104:Sebuah Kebenaran Yang Pahit (Part 2)

875 81 15
                                        

Hadi hanya terkaku diam sebaik saja melihat wajah musuhnya, Red Alpha. Dia tidak menyangka yang musuhnya itu adakah seseorang yang amat dia kenali.

"A....ayah,"kata Hadi sambil memandang Red Alpha atau lebih dikenali sebagai ayahnya, Arman.

"Tak sangka yang kita akan bertemu lagi kan?"kata Arman/Red Alpha sambil memandang Hadi.

Hadi hanya terkaku. Badannya bagaikan tidak mampu bergerak malah mulutnya terkunci. Dia tidak mempercayai apa yang dilihat oleh dirinya itu. Seseorang yang membesarkan dirinya walaupun hanya sekejap, ia bermakna buat Hadi. Tapi dia tidak sangka yang ayah kandungnya itu akan menjadi musuhnya sendiri.

Dia jatuh terduduk sambil memandang Arman/Red Alpha. Setiap satu-persatu memorinya tentang Arman/Red Alpha sebagai seorang ayah penyayang mulai muncul di dalam fikirannya.

Walaupun hanya sementara, memori itu sudah memadai untuk membuatkan hidupnya bermakna tapi semuanya hancur. Hatinya sakit melihat perkara itu. Selama ini, dia sama sekali tidak pernah membenci ayahnya walaupun dia pernah disakiti dulu. Tapi sekarang, semuanya berbeza. Perlu ke dia membenci Arman/Red Alpha yang merupakan ayahnya sendiri?

Dia bagaikan tidak dapat menerima kenyataan itu. Dia terus saja menundukkan kepalanya sehingga tanpa sedar air matanya mulai mengalir.

 Dia terus saja menundukkan kepalanya sehingga tanpa sedar air matanya mulai mengalir

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"K.. kenapa? Kenapa ayah buat semua ni?"tanya Hadi sambil menangis.

"Ayah? Dasar budak tak guna! Apa yang kau cakapkan ni?! Aku takkan pernah anggap kau ni anak aku lagi!! Lebih baik kau mati je!"marah Arman/Red Alpha.

Hadi tidak dapat menghentikan tangisannya. Kenyataan ini menyebabkan dia terasa tersangatlah sedih. Walaupun begitu, dengan hati yang berat dia cuba untuk melawan Arman/Red Alpha demi kebaikan.

"Heh, lebih baik kau mati je tak guna!!"jerit Red Alpha/Arman lalu menumbuk Hadi sehingga terpelanting jauh dari kawasan itu.

Sementara itu....

Komander Aziz terus saja melawan Ardora & Rilia sementara Raykal sudah melepaskan lelahnya setelah berpenat-lelah melawan Dr. Axe. Walaupun sudah banyak kali diserang, Dr. Axe sama sekali tidak berjaya dikalahkan olehnya.

"Hahaha! Kenapa? Dah penat? Lebih baik kau menyerah saja. Takde gunanya kalau kau melawan,"kata Dr. Axe sambil berjalan mendekati Raykal yang sudah kelihatan kepenatan itu.

Sebaik saja dia mendekati Raykal, dia terus saja mengangkat tombaknya tinggi ke langit untuk menikam Raykal. Tiba-tiba, Afiq muncul lalu menendang Dr. Axe dari belakang sehingga menyebabkan orang itu terpelanting sehingga ke dinding.

"Raykal! Kau ok?!"tanya Afiq sambil mendekati sahabatnya itu.

"Huh, huh, maafkan aku. Aku d..dah tak mampu lagi,"kata Raykal sambil melepaskan lelahnya.

Tiba-tiba saja, Raykal terus saja terjatuh sehingga disambut oleh Mazrul. Dia sudah terlalu banyak menggunakan tenaga sehingga dia sudah melepasi hadnya. Mazrul hanya mengangkat sahabatnya yang sudah tidak sedarkan dirinya itu lalu membawanya mendekati para tentera unit rawatan.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang