Bab 50:Kakak Yang Membenci

1.3K 130 35
                                    

Sejak apa yang terjadi, Hadi sama sekali belum menceritakan apa yang dia sudah hadapi ketika berada di tempat peninggalan sejarah itu. Dia beranggapan bahawa merahsiakan hal itu dulu lebih baik daripada memberitahu hal itu sekarang kerana dia juga masih belum memahami hal itu & dia perlu mengkaji hal itu terlebih dahulu agar dia mampu menceritakan semuanya pada keluarganya.

Pada cuti hujung minggu...

Zakwan mengambil keputusan untuk membawa keluarganya keluar membeli-belah bersama di sebuah pusat beli-belah di bandar. Setelah bersiap, mereka pun bertolak pergi ke sana. Pada masa yang sama, Zafrel & Zulika juga turut mengikuti mereka kerana cuti.

Setelah tiba, mereka pun membincangkan beberapa perkara sebelum masuk ke dalam pusat beli-belah itu.

"Baiklah, ayah tahu kamu semua dah besar tapi sebagai ketua keluarga kita akan menetapkan sedikit perkara. Pastikan kamu semua ada di kereta setelah selesai membeli-belah ya. Jangan sampai masuk kereta orang lain pulak,"pesan Zakwan.

"Baiklah, Aryan akan ingat tu,"kata Aryan lalu menarik Hadi pergi dari situ.

"Mereka berdua tu memang tak pernah nak berenggang kan,"kata Qistina sambil tersenyum.

Dia gembira sangat akan kemesraan diantara kedua-dua anak kandung & anak angkatnya itu. Walaupun berbeza & tidak sedarah mereka saling menyayangi seperti saudara kandung yang sebenar. Dia berharap yang hubungan diantara mereka akan menjadi lebih erat selepas ini.

Mereka pun masuk ke dalam pusat beli-belah untuk membeli barang keperluan mereka. Zulika bersama dengan Zafrel pergi ke kedai pakaian untuk membeli sedikit perkara manakala Qistina pula menghabiskan masa bersama dengan Zakwan. Hadi & Aryan pulak kat kedai buku.

Aryan kelihatan seronok & gembira saja sebaik dia memasuki kedai buku itu. Aryan suka sangat membaca buku seperti Hadi. Dulu dia trauma kerana seringkali dipaksa tetapi semakin lama trauma nya terhadap membaca mulai menghilangkan sebaik saja Hadi berjaya membebaskan dirinya itu.

Setelah selesai membeli barang yang mereka perlukan di kedai buku itu, mereka pun berjalan keluar dari kedai itu. Pada masa yang sama, Aryan mulai berasa lapar lalu menarik tangan Hadi.

"Abang Hadi, Aryan lapar lah. Boleh tak kita pergi makan dulu,"kata Aryan sambil memandang Hadi.

"Boleh je. Jom pergi ke kafe kat sana tu. Abang pun lapar jugak ni,"kata Hadi sambil menunjukkan jarinya ke arah kafe yang tidak jauh dari situ.

Mereka pun berjalan ke arah kafe itu. Tanpa sengaja, Aryan telah terlanggar seseorang yang sedang berjalan dengan tergesa-gesa di situ.

"Adui, sakitnya,"rungut Aryan sambil memegang tangannya setelah terjatuh akibat dilanggar tadi.

"Oi! Kau buta ke apa?! Tengoklah jalan tu!"marah orang itu.

"Tak tahulah, akak! Buat malu je! Dah lah langgar perempuan! Mana rasa hormat kau hah?!"marah seorang lagi.

Hadi yang terkejut dengan hal itu segera meminta maaf atas apa yang terjadi.

"Maafkan kami. Kami yang bersalah. Lain kali kami takkan ganggu puan ya,"kata Hadi sambil meminta maaf tanpa henti.

Mereka berdua memandang tepat ke arah Hadi. Mereka kelihatan seperti lebih marah daripada yang sebelumnya.

"Kau rupanya!!! Kau lah perosak keluarga kami!!"jerit Nurul Ariana yang merupakan kakak kandung ke-2 Hadi.

"Tak sangka aku akan jumpa pecundang macam kau lagi!!!"marah Damia Aleesya yang merupakan kakak kandungnya ke-3 Hadi.

"Tak sangka aku akan jumpa pecundang macam kau lagi!!!"marah Damia Aleesya yang merupakan kakak kandungnya ke-3 Hadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hadi terkaku seketika. Dia mula mengingati hal yang itu. Dia tidak menyangka akan bertemu kakaknya yang membenci itu.

Pada masa yang sama, Zulika & Zafrel turut melalui kawasan itu & melihat apa yang terjadi.

"Berani betul kau panggil macam tu pada dia ya!! Tarik balik kata-kata korang tu! Nampak je cantik tapi berhati busuk!!"marah Aryan.

