Bab 46: Perancangan Ke Sebuah Tempat

1.4K 132 15
                                        

Selepas apa yang jadi, Hadi hanya mampu memandang Nurin yang selalu berada & menjaganya sepanjang tempoh rawatannya di hospital. Walaupun mereka baru bertunang, Nurin sudah menunjukkan sikapnya yang terlalu penyayang.

Itu membuatkan Hadi berasa sedikit malu & gembira kerana mendapat orang seperti Nurin. Dia berharap hubungan diantara Nurin malah hidupnya akan menjadi lebih indah & bahagia sehinggalah ke akhir nyawa.

Walaupun begitu, Nurin agak berjaga & terlalu ambil berat termasuklah pemakanan Hadi. Nurin sedang mengupas epal untuk Hadi sementara Hadi hanya memandangnya.

"Kenapa kau kupas epal tu?"tanya Hadi.

"Untuk awak makanlah, Hadi. Awak perlukan banyak vitamin tau buat masa sekarang,"kata Nurin lalu meletakkan potongan-potongan epal itu ke dalam mangkuk.

"Tapi, saya tak lapar lagi,"kata Hadi.

"Hadi, awak kena makan. Ni bagus untuk kesihatan awak tau lagi pun ni cuma untuk snek je,"kata Nurin sambil memandang Hadi.

"Haih, baiklah,"kata Hadi lalu memakan potongan epal itu.

Nurin hanya tersenyum sambil memandang Hadi. Dia bersyukur sangat yang Hadi memiliki kelebihan untuk sembuh jauh lebih cepat dari orang lain kalau tidak sudah semestinya dia akan lumpuh atau yang lagi teruk dia mungkin takkan berjaya selamat sekarang akibat insiden itu.

"Nurin, kau tak sibuk ke? Kalau sibuk & ada urusan pergilah. Aku takkan apa-apa,"kata Hadi yang serba salah dengan Nurin.

Hadi berkata begitu kerana dia sering kali dijaga oleh Nurin & itu bukan saja membuatkan nya gembira tapi risau kalau-kalau ada menganggu kerja malah urusannya.

"Takde lah, aku tak sibuk pun. Tapi Hadi bila kau dah keluar hospital nanti aku nak bawa kau pergi ke sesuatu tempat dengan kawan kita yang lain,"kata Nurin.

"Ke mana?"tanya Hadi yang ingin tahu.

"Aku nak bawa kau & yang lain pergi ke sebuah tempat tinggalan lama,"kata Nurin.

"Wah! Macam menarik! Aku tak sabar nak pergi,"kata Hadi yang mulai kelihatan teruja.

Nurin hanya ketawa kecil melihat gelagat Hadi. Dia sama sekali senang dikagum kan apatah lagi dengan benda macam ni. Hadi memang berminat dengan benda bersejarah atau tinggalkan seperti itu.

Pada malam itu...

Hadi hanya tersenyum sambil memandang Nurin yang sedang melipat pakaian persalinan milik Hadi. Dia mulai membayangi rupa tempat tinggalan lama itu.

"Nurin, besar ke tempat tinggalan tu besar tak?"tanya Hadi.

"Ya, jauh lebih besar dari hospital ni,"jawab Nurin.

Hadi kelihatan terpegun setelah mendengar jawapan Nurin. Dia tidak menyangka tempat itu jauh lebih besar dari apa yang dia bayangkan.

Beberapa hari kemudian...

Hadi sudah mulai sembuh & dia akhirnya dibenarkan keluar dari hospital. Semestinya itu adalah hak yang mengembirakan semua orang termasuk Hadi sendiri.

"Akhirnya dapat juga keluar dari hospital. Lamanya tak tengok dunia luar,"kata Hadi sambil memandang keadaan sekeliling di luar hospital itu.

"Hahaha, ada-ada jelah kamu ni , Hadi. Baru je beberapa minggu duduk situ tapi kamu dah macam 20 tahun tak tengok dunia luar,"kata Zafrel sambil ketawa.

"Abang ni. Suka hati Hadi lah nak buat apa asalkan benda tu baik je kan,"marah Hadi sambil mengembung pipinya.

Mereka mulai berjalan pulang ke rumah selepas Qistina mengisi surat keluar dari hospital. Setelah beberapa minit, mereka telah pun tiba di rumah.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang