Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu.
Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh kelu...
Hadi mulai pergi ke sekolahnya setelah sembuh sepenuhnya. Walaupun begitu, Hadi tidak memberitahu sahabatnya yang lain tentang kedatangan ayahnya kerana tidak mahu mereka merisaukan dirinya lagi.
Dia berjalan dengan penuh kegembiraan ke sekolah kerana dia tersangat merindui para sahabatnya yang lain.
Hadi juga dapat merasai sesuatu yang baik akan berlaku hari ini dengan izin Allah SWT. Itulah yang difikirkan olehnya.
Di sekolah...
Hadi berjalan masuk ke dalam kelas seperti biasa tetapi suasana pada hari itu sedikit berbeza kerana....
"Maaf, waalaikumussalam. Sekarang.. terangkan aku apa sebenarnya yang terjadi!!!"jerit Hadi.
"Hadi!!!"jerit mereka semua sehingga menyebabkan Hadi terdiam.
"Hehehe, maaf,"kata Hadi dengan penuh serba salah.
"Haih, biar aku terangkan. Sebenarnya, aku minta izin dengan mak ayah aku untuk bersekolah di sini sebab senang sikit aku nak balik & tak payahlah aku nak tunggu lama sikit untuk balik,"terang Afiq.
"Oh, aku ingatkan kau apalah tadi,"kata Hadi.
"Haha, bukan tu je. Sebab kau jugalah aku datang ke sini, Hadi,"kata Afiq sambil tersenyum.
Mereka berdua ketawa kegembiraan. Hadi tak sangka hari ini akan menjadi jauh lebih baik dari yang dia fikirkan.
Pada waktu rehat...
Mereka duduk bersama di bawah Pokok Elvotria sambil memakan bekalan mereka.
"Tak sangka ada tempat macam ni kat sekolah kita,"kata Mazrul.
"Jadi kat sini rupanya tempat Nurin suka lepak ya. Patutlah susah nak cari Nurin pada waktu rehat rupanya,"kata Ana.
"Asal kau tak bagitau kami tentang ni?"tanya Raykal.
"Rahsia,"kata Hadi & Nurin Serentak.
"Hadi, macam mana dengan keadaan spesimen 027 tu?"tanya Raykal.