BILA MASUK BAB SEKS... akan ada sejenis rasa pada semua manusia. Tidak hairanlah kerana ianya adalah kegiatan yang melibatkan tubuh badan satu atau lebih orang (kecuali pada si Aseksual yang hanya menikmati dirinya sendiri). Kita menyeringai kerana memikirkan siapa pasangan kita? seks jenis apa? apakah yang akan dikata orang kalau mereka tahu? Adakah akan ada hubungan lagi selepas ini?
Di zaman serba maju ini, arus waktu membawa bersama sakit sakit seks yang sudah kita bincangkan Hiv, STI dan paling tidak jangkitan kurap/panau badan yang berjangkit sewaktu sedang intim.
Bertahun sebenarnya kita merangka untuk memberikan pendidikan seks. Masing masing nampaknya bagaikan malu malu dan menggelak termasuklah pihak Kementerian Pendidikan. Tidaklah kita mahu mengatakan bahawa negara maju dan barat itu bersistem. Masuk bab seks rasanya semua sikap kita sama tidak kira di mana lokasi kita. Falsafah tentang seks juga sudah banyak diterbitkan dalam buku buku separa akademik. Kegiatan seks pelik juga sudah kita ketahui apabila dicetak (pelik kerana ianya tidak sama dengan konstruk sosial yang sudah kita peluk erat).
Hal hal seperti homoseksual, pedofilia, necrofilia dan pembahagian pembahagian seksual sudah tentu tidak sama seperti yang kita jangkakan. Lelaki - perempuan - lahir bayi. Seks kononnya semakin pelik. Bukan pelik, ianya suatu ketika dahulu tersorok. Bayangkan buku buku porno, pita tape seks, vcd lucah yang disorok... apa petanda semua ini? Petandanya kita hanya berkompromi tentang hal hal seks dengan diri dan pasangan atau kumpulan yang kita percaya sahaja.
Memasuki bab seks, kita sama seperti orang lain akan cuba berkompromi. Malah akan terkejut apabila ada tangkapan tangkapan yang dibawa ke mahkamah dan dijadikan bahan cerita oleh media. Kita akan ber oh! Ah! Eee! kerana ianya kita rasakan tidak sama dengan manusia normal (sedangkan kita tahu bahawa manusia itu pelbagai). Maka wujudlah konflik manusia tentang seks di sini dan saling menghakimi.
Seks adalah sejenis kurnia ransangan pada manusia. Dibicarakan sesama teman teman rapat sewaktu membesar dan kita fikir semua kita adalah sama (paling tidak setara). Apabila dewasa dan sedikit pintar, kita tahu seks melibatkan minda, pandangan, kawalan dan naluri yang agak berlapis lapis. Selagi kita mahu mengerti, saya fikir kita akan damai apabila masuk bab seks. Jangan tidak tahu ada orang merindui seks separuh mati, sehingga dalam bait bait bicaranya akan tergambar bayangan bayangan keinginannya.
Seks masih lagi jatuh dalam kelompok yang sangat peribadi. Kita akan menganggap seseorang itu gila seks kalau dia berterusan berbicara tentangnya. Apa apa sahaja di sekelilingnya akan dikaitkan dengan seks. Senang cakap, hal hal seks ini harus ditangani dengan baik, telus, bersih dan sesempurna mungkin. Pemahaman tentang seks juga saya kira akan membuatkan kamu lebih relak dan tahu untuk merangka kata, tidaklah hanya digunakan untuk hal hal lucu atau demi merangsang nafsu.
Apabila kita berbicara tentang JENAYAH SEKS
1. ramai akan terlihat melopong tabu, bagai tidak percaya dan tidak mahu berkata kata lebih
2. si gatal akan berdenyut denyut dua minda fikir (atas dan bawah) dengan khayalan minda
3. si alim akan berhujah tentang moral dan ketakwaan (apa dia fikir orang alim tidak ada seks?)
4. si munafik akan pura pura suci, padahal kita tahu tentang dirinya.
