ANGIN yang bertiup perlahan membelai leher dan wajahnya. Mujurlah panas mentari pada siang itu taklah seterik mana.
Kalau tak mahu terbakar kulit putihnya yang tersidai di atas bumbung rumah warna merah itu. Lantaklah apa nak jadi. Tapi itu memang port paling tenang buatnya.
Lagipun, satu keluarga sedang berkumpul di tingkat bawah, di ruang tamu. Sambut hari lahir kakaknya yang ke-16.
Sambutan hari lahirnya yang ke-15 beberapa hari lepas... Tak ada sambutan pun?
"Hey... Adik... Buat apa kat situ? Dah berapa kali kakak cakap kan... Jangan duduk kat situ? Kalau tergelincir ke apa ke macam mana?"
"Oh... Kak..."
Senyuman segaris terbentuk di wajah yang melihat kakaknya susah payah memanjat tingkap untuk naik ke bumbung di sebelah tingkap bilik itu.
"Cantik baju."
Pujinya sekilas sebelum mata dihalakan ke pemandangan langit luas yang lebih menenangkan fikiran.
"Kan? Mama hadiahkan untuk kakak."
Ujar kakak yang baru melabuhkan punggung di sebelahnya. Sama-sama duduk berpeluk lutut, memandang langit yang cerah.
"Adik kenapa tak turun bawah tadi? Seronok tau, ramai kawan kakak yang datang. Jomlah masuk dalam dik, panaslah kat sini..."
Tangan kakaknya yang cuba menarik tangannya cepat-cepat dialihkan tanda enggan pergi.
"Tak sepanas kat dalam..."
"Emm... Tak apalah. Kakak ingat nak ajak adik turun aje... Kalau adik tak nak, takpelah. Take your time... Kakak nak turun dululah."
Kakaknya yang bangun dan membersihkan kotoran di baju dressnya langsung tidak diendahkan. Pandangannya dilontarkan jauh ke hadapan, sehingga menyedari sesuatu yang menarik perhatiannya.
"Kak, kejap..."
"Ya, dik? Kenapa?"
"Tu bukan..."
Telunjuk dihalakan kepada seorang budak lelaki yang dalam lingkungan umur 17 tahun yang sedang berjalan keluar dari pagar rumah.
"Aafieq? Yes! Dia datang! Akak gurau je ajak dia datang rumah tapi dia datang!"
Wajah riang kakaknya membuatkan hatinya semakin membuak-buak.
Tu crush dia kot kenapa kakak pulak yang melebih?!
"Dan ni, dia bagi kakak ni!"
Seutas rantai dengan buah rantai huruf J ditunjukkan dan lagilah darahnya menyirap ke kepala.
Nafas berbolak balik sebelum dia berdiri dan merentap kasar baju kakaknya sehingga gadis itu hilang imbangan dan tergelincir dari bumbung.
"Adikkk!!!"
Jeritan nyaring itu berkumandang seketika tetapi masih belum ada bunyi jatuh ke bawah atau apa. Senyuman sinis terlukir di bibir.
Tak jatuh lagi rupanya.
"Tolong ma! Papa! Abang! Tolong! Adik!"
Masih ada empat jari yang mengenggam palung air di hujung bumbung. Langkah perlahan-lahan dibawa ke pinggir bumbung, untuk melihat keadaan kakaknya yang sudah di hujung bumbung itu.
"T-Tolong... K-Kakak tak kuat..."
Sepasang mata yang merayu dihulurkan tangan itu tidak memberi apa-apa kesan, malah rasa belum puas adalah.
Kaki setapak demi setapak dibawa sehingga sebelah kaki cuba diletakkan di atas empat jari yang sudah pucat menanggung beban.
Tapi hampir luruh jantungnya apabila tiba-tiba tangan itu memaut buku lalinya membuatkan dia sendiri hilang keseimbangan dan...
"Cik muda!!!"
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Nah... Please VOTE & COMMENTS yeaaa, love you❤
Nice to know ya! Terima kasih sudi baca cerita yang penuh elemen kehambaran ni thank you means a lot walaupun Wina tulis sebab bosan jea :)
YOU ARE READING
Abang Bibik✔
Teen FictionCerita dua dunia antara Muhammad Emriel dan Juriffa Natrah... Kalau korang rasa kena friendzone tu dah cukup menyakitkan... Cuba baca pasal bibikzone! ⚠️TW: suicide, self-harm