH DAN PENILAIAN YANG BOLEH KAMU BUAT DI MALAYSIA.
1. Berkurung polos dan berkain batik.
2. Bercheongsam atau samfu yang di buat dari batik cotton
3. Berjubah batik cetak Kelantan, trengganu dan bertudung polos.
4. Menghargai aksessori aksessori tempatan. (ada bukan tidak ada, cari dan kaji).
5. Berblouse moden dan berkain batik, skirt atau pencil skirt yang ada ciri ciri Malaysia.
6. Pua kumbu juga boleh diguna pakai.
7. Berkebaya sulam tekad tempatan dengan busana moden sebagai penaik seri.
8. Kenal apakah itu kurung Pahang, kurung johor, kurung kedah, kebaya labuh dan kebaya pendek.
9. Menghargai budaya tempatan, dengan lebih banyak membaca
10. Tidak kekok dan tidak malu, kerana ianya akan menjadi "conversation Piece"
Pokoknya bukan kita meminta kamu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki berbusana traditional. Ada kombinasi kombinasi bijak yang boleh menaikkan seri. Tidak ada orang yang waras akan kagum dengan sutera korea terbaru kamu, potongan potongan terkini yang tidak cocok dengan imej negara tropika ini. Ya kamu boleh memuji sesama kamu, kerana kamu semua berada ditahap budaya yang miskin. Mengikut trend semahu mahunya? Menggantung perhiasan krismas supaya mendapat perhatian? Kamu menjadi pemalas, cukuplah dengan memakai kurta Pakistan untuk menghadiri kenduri, pakailah blouse 'pussy willow' dan skirt pensil untuk ke Majlis antarabangsa dan merungut tidak ada sesiapa yang menegur kamu. Pakailah tudung tiga tingkat dan baju panjang kain lyrca yang kita sendiri tidak tahu dari negara mana. Fikirkan secara logik dan bijaksana, sekiranya kamu mahu keluar dari kelompok KIAMBANG ini. Proses menghargai busana tempatan adalah proses yang dilakukan secara berperingkat peringkat selaras dengan pemahaman kamu dan kematangan budaya kamu.
Ini bukanlah alasan bijak untuk kamu mengatakan yang kamu anak alaf baru, kamu wanita moden dan ini bukan peraturan. Jangan marah kalau ada orang yang keliru dan menyangka kamu dari benua afrika atau dari negara latin. Sesuatu untuk kamu renungkan hari ini.
REGINA IBRAHIM
Penang 2013.
{vr
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...