5. si pelaku yang terbiasa akan tampil relak buat tak tahu (dia jenis yang tahu bahawa seks adalah sangat manusiawi)
6. si dunggu jadi emosional "Please can we not talk?" (ini antara mereka yang tampil tidak meminati seks, sedangkan dia berperang dengan diri sendiri)
7. si ibubapa kerisauan dan menolak bercerita lanjut (ini hal orang tua tua jangan tanya, kurang ajar)
8. si NGO dengan kempen 'safe sex' mereka (cuba memberi advokasi pada orang ramai yang tahu tapi pura pura dunggu)
9. si berkuasa mahu tangkap dan denda (ini antara kegiatan manusia yang pelik)
10. si tukang skodeng terlupa mereka adalah fetish (kononnya demi maruah)
11. si LGBT pula bagaikan hidupnya berpusar di situ sahaja (takda kerja lainkah?)Satu pendekatan yang baik diperlukan untuk hal hal seksual. Ianya adalah aktiviti manusia samada kamu sedar atau tidak sahaja. Dikomplikasikan dengan hal hal hukum (sivil/syariah) dan kita semua akan mula beremosi. Masing masing memegang 'percaya' dan konstruk sosial tentang moral dan sebagainya. Rumit sebenarnya (ibubapa lebih tahu akan situasi ini). Kita masih menidakkan pendidikan seks dan pura pura terkedu bila melihat pembuangan bayi dan penjualan pil gugur anak. Kita ketawa dan berkongsi iklan iklan ubatan cheapo di medsos tentang hal hal genetalia dan kerakusan pasangan di kamar tidur.
Secara peribadi saya fikir seks adalah aktiviti manusia yang harus ditangani dengan selamat, waras dan seimbang. Harus ingat bahawa ianya bukanlah hal hal seronok sahaja. Larangan larangan sedia ada tentulah mempunyai sebab musabab yang terselindung. Tidak mahu berbicara tentang seks juga melibatkan tahap Yakin Diri seseorang. Ada bahasa seks yang baik, ada yang berbau porno dan ada yang menggambarkan luapan nafsu serakah kamu sebagai binatang ciptaanNYA.
Sex sells. Berdasarkah hal tersebut banyak hal hal komersil didasari oleh kegiatan seks. ubat ubatan melayu nusantara yang berlandaskan kebersihan vagina dan kehebatan zakar banyak dijual untuk khalayak. Ada ketikanya kita tertanya tanya, apakah betul selepas melahirkan seks tidak sedap lagi? Longgar lobos? Ubat ubatan tidak kira samada moden atau tradisional yang mampu menambah panjang atau membesarkan itu akan membahagiakan umat manusia? Manusia jadi semakin tamak, kalut dan terdesak hingga terlupa pada hal hal kesihatan tubuh badan yang boleh melibatkan ejakulasi pra matang, gagal mengawal nafsu. Bayangkan ubatan yang mejanjikan enjakulasi setelah satu jam... (satu jam itu adalah khayalan filem porno).
Sesekali kita akan dikejutkan dengan kes kes mahkamah yang melibatkan seks. Bukan sahaja kes rogol atau liwat, ada waktunya disensasikan oleh akbar akbar nyamuk atau media arus perdana yang melibatkan seks. Kalau tadi kita katakan sex sells, kali ini kita mungkin mahu mengatakan sex news attracts. Hal hal dalam kain ini sebenarnya secara diam diam disukai oleh orang awam. Boleh jadi bahan bual bicara seharian atau lawak jenaka di panggung komedi berdiri.
Kamu fikir manusia boleh ditakut takutkan dengan denda dan hukuman? Mereka akan mencari jalan secara rahsia. Seperti yang pernah saya katakan, manusia adalah spesimen yang bijak. Mereka bijak menipu, kalau boleh TUHAN juga mahu mereka kelirukan. Semuanya berbalik pada kita yang mahu menjadi manusia yang seimbang.
Sebab itu penting advokasi tentang SOGIE dan hal hal STI dibincangkan di meja terbuka. Bertolak dari situ, si remaja akan jadi lebih peka pada dunia mereka.
Hari ini cuba fikirkan bagaimana pendekatan kamu terhadap SEKS, kerana kamu adalah manusia bukan binatang tanpa akal.
JANGAN TIDAK TAHU:
1. Ada orang yang nymphomaniac dan berterusan melawan.
2. Ada orang yang mindanya hanya tertumpu pada seks selagi tidak ada enjakulasi
3. Ada pasangan yang memendam rasa kerana tidak pernah puas dalam konteks seks
4. Ada orang yang teransang dengan mudah (Melayan fantasi seks mereka)
5. Ada orang yang kuat berkhayal tentang seks dan tidak ada keberanian
6. Ada orang yang gemar menonton filem filem atau media porno sahaja
7. Ada orang yang keliru tentang seks dan maruah hidup
Semua yang di atas rasanya ada bantuan (kalau kamu rasa kamu memerlukan). Manusia harus jadi lebih berani untuk tampil ke depan dan memohon bantuan. Kamu sendiri tahu bagaimana beraninya manusia lewat medsos yang konon kononnya menjadi benteng selamat mereka. Wah! bukan main lagi mereka berkhayal di situ tanpa ada rasa malu pada Agama, Bangsa dan Maruah hidup.
Begitu celaka sekali manusia apabila mengharungi dunia SEKS!
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...