Dia tidak tahan lagi melihat abang tirinya itu dihina sewenang-wenangnya oleh orang lain. Dia tidak kisah sekiranya dia dipukul akibat percakapannya tetapi dia lebih rela mempertahankan maruah Hadi.

"Kau diam!! Kau siapa nak bersuara?!"marah Damia.

"Kau fikir kau boleh lari daripada kenyataan ya, Hadi? Disebabkan kau lah, ibu tinggalkan kami!! Kalau ibu setuju je buang kau dulu, mesti Keluarga kita akan hidup lebih bahagia!!!"marah Nurul pula.

Setiap kata-kata itu telah dilemparkan terhadap Hadi. Sebenarnya, dia sudah biasa dihina & dicaci oleh orang lain sehingga dia tidak lagi terasa akan hal itu tetapi sekiranya kakak kandungnya yang berkata begitu, sudah semestinya hatinya seperti terasa malah sakit bagai ditikam-tikam oleh beribu pisau.

Orang disekeliling mereka hanya memerhatikan pertelingkahan mereka. Mereka sama sekali tidak berani untuk menghalang pergaduhan itu.

"Abang lebih baik kita bantu Hadi. Dia dalam masalah tu,"kata Zulika yang mahu mendekati mereka tetapi ditarik oleh Zafrel.

"Tak, keadaan akan jadi lebih teruk. Lebih baik kita biarkan dulu. Kalau dah melibatkan serang-menyerang baru kita halang,"kata Zafrel

Walaupun dia juga mahu menghalang pertelingkahan itu, dia haru menahan dirinya buat sementara waktu agar keadaan tidak bertambah teruk.

"Kau pemusnah!!! Kau fikir kau boleh elakkan diri kau macam tu je kan?! Kau lah penyebab ibu tinggalkan kami!!! Kalau ibu tak mempertahankan diri kau dulu, dah lama kami akan hidup bahagia! Kau adalah penyebab benda ni boleh berlaku!!"marah Nurul.

"Jangan kau berani nak dekati kami lagi!!! Dasar perosak!! Kau jauh lebih hina dari binatang!!!"marah Damia pula.

Aryan mulai semakin hilang sabar & mahu saja menumbuk-numbuk mereka tetapi dihalang oleh Hadi. Dia tidak mahu Aryan masuk campur akan masalah peribadinya yang masih belum selesai itu.

"Tapi abang Hadi, mereka cakap yang abang.."kata Aryan terhenti setelah dipotong oleh Hadi.

"Takpe, Aryan. Abang Hadi ok,"kata Hadi sambil tersenyum kelat ke arahnya.

Dia tau yang Aryan cuba melindungi & mempertahankan hak malah maruah dirinya tetapi dia tidak boleh membiarkan Aryan masuk campur dalam urusan ini.

"Akak, lebih baik kita selesaikan saja masalah ni. Kalau terus macam ni masalah takkan selesai & kita kena ingat yang ni tempat awam akak. Bukan kita je yang ada kat sini,"kata Hadi yang cuba berdamai dengan kakak-kakaknya itu.

Tanpa sesiapa jangkakan, Hadi tiba-tiba ditampar dengan kuat sehingga dia terjatuh. Suasana di situ mulai sepi setelah hal itu berlaku. Zafrel mulai berjalan ke arah mereka. Dia tidak boleh membiarkan hal itu semakin teruk setelah apa yang terjadi.

"Diam kau!!! Kau siapa untuk arahkan aku hah?! Kau bukannya adik aku apatah lagi kami sebagai kakak kau!! Lebih baik kau mati je perosak!!"marah Nurul yang semakin hilang sabar.

"Berani kau! Kau ingat ni tempat kau ke nak buat macam tu hah?!"marah Aryan sambil memandang Hadi.

Hadi terkaku seketika. Dia memegang pipinya yang terasa pedih akibat tamparan Nurul tadi. Dia tidak mampu lagi untuk berkata-kata bagaikan kata-katanya terputus begitu saja.

"Berhenti, Nurul & Damia!! Hentikan perkara ni!"jerit Zafrel yang berjalan mendekati mereka bersama dengan Zulika.

"Apa kau buat kat sini hah?! Ke tepi! Biar aku habiskan dia teruk-teruk! Aku takkan lepaskan dia!!"marah Nurul.

Zafrel mulai marah akan tindakan & kata-kata Nurul. Dia sama sekali tidak menyukai hal itu apatah lagi kalau-kalau adik-adik nya itu bergaduh sebegitu.

"Malu lah orang tengok! Hentikan sekarang! Takde gunanya kalau korang terus macam tu!"marah Zafrel.

Aryan berasa sedikit lega apabila Zafrel & Zulika telah datang ke situ untuk menyelamatkan mereka daripada terus bergaduh di situ. Dia memandang Hadi lalu membantunya bangun perlahan-lahan.

Suasana masih sepi akibat pertelingkahan yang masih belum selesai itu manakala Hadi pula masih terkaku diam walaupun sedang dibantu oleh Aryan.

Bersambung....

Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed]Where stories live. Discover now