KUIT KUIT CUIT CUIT (Sifat Maknyah Kampungan).
Maknyah golongan yang lucu, penuh jenaka ada waktunya. Namun zaman sudah berlalu...apabila berhimpun, ada yang lengkap, ada yang masih dalam HRT, ada yang sudah insof, ada yang tua merga, ada yang masih terkial kial dalam hidup.
Sifat cuit cuit mahu berlucu lucu dengan penampilan orang, lawak bagi kita, tapi bukan bagi si mangsa. Cuit cuit kuit kuit ini kalau kita nampak jelas, kita akan terus tegur depan depan.. (supaya dia kembali dan berfikir untuk menjadi DEWASA).
SIFAT BURUK CUIT CUIT KUIT KUIT itu hanyalah milik mereka dari zaman zaman lalu dan tidak lagi dimahukan sekarang. Belajar BERSOPAN.
Kejadian cuit cuit dengan tujuan mahu berlucu lucu jenaka ini akan mereka gunakan walaupun untuk cisgender. Bukan hanya dengan komuniti sahaja.
Refleksinya sama sahaja selaras waktu dan zaman yang sudah beralih.
1. Berkongsi video video para TS yang mental di media sosial (Happy Paula, Ziana Zin2, Lelaki pakai perempuan yang mental) dan perkongsian di sesawang internet lain.
2. Sengaja bermain dengan isu isu badan dan imej manusia lain. Satu tujuan, supaya dia tampil lebih menarik, pakar, hebat dari yang sedia ada.
3. Menggulung semua perilaku tersebut sebagai jenaka dan merasa kecil hati apabila ditegur
"Alah orang melawak, lawak pun korang nak ambil hati"
"at least orang boleh belajar nok, just be yourself gitu!"
"i tau i tak perfect...i lah bodoh, i lah yang tak sekolah"
disanggah dengan perangai merendah diri kampungan yang sangat jengkel.
Sekiranya sifat ini diteruskan dalam bentuk apa sekalipun, ianya tidak akan membantu perkembangan para TS secara positif.
KAMU HARUS INGAT
1. Bukan semua para Ts melalui zaman mudah sepanjang hidup mereka.
2. Ujudnya kesan kesan geraklaku akibat gangguan emosi apabila hidup sebagai Ts.
3. Impian kamu pada kesempurnaan fizikal menyeluruh TS itu adalah mustahil. (suara, bentuk badan, citarasa berpakaian, pebawakan diri mereka ada yang canggung).
4. Jangan terlupa diri kamu sewaktu tidak lengkap dahulu
5. Ukuran ukuran Piawaian Cisgender yang ada dalam diri kamu itu tidak boleh diguna pakai.
6. Terlupa bahawa 10 manusia 10 ragam. Toleransi lebih penting.
sebagai orang Asia, akhirnya kamu bermain selamat dengan mengatakan bahawasanya kamu hanya berjenaka, mahu menceriakan suasana, mengusik manja dan lain lain. Kamu tersentuh apabila ditegur, namun terlupa apabila kamu berhempas pulas menggunakan orang untuk bahan jenaka kamu.
Memang benar, apalah ertinya hidup tanpa "sense of humor" tetapi jangan sampai orang lain yang harus membayarnya.
MEMANG TIDAK DINAFIKAN
Apabila berhimpun, manusia Ts itu hadir dalam pelbagai bentuk, kalau mahu dinilai ianya tidak akan tamat 3 hari 3 malam. Ada yang berilluis seperti tidak cukup hormon, ada yang taksub pada artis artis, ada yang gila glamor, ada yang berusaha menggepit suara, ada yang bersifat lepas laku dan macam macam lagi.
Tugas kamu yang konon kononnya Anggun dan Berbudaya itu adalah untuk BERTOLERANSI dan kalau teruk sekalipun, berlalu sahaja tanpa memberi komentar komentar negatif dan jengkel.
Senyum sahaja adalah jalan terbaik. Tidak perlulah untuk kamu cuit cuit, pura pura menjentik jentik.
"Pastu nyah?"
YOU ARE READING
CONVERSATION
RandomConversation, what sort? Will you be able to tolerate? 1. Me and me and my story alone? 2. Pop talk about music, movie on people you hardly know? 3. Deep political talk as if the minister is his/her uncle? 4. Opinionated friend who got nothing to pr...