Bab 76:Pulau Silent Forest's (Part 3)

1K 100 3
                                        

Aryan hampir ditarik masuk ke dalam air. Tiba-tiba, Encik Hazrul muncul kau terus saja memotong tentakel milik raksasa itu. Raksasa itu terus saja meraung kesakitan lalu menyerang Encik Hazrul.

Aryan melihat raksasa itu sedang menyerang Encik Hazrul. Dia cuba untuk bangun tetapi gagal. Tubuhnya terasa lemah & dia masih cuba mengatur nafasnya. Pada masa yang sama, Zakwan muncul lalu memangku Aryan.

"Aryan! Kamu tak apa-apa ke?!"tanya Zakwan sambil memandang Aryan.

Aryan hanya mengangguk perlahan sebelum memejam matanya. Dia sudah kepenatan kerana lemas dibelit oleh tentakel raksasa sotong itu. Zakwan terus saja mengangkat Aryan lalu melompat dengan tinggi & menendang kepala raksasa itu. Akibatnya, raksasa itu terjatuh.

"Apa dah jadi ni?!"jerit Raykal yang baru saja datang ke situ.

Zakwan terus saja pergi ke arah Raykal lalu memberikan Aryan kepadanya.

"Raykal! Bawa Aryan ke tempat yang selamat! Jangan risau! Buat kami je yang uruskan raksasa tu,"kata Zakwan lalu mengeluarkan pistol nya & menembak raksasa itu.

Raykal terus saja membawa Aryan jauh dari kawasan itu. Tiba-tiba, muncul lagi beberapa ekor raksasa yang sama lalu menyerang Raykal. Sang remaja itu terus saja mengelak kesemua serangan raksasa itu lalu terus saja berlari dengan pantas sambil dikejar oleh mereka.

"Tak guna! Apa aku kena buat ni?"kata Raykal sambil berlari.

Tanpa dia sedari, salah seekor dari raksasa itu telah menyerang Raykal sehingga menyebabkan sang remaja itu terjatuh. Raykal cuba bangun tetapi raksasa itu terlebih dahulu berjaya membelit kakinya. Raykal memandang Sahabatnya yang masih tidak sedarkan diri itu.

"Tak! Aku tak boleh mengalah!!"jerit Raykal lalu mengeluarkan pedangnya & menyerang Raksasa itu.

Walaupun begitu, rakasasa itu terlalu ramai. Raykal tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terus berlawan untuk melindungi Aryan. Tanpa dia dugakan, Zafrel & Ana muncul lalu menyerang raksasa itu sehingga mati lalu lenyao engan sendirinya.

"Raykal! Kau ok?"tanya Mazrul.

"Aku ok tapi sekarang ni, kita kena bawa Aryan ke tempat selamat. Dia mungkin cedera,"kata Raykal.

"Baiklah, cepat. Mari kita bawa dia kepada Nurin. Mungkin dia boleh rawat Aryan sementara kita menyerang rakasasa tu semua,"kata Ana.

Mazrul terus saja mengangkat Aryan lalu berjalan ke arah bilik Nurin bersama yang lain. Nampaknya perjalanan mereka tidaklah setenang yang mereka fikirkan.

Di bilik Nurin...

Raykal terus saja mengetuk pintu bilik Nurin. Tak lama kemudian, pintu itu dibuka oleh Nurin. Mazrul terus saja melangkah masuk lalu meletakkan Aryan di atas katil. Yang berada disebelah katil Hadi.

"Tadi saya ada dengar bunyi bising. Ada sesuatu yang dah terjadi ke?"tanya Nurin.

"Kapal kita diserang jadi aku nak kau tetap berada di sini & tolong periksa Aryan. Dia baru saja kena serang dengan raksasa tu & mungkin telah tercedera,"kata Raykal lalu berlari keluar untuk melindungi mereka dari raksasa itu datang mendekati bilik itu.

Mazrul turut mengikuti Raykal sementara Ana membantu Nurin memeriksa Aryan. Pada masa yang sama, Hadi turut terbangun sebaik saja terdengar bunyi bising lalu memandang mereka.

"Kenapa ni? Apa dah jadi ni?"tanya Hadi sambil memandang mereka.

"Hadi, kapal kita sedang diserang sekarang & Aryan telah tercedera,"kata Ana.

"Apa?! Diserang!? Aku tak boleh biarkan diorang berlawan tanpa bantuan aku! Aku kena tolong diorang!"kata Hadi laku bangun dari katilnya.

Walaupun begitu, Nurin terlebih dahulu menghalang suaminya. Dia tahu yang Hadi mahu membantu tetapi keadaannya juga tidak begitu baik sekarang.

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang