Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Kelihatan Seiyu sedang membunuh para tentera daripada Kumpulan D menggunakan scythe miliknya itu. Dia hanya ketawa dengan penuh keriangan setiap kali dia membunuh mereka.
Ana hanya mengigil ketakutan sebaik saja melihat adegan itu sementara Eva hanya melindungi Ana yang sedang merawat Daniel yang cedera kerana diserang oleh Seiyu. Walaupun dia nampak biasa dari segi fizikal, dia jauh lebih kuat dari apa yang sesiapa bayangkan tambahan pula amat lelaki itu sangat dahagakan pertumpahan darah.
Baginya hanya darah lah yang dapat menghilangkan dahaga nya itu. Seiyu memandang mereka dengan muka yang penuh dengan percikan darah sambil tersenyum sinis. Dia suka melakukan perkara itu kerana ia adalah satu-satunya perbuatan yang sangat memuaskan hati & nafsunya itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Hahaha! Marilah! Mari ke sini! Marilah bermain dengan aku! Korang semua nampak sedap pada aku!"kata Seiyu sambil memandang mereka.
"Jangan mimpi!!!"jerit Eva lalu menembak Seiyu.
Seiyu terus saja mengelak tembakan itu lalu muncul dibelakang Ana & menendangnya dengan kuat. Eva yang melihat hal itu terus saja menumbuk sang lelaki itu sehingga terpelanting.
"Kamu tak apa-apa?!"tanya Eva sambil memandang Ana.
"Erghh, j..jangan risau. Saya ok,"kata Ana perlahan lalu menyambung semula merawat Daniel.
Eva mulai hilang sabar laku merenung Seiyu yang sedang berdiri di atas sebuah runtuhan bangunan sambil memegang Scythe miliknya itu.
"Kenapa? Kau marah ke?"tanya Seiyu.
"Kau silap sebab cari pasal dengan aku anak muda,"kata Eva yang tiba-tiba saja muncul di belakang Seiyu lalu menendangnya sehingga terpelanting jatuh ke bawah.
Seitu terus saja bangun lalu memandang Eva sambil tersenyum sinis.
"Hahaha, inilah musuh yang aku mahukan!!"kata Seiyu lalu mengelap darah yang ada pada bibirnya.
Eva terus saja menukarkan senjatanya menjadi sebuah tombak lalu bergerak dalam kelajuan yang sangat pantas & menyerang Seiyu. Sang lelaki itu terus saja menahan tombak milik Eva & menolak sang general itu ke belakang.
"Boleh tahan tapi kau kena jadi lebih pantas lagi, orang tua,"kata Seiyu sambil tersenyum sinis.
"Kita tengoklah nanti siapa yang terkuat akan tetap saja bertahan,"kata Eva sambil tersenyum.
Mereka mulai berlawan sementara Ana hanya melihat mereka sambil merawat Daniel. Dia hanya mampu berdoa agar sang general, Eva dapat mengalah Seiyu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.