Di wad Hadi...
Hadi terbaring di atas katil setelah peristiwa itu. Sementara itu, Zafrel memandang Nurin & meminta penjelasan daripada Nurin tentang kejadian itu.
"Apa dah jadi sebenarnya,Nurin?"tanya Zafrel.
"Hadi tiba-tiba pengsan masa pergi ke taman,"kata Nurin yang tidak mahu menceritakan hal sebenar.
"Macam tu ya. Mesti sebab dia tak makan sangat kebelakangan ni. Tulah tak dengar cakap orang sangat,"bebel zafrel.
Tak lama kemudian...
Hadi mulai sedar & menukarkan posisinya dari baring ke duduk. Dia memandang Nurin yang sedang membaca buku di tepi katil nya.
"Hadi, awak dah sedar. Maaf sebab buat awak jadi sampai macam ni,"kata Nurin sambil pipinya berona kemerahan.
"Takpe,bukan..h..hal besar pun,"kata Hadi sambil memandang ke arah lain.
Sebenarnya, Hadi masih malu tentang pertanyaan & luahan Nurin. Jantungnya tak berhenti berdegup dengan kencang. Dia cuba memberanikan dirinya untuk memandang Nurin.
"Baiklah, aku setuju tapi jangan bagitahu orang lain pasal ni. Janji?"kata Hadi sambil memandang Nurin.
"B.. baiklah, insyaallah. Jadi awak pula perlu setia selagi boleh & sekiranya ada jodoh,saya berharap kita boleh hidup bahagia sampai Jannah,"kata Nurin sambil pipinya berona kemerahan.
Hadi tersenyum mendengar kata-kata Nurin. Tidak sangka dirinya akan terjebak dengan percintaan sebegini tanpa sedar. Dia berharap perkara ini tidak terbawa sehingga menjadi maksiat.
Setelah itu, Hadi bangun daripada katilnya lalu berjalan keluar daripada wadnya.
"Hadi? Mana awak nak pergi tu?"tanya Nurin sambil mengikuti Hadi.
"Pergi melawat kawan kita lah,"jawab Hadi lali masuk ke dalam wad 027.
027 memandang Hadi. Dia kelihatan gembira apabila melihat Hadi yang semakin hari kelihatan sihat.
"Hai, kawan. Macam mana keadaan kau hari ni?"tanya Hadi sambil memandang 027.
"Baik, kau pulak Hadi?"tanya 027 yang kini semakin lancar percakapannya setelah dirawat dengan baik.
Hadi hanya tersenyum mendengar jawapan 027. Dia juga turut gembira yang 027 semakin sihat .
"Takkan dia spesimen 027 ke?"tanya Nurin.
"Ya, saya terfikirkan nama lah. Agaknya apa ya nama sesuai untuk dia?"tanya Hadi sambil memandang Nurin.
"Hmmm, apa kata Fakrul?"cadang Nurin.
"Rasanya tak lah. Apa kata Amin,"cadang Hadi.
Mereka berdua berbincang sesama sendiri untuk memilih nama yang sesuai buat 027.
027 hanya memandang mereka dengan tanda ingin tahu. Dia tertanya-tanya apakah yang sedang mereka bincangkan.
Setelah beberapa minit...
Hadi memandang 027 & berjalan mendekatinya. Nurin hanya tersenyum melihat hubungan persahabatan mereka yang semakin akrab.
"Baiklah, aku harap kau suka. Aku nak bagi nama kau sebagai Aryan Aqmal. Kau suka tak?"tanya Hadi sambil memandang 027
027 memandang Hadi lalu berfikir sejenak sebelum memandang Hadi semula.
"Aryan Aqmal? Hmm, apa tu?"tanya 027.
Hadi ketawa kecil mendengar pertanyaan 027. Hadi menganggap yang mungkin 027 tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Hadi.
"Aryan Aqmal tu nama,sahabat,"kata Hadi sambil tersenyum.
ANDA SEDANG MEMBACA
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]
FantasyHadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
![Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]](https://img.wattpad.com/cover/247040988-64-k433413.jpg)